terlebih dahulu gua susun sembilan jari mohon maaf kerana gambar ni yang paling berkarat gua tengok.
Si Capik : " aku pergi pasar malam tadi. Kau tahu aku beli apa? Menu wajib kau paham-paham jela,mestilah bakso. Makanan tambahan,aku beli lah bebola sotong celup kuah hitam tu,apa kejadah nama dia,blackpeper sauce? Haa.dalam 2 3 ringgit jugak la aku habis, tu baru singgah 3 4 gerai."
Halimah Jongang : " Oh yeke. Eh2 kuat makan jugak kau ni kan. Kalau aku,aku beli sejenis aje. Diet katakan. Minggu lepas baru boyfriend aku puji aku kurus. Haihh haruslah aku kena mantain,ye tak?
Si Capik yang merasakan Halimah Jongang seorang yang riak dan takbur itu mula berpesan,
" Kak mah,hang jangan pi canang dekat orang lain noh aku makan banyak." Malu habaq hang."
Selepas 5 minit, Halimah Jongang singgah ke bilik membernya. Dengar cerita ada stok gossip baru. Tatkala tangki air liurnya hampir mula kering, Halimah Jongang teringat akan cerita Si Capik kuat makan.
Halimah pun berkata,
"Huishh kuat makan Si Capik tu. Ada ka patut pergi pasar malam baru 3 4 gerai singgah dah beli macam-macam. SEgala bakso,bebola kuah hitam,semua dia baham. Dasyat tak dasyat.
Moral : Berita yang disampaikan Halimah benar,100% asli dan tiada tokok tambah. *harap-harap brader foo tak tersedak
Situasi B
Siti Bengong : "Aku rasa aku gemuk la. Aku rasa aku tak cantik. Aku hitam,lepas tu muka berjerawat pulak tu. Haih. Apala nasib aku kan? Kau rasa aku cantik tak? "
Nurul Biol : "Yeke? No komen la weh. sambil menujukkan ekspresi wajah =.="
Selepas itu, Nurul Biol berlari anak ke arah Nur Bangang. dengan nafas tercungap-cungap dia berkata,
"aku belum pernah lagi jumpa orang mengaku dia tak cantik. Selalu aku tengok orang mesti nak puji diri cantik. Aku rasa tadi Siti Bengong sengaja lah nak suruh aku puji-puji dia. Haih bengang aku. Sengaja lah tu. Trick. "
Moral : Berita yang diceritakan Nurul Biol 100% putar belit,dan pertukaran fakta dalam dialog bersama Siti Bengong jelas terjadi.
Situasi C
"Apa yang jadi ni? ". Boleh cerita tak tutt?
"Ala tett,aku malas nak ceita.Panjang.dari akar lagi kalau nak cerita. kau jangan ambil tahu lah.Tak penting pun. " Sambil buat muka :)
Tutt yang tak puas hati dengan jawapan singkat dan langsung tak mantap Tett itu terus menuju ke tott.
Tott,kau tahu,aku kena tengking dengan tutt tadi. Haih,makan dalam ni.
Moral : Tett seorang yang bangang. Sebab? Suka-suka hati dia buat konklusi sendiri yang tutt marah dia. Apa kau buta simbol :) tu?
Moral Entry ni : Satu cerita yang disampaikan kepada orang lain melalui mulut orang lain sememangnya boleh terbahagi kepada beberapa versi. Versi putar belit,versi salah tafsir dan versi asli.
tak kira apa-apa versi pun,kalau sampai melukakan hati orang lain, kau nak tanggung dosa? Pheww.Gua takut.Lu orang nak buat,buat la. kahkahkah.
4 wak lu komen2:
perghh ade bakat jd direktor filem ni.. haha :)
ada bakat? auww..malu saya..haha
lain kali letak link sekali.
baru market. kah3.
tak payah letak pun dah pun market. pheww
Post a Comment