Tuesday, November 30, 2010

budak pun tahu se#%

revolusi era 2011.


cikgu
..
ok murid2..turn to page 12.hari ini kita akan sambung bab cara-cara nak elak seks bebas.
sebelum itu,bab jauhi seks bebas,anda selamat semalam, ada sapa-sapa tak faham?


sorang murid,kelihatan agak terkial-kial mengangkat tangan

..

" rasanya macam banyak yang tak faham lah cikgu "


seorang lagi murid dengan pelat utara pula bertanya,


" saya punya payah nak tanya mak pak saya semalam, kenapa tak boleh buat seks bebas? apa tu seks bebas? ...tapi awat depa dok diam cikgu?



murid yang dari tadi sedang main aci ligan duduk, dengan pantas buat2 fokus lalu bertanya,


"cikgu2,apa kaitan kes buang baby dengan seks bebas? "


cikgu perempuan tersebut pandang satu persatu muka suci kanak2 tujuh tahun di hadapannya.sambil tangannya ligat membelek muka surat buku teks Pendidikan Seks tahun 1, lantas dia berkata :


"sabarlah.saya nak jawab lah ni. "





kesian.mak ayah sudah pastinya tidak akan memberikan didikan seks kepada anak2 mereka secara formal. Maka, cikgu2 lah yang akan bertindak sebagai pelaksana arahan kerajaan.



Pendidikan Seks untuk semua. cam haram.




maaf untuk entry yang agak biru.

Thursday, November 25, 2010

tengs

terima kasih la awak.saya marah macam mana pun,tak lah sampai keluar kata2 kesat.xlah sampai mencarut2.tak lah sampai bodoh,bangang,sial,babi, pantat semua keluar.agak2 la nak lempar semua tu kat awek sendiri.tape lah awak.silakan lah ngan kata2 kesat awak tu kat saya.lepas ni,nak carik saya,carilah.tak nak pun xpa.






sekian.


perempuan kalau kena mencarut2 ni,nak buat apa ye? diam je kan.ok.nak nangis pun macam lemah sangat. :(

Wednesday, November 24, 2010

status of the day

pagi tadi sebelum sempat gua update status, macam biasa gua akan berlegar-legar kat news feed. cari bahan nak bahan orang satu hal,huhu sana haha sini satu hal.

gua suka betol status2 membe gua arini.check it out..



1.
suke hati aku laa aku nak kua ngan sape2 pon bile2 pon kat mane2 pon buat ape2 pon. bukan ko yang tanggung2 aku pon. aku pon tak bayar ko suruh jage2 tepi kain aku. ape yang ko susah2 hati riuh2 rendah kecoh2 merata bagai. sedar2 lah. ko takde kaitan2 dengan aku pon. nak mampos2 pon aku tak kesah. ^,^


gua: sebok jage tepi kain orang,kain sendiri terlondeh.


membe : kain seniri pun tak reti pakai.


lu orang jangan salah paham isu2 kain ni.kain tu merujuk pada hal.


** penyabar membe gua ni. kalu gua,dah keluar cilake satu






2.
dendam itu manis.. akibatnya pula pahit.. :-)
tidak akan masuk syurga sesiapa yg memutuskan hubungan silaturrahm..


lu baca tu mamat spy terhormat ! !



3.
Hari ni,kewibawaan ak sebagai pejuang kelajuan telah tercabar......~~perlu bnyak latihan lgi...(--_--)..

pejuang kelajuan? mai test rempit ngan gua dulu



4.
play likes likes lak!!! -_-


lu elok-elok cakap,play likes likes rutin gua.




5.
saya brpegang pada 3S.Saya Sayang Syahira.huhu.♥


Opocott. hehe.



6.
always thinking of u...cannot erase u in my mind...because u always in my heart.........(ayat jiwang r)hahaa


nasihat gua kat lu tuan status ni : balik pergi semak segala grammar lu.belobang sana sini.





7.
says : siapa mau cari pasal? Roger-roger.


nak roger boleh, bak sini number lu.



..



cam bongek.gua tataw nak tulis apa dah kat blog gua. lu orang ada idea?


tajaan khas : gua kalau nak keluar mana2 kena report satu persatu kat ke bawah duli buah hati gua.mcm csi tu.




salah sendiri

orang tua-tua cakap, kalau kain panjang sejengkal,lautan luas jangan di duga....sarang tebuan jangan dijolok....


masalah jangan dicari...kelak merana diri....


tapi..


masalah gua sekarang ni....gua berpegang pada konsep


...pantang maut sebelum ajal
...genggam bara api biar sampai jadi arang
...kalau takut dilambung ombak,jangan berumah di tepi pantai



pasaipa gua dah tahu kalu gua buat juga gua in trouble,tapi gua buat gak?
sapa nak jawab?



biar gua jawab...

sebab peribahasa kat atas tadi.

Monday, November 22, 2010

bila gigi masuk mimpi


gigi baris bawah sebelah kiri,hampir setengah baris patah.gua cabut satu persatu,dengan harapan nak tampal balik.harapan gua meleset.7eleven tak jual pelekat gigi sensodyne.


ada sebab?


yang gua ingat,tadi langgar tiang rumah.tak nampak punya pasal.


kesan?



gua menangis.sakit satu hal.malu nak jumpa orang satu hal.masalah nak berkomunikasi nak kira macam mana?



....



sekarang gua cuma perlu duduk dan tenangkan diri gua...
tu semua bahana lupa basuh kaki sebelum tidur semalam.



semalam gua layan movie hindustan.mana lah tahu boleh mimpi jadi pretty zinta ke karisma kapoor ke. tapi apa pasal gigi gua pulak yang jadi watak utama mimpi gua semalam?


orang cakap mimpi tu mainan tidur. tapi agak2 la nak main2 pasal gigi dalam mimpi gua !
lu orang tahu ke tak tahu betapa penting gigi kat gua?
gua bangun pagi,terus pergi merenyeh depan cermin.selamat.



saya suka awak sebab?

A dan B dikatakan pasangan kekasih. Satu pagi, apabila si A bertanya pada si B....





A~dalam banyak-banyak benda dalam diri saya,awak suka apa ek?


B~ENTAH.nape tanya?


A~hurmm.tak apelah.






A kecewa. kecewa. kecewa.



tula gua.versi pakai topi.


moral of the story :

dalam bercinta,tak semua perkara yang kita harapkan boleh jadi kenyataan. tak semua sempurna,namun mencari kesempurnaan itu tidaklah harus menjadi satu kesalahan.

Advise! sikit






sengaja gua letak pic slip SPM ni,mana taw leh bakar semangat calon SPM.


...


Selaku ex-mangsa SPM, gua nak la juga bagi satu dua pesanan kat adik gua.cukuplah kalau dia digelar dengan panggilan kak teh.



lu kalau mau jawab soalan tu,baca la Al-Fatihah dulu pastu selawat jangan dok buat lupa nak baca sekali.Lu mau ingat lu dah macam nak pergi berperang di medan perang,iman di dada lu kena kuat.Dapat ja kertas soalan jangan nak gatal-gatal pergi bukak sebab nak cari soalan spot masuk ke tak masuk.jangan main-main,spot tak keluar,lu pulak kang keluar dewan.mental lu kena stabil.ni bukan masanya kalau lu nak teringat episod Cinta Kirana.tu semua lu kena lupa sekejap.FOKUS.lu nampak, besar tak besar gua tulis fokus tu.jangan masa menjawab soalan,lu nak ambil angin,usha kiri kanan tak tentu hala,ulang-alik pergi tandas atau baling-baling pemadam dengan mamat hot sebelah.jangan adik oi.habis saja jawab soalan,lu jangan berlagak pandai nak pergi bincang jawapan dengan member belakang.gua bagitahu awal-awal tak nak lu menyesal kalau2 jawapan lain-lain.akhir kata,lu buat lah yang terbaik.gua doakan lu boleh jawab dengan baik dan dapat keputusan pun yang baik2.






...






adik~sapa ada pen lebih? tiba-tiba aku tengok rupanya aku xdak pen lah.


gua ambil nafas dalam-dalam.


lalu..



gua~Cilakak.lu SPM kot.sijil pelajaran malaysia,bukan sijil permainan malaysia.pergi ambil dalam pencilcase aku sebatang dua!







