Sunday, November 7, 2010

cikgu is teacher

aku chentakan kerjaya aku ni.*masa depan lah




makan tido, tido makan ,pergi kuliah, escape kuliah, dah setahun setengah gua menuntut di IPG Kampus Pulau Pinang tu.rasa macam tak percaya pun ada.bermula semester depan,gua akan lompat ke degree pulak. perasaan gua? haruslah excited. sebab apa tahu? pertamanya, elaun. mulai sem depan,elaun gua naik 2 kali ganda. tak nak sebut amount,takut2 ada yang cemburu buta.kedua.cakap pasal degree year,semua cakap honeymoon time.tu apa yang senior2 gua cakap la.honeymoon tu mungkin awal2 sem rasanya.dah sampai tengah dan penghabisan,gua yakin mesti gua rasa nak ke tali gantung saja.assignment lah,sbe lah,macam2.

OK.belum masuk degree,so citer pasal foundation jelah dulu.

sejak gua balik bercuti di rumah sekarang ni,asyik2 mak gua perintahkan gua mengajar adik gua tu.yelah,budak nak spm.mesti la nak kena asah pape yang tumpul tu.tapi masalahnya, gua cukup allergic subjek matematik.gua dahla kena ajar math kat minah tu.memang payah jugak gua nak kena korek buku balik.sebab banyak dah lupa.

nak mengajar orang ni bukan senang.lagi2 budak sekolah menengah.sebab tu la gua bersyukur keluar maktab nanti mengajar sekolah rendah.nak diikutkan cabarannya sama saja.


ramai yang cakap gua ni berpotensi bergelar cikgu yang sempoi.dan garang.garang? cehh.gua mana garang.gua garang kalau ape ek?




murid2 gua mintak2 la suke gua,bukan sekadar suke skola




salah satu sebab kenapa gua suka jadi cikgu ......>






tak habes lagi : gua suka sajak ni.bacelah. :)


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.




ehem3...gua la bakal guru biasa tu.hehe.OK.ta baik bangga.cukup.


0 wak lu komen2: