pertamanya, selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-53 pada semua rakyat Malaysia.aku tahu aku terlambat ucap ni,tapi at least aku ucap gak.haha.so kali ni aku bukan nak berceloteh pasal hari kemerdekaan.tapi aku nak kongsi sikit apa yang aku alami pada tarikh keramat ni.
Hurm,satu.sedih dan sedih.
disaat semua insan sedang berdebar menantikan kehadiran bulan syawal atau aidilfitri yang akan tiba lebih kurang seminggu lagi dari sekarang,sahabatku caah bukan nama sebenar telah kehilangan emaknya. punca,batuk berdarah.berita kematian maknya kami tahu sebelun subuh.pagi tu memang kami sekelas tak tido.tak boleh tido.sedih.blur.aku sendiri tak tahu nak nasihat apa.nak ucap takziah pun aku tak berani.sebab kondisi kawan aku amatlah mengayat hati.aku hanya mampu berdiam.kelu.
esok pagi tu,dalam pukul 8.30 pagi,kami sekelas pergi menziarahi arwah.naik kereta sewa.memang perbelanjaan ke sana tinggi,tambahan pula elaun belom masuk,masing2 sedang mengalami kegawatan kewangan. tapi kami masih mahu ke sna.sebab? kawan kami perlukan kami. kami kesana kerana nak dia tahu,betapa dia tak keseorangan walaupun dia kini sudah bergelar anak yatim piatu.sebak dadaku saat sahabatku memeluk erat aku sambil menitiskan air mata.automatik mataku bergenang cecair putih itu juga.sedih.aku sedih.aku tak dapat bayangkan keadaan aku dalam situasi dia masa tu.
tapi sebagai umat Islam, kita kena redha dengan ketentuan-Nya.setiap yang hidup,pasti akan mati jua.bukan? caah,kuat ok.aku akan selalu ada bila2 saja untuk caah.
dua.makan2 membuncitkan perut di balik pulau
balik saja dari pendang,kedah ( rumah sahabat tadi ), kami terus ke balik pulau.singgah kejap di maktab,urus diri,solat.pukul 4 dah bertolak.penat.pening.loya.jalan balik pulau memang tak berubah2.bengkang-bengkok.
aiman selaku driver tahap pro kami pecut selaju-lajunya.kalu ada gear 6,mesti dia bawak.setibanya di rumah encik roslan tutor kami,kami dapat bau macam2 bau.sedap.haish.lapar terus menerkam jiwa.sabar aja lah.haha.
lepas tu makan sepuas2nya.main dengan anak kucing parsi.ada mawi,bulat,mone,dan macam2 nama.gemok2 semua.comel.aku sempat curi2 picit kucing2 tu tadi.geram.aku nak bela sekor nanti.pas kahwin.haha.
Notakaki : aku belom pernah rasa penat sepenat hari tu.sangat penat, dan penat.tapi hepi yang aku rasai,memamg mantapp !
Thursday, September 2, 2010
:bukan sebarangan 31 0gos:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 wak lu komen2:
Post a Comment