Sunday, November 21, 2010

turn gambar





blog gua, Usha USHA nama diberi.birthdate tak pasti.








pembaca misteri dengan 2 tangan dan 2 kaki : perhatikan senyumannya










baca apa?











gua?











dah lama buat kerja stalker blog gua meh?












but....i loved it !!!!!




pesanan ikhlas : buat la lagi.baca la lagi.saya sukaaaaaaa. nguah3.


Saturday, November 20, 2010

gua janji tak tanya banyak

bertalu-talu gua nak tanya lu orang semua.


Lu orang boleh kasi taw tak,agak2 kenapa cuti semester kali ni bosan dan membosankan?

moto gua sapa nak tolong re-new roadtax? angkat tangan tinggi tinggi.

apa pasal tak ada sorang pon membe gua roger gua ajak hang out? ni mesti masalah ekonomi peribadi ni.memang jemm.

beg gua,kasut,baldi,printer,segala baju seluar yang bersepah kat lantai bilik gua tu,sapa nak tolong kemas? tolong suggest lokasi nak sorok2 pon orait gak.

gua baru dapat caller ringtone free.lepas ni sapa teringin nak dengar lagu "i want nobody,nobody but you" , boleh rajin2 call gua.insyaAllah gua tak angkat.

macam mana nak eja "kecewa" dalam bahasa inggeris? ade berapa s, berapa d? mengecewakan.

akaun bsn gua makin susut value,sapa nak jawab?

agak-agak bila kim hyun joong nak propose gua? jadi awek pon gua dah cukup bersyukur.


CSL? nokia? blackberry? sony eric memang gua tolak tepi siap-siap.nak pakai mana satu sem depan ni? pening.


gua tanya banyak-banyak ni, lu orang ada amik port ke tak?

ekoran soalan di atas telah ditanya,apa apasal lu orang dah baca tapi tak komen?




*banyak soal betol.gua yakin ni penyakit keturunan.

Tuesday, November 16, 2010

kisah cokodok

lokasi [ dapur rumah gua ]
masa [ kira-kira sepuluh minit pukul 5.30 petang]
tarikh [hari ni]



semua : sapa masak cekodok ni?

gua : akulah.tukang goreng.

adek: aku tanya sapa masak?

gua : akulah.tukang letak garam,gula,tepung dan bahan lain.

adek : OH. Patutlah.

gua : ape pasal?? *mula panas

adek : manis.haha.

gua : Oh well, macam tuan yang goreng tu lah.

adek : apa kaitan manis kau dengan manis cokodok pulak??


Lantas adik aku kekenyangan lalu meninggalkan meja makan dan ke biliknya.kenyang.aku tersipu bahagia.









*yang cokodok kat tangan kau sekarang,tu yang last kau boleh makan.

HAHA. padan muka.kutuk aku kan?









Monday, November 15, 2010

Hols : 1

hols tu stands for holiday.gua petik dari status facebook cousin gua.orang oversea katakan.


semalam birthday mama.bro gua balik saja kerja terus bikin suprise.mula-mula gua terkejut juga tengok besar sangat kotak hadiah bro gua tu.disebabkan ke-excited-an yang melampau,maka gua yang tolong buka hadiah tu bagi pihak mama gua.dalam hati mama berkata " ni hadiah aku, ke hadiah kau ni". Ok.tu gua tambah.
kasut dan handbag.sedondon warna.silver.pandai bro gua pilih.mengancam la jugak warna kasut dan beg tangan tu.kalau bagi gua pun,gua pakai punya.
cita pasal hadiah dah habis.kalu gua yang punya hadiah, memang isyaAllah post lagi panjang.


><


untuk hols ni,memang gua dah letak banyak target yang memang mantap pada mata kasar.untuk tempoh hols ni, gua kira banyak kerja yang memerlukan konsentrasi penuh dan pastinya akan gua cuba lakukan. termasuklah, rutin meng-update status facebook dan blogging.
ta cukup fokus,boleh kurang friend gua.silap-silap follower pun dah lari.oh no.

exercise,dieting.tu pun termasuk dalam senarai tindakan segera gua.lu orang tengok lah,semester depan gua dah ala-ala Selena Gomez.setakat hols pertama ni,gua baru letak setakat tu sahaja list-to-do.nak cakap memang senang,nak buat macam toya.susah.

sebab tu lah gua tak berapa nak percaya action speaks louder than words neh.semua karut.




*sape pulak kebas shuttlecock gua smpai licin ni.gua ada game mau ikot.

happy birthday MAMA



selamat ulang tahun kelahiran ke-47 MAMA !


semoga..
-dipanjangkan umur..
-dimurahkan rezeki..
-maintain chumel...
-simpanan akaun bertambah *ada makna tu





koRang rasa,muka kami sama kat mana?



hint : mata kami








Tuesday, November 9, 2010

exam tak exam

sebelum apa-apa , biar gua sambung dulu title entry gua tu.

exam tak exam, blogging tetap blogging!


KU SERU ENGKAU2 SEKALIAN.....

perpaduan

Dasar pecah dan perintah



Wawasan 2020


Proses Sosialisasi

Teori Kajian Luar



Pembangunan Modal Insan



Dasar Ekonomi Baru (DEB)




Akta Hasutan 1948



Pembinaan Negara Bangsa


Pola Demografi Malaysia



masuklah dalam kepala hotak gua. berhari-hari gua tatap lu. semua tak masuk!


*mama gua cakap,tak elok belajar sampai lewat malam.so,gudnite all.

Sunday, November 7, 2010

Isnin bagi gua

OHooooo......

hello rakyat dunia blogger sekalian.firstly, selamat hari isnin. omputeh cakap happy monday.


hari ini setelah gua kekenyangan baham sepinggan nasi berlauk sambal sotong dan sayur,gua terlintas nak post satu benda kat blog gua. pasal hari isnin. sebenarnya,tadi gua kelebek2 google,nak cari pasal kelebihan hari isnin.ada la gua jumpak 2 3 fakta dalam laman sesawang tu.
tapi sebelum itu, gua nak share la sikit maksud isnin bagi gua.


bagi gua,isnin permulaan hari yang memenatkan..al-maklumlah,sabtu dan ahad kan weekend.bila tiba isnin,hari kuliah.oh damn.memang gua tak suka pergi kuliah.bagi gua,perlukah kuliah? kalau baca,study,pulun,buat cekang,menelaah kat bilik pun da boleh consider kuliah.cuma persoalannya,adakah waktu study tu melebihi kadar hibernasi di bilik? gua sendiri tertanya2. ??


lebih kurang muka gua bila isnin kena pergi kuliah. =.=" OH isnin..hari jualah gua akan terpaksa dipisahkan dengan keluarga gua.gua akan dihantar pulang ke maktab,mahu tidak mahu.hati gua rasa berat nak meninggalkan rumah gua ni.terasa seperti heaven tatkala berada di rumah.yalah, serba serbi di rumah adalah free. gua memang pantang barang2 free ni.habit katakan.


HAA.sebelum gua terlupa.ni pe yang gua sempat copy tadi.menurut Islam, terdapat beberapa peristiwa yang dikatakan terjadi pada hari2 tertentu ni.
check it out !



Hari Isnin

1. naiknya nabi Idris ke langit..
2. nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan..
4. malaikat Jibril turun kepada rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia...nabi Muhamad s.a.w
7. Bukti keesaan Alah diturunkan..."Qul huwallahu ahad"

Hari Selasa

1. wafatnya jurjis
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
3. Nabi zakaria wafat pada hari ini juga..
4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa...
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
6. habil terbunuh hari selasa..

Hari Rabu

1. Allah meneggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi.
2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya (kat laut tuh)..
3. Allah menghancurkan raja Namruz bin Kan'an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
4. Allah menghancurkan kaum nabi Saleh a.s
5. Allah menghancurkan kaum nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat..

Hari Khamis

1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.. (masa nih, Yusof jadi raja mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan nabi yusof..
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga...untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah.
6. Rasululllah s.a.w memasuki kota mekah selepas perjanjian hudaibiyah...

Hari Jumaat

1. Pernikahan antara Adam dan hawa
2. Pernikahan antara yusof dan zulaikha
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi syuaib a.s
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan khadijah khuwailid.
5. Pernikahan antara nabi sulaiman a.s dengan Ratu balqis dari negeri Saba'
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan fatimah az- zahra


Hari Sabtu

Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya...sebab..

1. Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
2. Kaum Nabi Saleh mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
3. saudara-saudara Nabi yusof mengkhianati nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa
5. Orang2 yahudi mengkhianati dan menejar nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
6. Orang2 Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad di Darun Nadwah.
7. kaum yahudi melanggar perintah Allah dengan menagkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian.

Hari Ahad

1. Allah menjadikan neraka.
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis
4. Allah menjadikan 7 anggota adam.
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6. Allah menjadikan bintang2 yang beredar..
7. Allah menjadikan laiutan yang tujuh...



nota kaki : lepas solat,gua nak tidur.nokhtah.

cikgu is teacher

aku chentakan kerjaya aku ni.*masa depan lah




makan tido, tido makan ,pergi kuliah, escape kuliah, dah setahun setengah gua menuntut di IPG Kampus Pulau Pinang tu.rasa macam tak percaya pun ada.bermula semester depan,gua akan lompat ke degree pulak. perasaan gua? haruslah excited. sebab apa tahu? pertamanya, elaun. mulai sem depan,elaun gua naik 2 kali ganda. tak nak sebut amount,takut2 ada yang cemburu buta.kedua.cakap pasal degree year,semua cakap honeymoon time.tu apa yang senior2 gua cakap la.honeymoon tu mungkin awal2 sem rasanya.dah sampai tengah dan penghabisan,gua yakin mesti gua rasa nak ke tali gantung saja.assignment lah,sbe lah,macam2.

OK.belum masuk degree,so citer pasal foundation jelah dulu.

sejak gua balik bercuti di rumah sekarang ni,asyik2 mak gua perintahkan gua mengajar adik gua tu.yelah,budak nak spm.mesti la nak kena asah pape yang tumpul tu.tapi masalahnya, gua cukup allergic subjek matematik.gua dahla kena ajar math kat minah tu.memang payah jugak gua nak kena korek buku balik.sebab banyak dah lupa.

nak mengajar orang ni bukan senang.lagi2 budak sekolah menengah.sebab tu la gua bersyukur keluar maktab nanti mengajar sekolah rendah.nak diikutkan cabarannya sama saja.


ramai yang cakap gua ni berpotensi bergelar cikgu yang sempoi.dan garang.garang? cehh.gua mana garang.gua garang kalau ape ek?




murid2 gua mintak2 la suke gua,bukan sekadar suke skola




salah satu sebab kenapa gua suka jadi cikgu ......>






tak habes lagi : gua suka sajak ni.bacelah. :)


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.




ehem3...gua la bakal guru biasa tu.hehe.OK.ta baik bangga.cukup.


Saturday, November 6, 2010

fine

handphone gua off.chatbox gua offline.


leave me alone.

Friday, November 5, 2010

rossa lagi?

lagu terbaru Rossa...sedap sangat..gua layan lagu camni.HAHA.


TAK TERMILIKI


ku Lihat Diriku
ku Baca Hatiku
Tiada Yg Lain
Yg Tersirat


ku Lihat Dirimu
Kau Tak Sendiri
Masih Bolehkah
Harap Ini


Engkau Datang
Saat aku Merasa Tak Ada
Engku Ada
Saat ku Tak Mungkin Ada Di Sana

Engkau Datang
Saat Diri ini Tak Ingin Pergi
Engkau Ada
Dengan Setangkai Cinta Tak Termiliki


ku Lihat Dirimu
Kau Tak Sendiri
Masih Bolehkah
Harap Ini


Oh Mengapa Saat Kita Berdua
Semua Terasa Indah
Seakan Kau Untukku




yang aku hijaukan tu...aku suka lirik tu....sape la komposer lagu2 rossa ni..sedap kot!

anak mama

menjadi satu kebanggaan gua,gua bergelar anak mama.oh well,dah mama gua yang beranak kat gua,so anak mama lah kan?


pagi tadi nak dekat2 tengahari,gua merajinkan diri gua masuk dapur.anak dara kena la masuk dapur, ye tak? mula-mula tu gua potong segala bahan untuk tumis ayam gulai.kalau bahasa orang key-ell,maybe panggil ayam kari kot.bawang merah,bawang putih dan cabai.or cili.style gua potong dah macam chef pun ada.mama gua pun kagum.siap kata "ajarlah mak potong camtu".

OK.ta baik menipu.tu gua reka ja.

gulai ayam siap.mak gua masak.gua potong2 je.hihi.lepas tu gua masak sayur.tu menu wajib gua.kali ni gua masak bendi goreng kicap.simple je.gua petik udang besar kira-kira 10 ekor dalam fridge,gua tauk dalam kuali sayur tu. mak gua pandang gua,smbil berkata "tak boleh bubuh banyak lagi?",hai mama.perli ke? HAHA.

ok2.bercakap pasal makanan ni memang leh kasi gua lapar.menggelegak perut gua.laparr.ARGH.makan3.





lagu 2

hati yang kau sakiti


jangan pernah katakan bahwa
cintamu hanya untukku
karna kini kau telah membaginya


maafkan bila memang kini
harus kutinggalkan dirimu
karna hatiku selalu kau lukai

tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa


ku menangis membayangkan
betapa kejamnya dirimu atas diriku
kau duakan cinta ini
kau pergi bersamanya

ku menangis melepaskan
kepergian dirimu dari sisi hidupku
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti


ku menangis
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti



lagu ni rossa yang nyanyi..lagu ni jualah lagu wajib gua setiap kali masuk karoake..
yeah ! karokk! kalau lah boleh karok ngan kau lagi...




lagu 1

~tak bisa memilihmu~

Telah jauh terpisah, diriku dan dirimu,
Dalam ruang dan waktu,
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu,
Resahku tanpa hadirmu,
Sungguh berat hatiku untuk merasakannya

Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah
Darimu, Dan hadirnya menyentuh hatiku,
Ku cintainya,
Hatiku pun inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu

Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku

Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Karena kuterhanyut mencintai dia
Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku tuk mencintainya...

(Terhanyut jiwa ini, terjatuh dihatinya)



tiba2 aku suka lagu ni..mungkin kerana seseorang telah memperdengarkan lagu ni kat aku...
papa pun,its juz a song.

sunyi



suasana sunyi.kenapa entah,hari ini gua rasakan seribu satu kekosongan dalam hidup gua.rasa sunyi.alone.mungkin ini semua hanyalah mainan jiwa gua kot. *kasik la chance gua nak tacing sekali sekala.

tadi gua bukak inbox.kosong.eh,mane pegi semua mesej2 gua yang dulu? oh..baru gua teringat.adek gua main phone tadi.*cilaka.mesti da kne delete.sedang gua syok2 kelebek inbox phone,one message received. gua tersenyum gedik."sayang kot mesej,teka hati gua".sekali gua tekan button open. Wan Fitri,gua pgil fit ja. eh.kekasih lama gua.terkejut gua.gua cukup pantang dapat mesej dari mana2 lelaki bergelar ex gua. bukan apa.tak suka lah.perempuan mana lah yang suka apabila ex dia cuba bertegur sapa balik dengan dia.kalau tanya gua,sumpah gua tak suka.

back to the main point. tadi fit ajak gua keluar.makan2 katanya.dalam hati gua, " kau nak mampos? gua ada komitmen lain sudah". gua segera balas pesanan ringkas fit tadi. "no tengs.malas." balas gua jual mahal.HAHA.

dalam hati gua tadi,apehal tiba2 lu nak datang balik? AH.tak paham.

mungkin niat lu nak berkawan,berbaik dengan gua.tapi susah la gua nak kawan ngan lu balik.tambahan pula,lu ex gua kot ! adoi.

konklusinya,gua memang tak berkawan dengan mana2 ex gua.HAHA.bukan apa,rasa tak leh terima la.insan yang kita penah bermadu kasih sayang,sudah bergelar kawan biasa kita.takut pun ada.malu pun ada.so,baik tak perlu berkawan.masing2 buat hal sendiri,ikut haluan sendiri.kan senang? HAHA.




dikesempatan ni, gua nak wish sikit. HAPPY DIWALI kepada semua penganut agama Hindu. credit to Thaneshwaran dan Shangari,classmates gua.



hepi diwali semua yang meraikan deepavali !





gua jeles tengok lampu2 camni...kalau lah gua reti buat kan bagus.meriah sikit Aidilfitri.HAHA.







Thursday, November 4, 2010

i'm your sista,damn do respect me !

gua memang tengah panas ni.mendidih2 darah muda gua tadi.adik bongsu gua,nama dirahsiakan,memang da melampau.gua akui gua kakak bertaraf baik.masih leh berdiam.tak suka marah2.tapi tadi kau memang melampau.asa cam nak hentak kayu kat kepala kau. *kejam kan


aku senang ja.korunk xcarik pasal,aku x carik pasal.tapi mulut kau kalo macam longkang,gua memang ta tahan la.gua tadi gadoh mulut ngan adek gua.kau baru umur setahun jagung,kau nak cakap macam kau tua berpuluh2 tahun dari aku.mana gua tak panas,ah bengang.

skali gua keluarkan satu statement berunsur marah.

" sebelum tapak tangan gua melekat kat pipi lu,bek lu diam."

siyes..siyess..gua memang cakap cmtu kat adek gua tadi.puas oh.sebab pe puas? sebab terus budak tu diam.bagus.tau pon kau nak takot.

pengajaran : jangan bagi muka sangat kat budak2 zaman sekarang.makin kurang ajar.so baik kita ajar.

air dicincang tidak akan putus cmne sekalipun ok.

brek

petang tadi gua memang da pasang nawaitu nak panaskan enjin moto gua.memang gua suka mengaku tu moto gua,walaupun tu moto bapak gua.tapi nak buat lagu mana.bapak gua lagi sayangkan honda stream dan suzuki ERV dia..maka motonya ditinggalkan tersadai indah di ruang parkir.so bila gua pikir2 balik baik gua pergi menonjolkan diri gua yang sudah lama tak tertonjol di mata dunia.saat gua picit starter moto,vroom3 terhasil.bangga.gua tak perlu pijak minyak punya apeke mende nama tah.tekan ja starter.jalannn.


petang uh gua asa teringin nak melawat rumah2 jiran gua.pusing punya pusing,satu demi satu rumah gua usha.chantex.updated.wow ! tu semua tanggapan gua terhadap rumah2 jiran gua sekarang.makin kaya la depa semua ni,bisik gua.
tapi gua tak heran pun..biasa la..dunia dah maju..semua nak memajukan diri.

tadi masa 100 meter lagi nak sampai gate rumah gua,gua buat satu keputusan yakni nak buat 1oo meter.bezanya,gua pkai moto,bukan kaki.gua pulas handle motor,speed naik ke tahap 130.laju tak laju.sampai ja depan gate,gua terus brekk.zapppp~!!


alamak..gua tersalah timing pulak.gua dah langgar gate rumah.10 saat kemudian,gua terdengar "apa pulak dah tuuuu...pa hgpa ni hingaqq".....alamak jemmmmmm...mak gua jaga tidoq.

Wednesday, November 3, 2010

aku memang gedik.baru taw ke??

gatai2 upload picta kami.gua syahira,dia asyraf.gua panadol,dia pen.




suke 1
time ni si pen sebok nak candid ( betoi ka eja ) picta gua..


ASYRAF RAHIM.
if and only u cud be at my side for 24 hours..hurmm...realy2 mishyu my dear...

suke 2
PEN mai penang-nak selesaikan konflik rumah tangga kami.hehe




suke 3
penat ouh jejalan pusing QB...



suke 4
pakwe gua chumel ta? hikhik




suke 5
ada yang cakap..muka kami serupa tapi xsama..ade jodoh kot.







*korunk perasan ta...aku suke pink kan? sebab ade orang tu cakap,awak chumel lah pkai pink.soo...hehe




sayangku,bila kita nak wat cmni. HAHA.