Sunday, August 22, 2010

Ogos ada banyak musim !!

Assalamualaikum awek2 cun dan jejaka2 panas di luar sana. ( sila jawab salam bagi yang berkaitan SAJA)

selaku penulis berkelas amatur di sini,hari ini aku nak share dengan hangpa semua pasal musim2 yang aku rasa memang dok makin menjadi2 dalam bulan Ogos ni.dengar saja tajuk,mesti hangpa ingat aku nak berceloteh pasal geogarafi kan? salah.aku tak ada masa la nak berstori pasal menda2 ilmiah ni.haha.bukan apa,aku cepat mengantok bila sebut pasal geografi ni. *aku bakal cikgu geo kot ! *
ok lah.ini antara musim2 yang aku dapat listkan sepanjang bulan Ogos.

1) MUSIM NYAMUK
aku tak tahu la..agak2 kenapa bilik aku yang ber-address 20* blok rambai ni, makin lama makin bertambah bilangan ekor nyamuk.makhluk kecik halus ni,nampak macam baik.bila ia menggigit anda,maka pelbagai sumpah seranah akan keluar dari mulut anda.kalau aku sendiri,aku lebih prefer nak maki serangga bersayap ni dengan ayat yang agak sopan.sebagai contoh,ish ! nyamuk ni,tak pi sekolah betol.tu paling sopan.yang tak sopan biarlah aku rahsiakan.aset diri harus dipelihara demi memelihara bursa saham diri sendiri.

2) MUSIM 'PENYAKIT' ASSIGNMENT !!
one-word : benci.
aku tak suka,tak gemar,tak sayang,boikot, seluruh keturunan assignment.kalau boleh,aku nak cari siapakah gerangan insan bijaksana yang menjumpai perkataan assignment ni,lantas dijadikan satu bahan seksaan bagi insan2 malang seperti aku dan mereka2 yang berstatus student. fuh.sengal.
pada musim ni juga lah aku dapat lihat dan nilai sifat sebenar rakan2 aku tak kira lah yang sekelas mahupun sebilik.nasib baik rumate aku ok.yang aku terkilan sangat ni,kenapa mesti kita nak jadi kedekut ilmu? kalau dalam dunia assignment, istilah kedekut bahan ni dah biasa aku dengar dan jumpa orang yang mengamalkan perbuatan tak sihat ni.ada diantara rakan2 aku yang aku tak sangka akan sangat berkira dengan aku.ada yang sembunyi2 buat assignment sorang2.ada yang ada bahan,sorokkan dari kawan2.ape semua tu? wah.nasib baik aku tak seburuk tu. kepada pengamal2 tegar aktiviti tersebut,taubatlah.kalau markah ko lagi tinggi pun,bukan kau dapat PHD pun.ijazah jugak kita.renung,dan fkirkan.

3) MUSIM hot bercinta. auww~
biasa lah.kalau before this aku da pun sebut2 nama PEN ni kan.bagi yang belum mengetahui nama penuh "beliau", namanya Muhamad Asyraf Bin Rahim. " yunk,betol ke nama u eja camtuh? ". haha.apa2 pun,aku rasa dah uncountable kami asyik berentam.merajuk.dan ada sekali tu,aku pernah menangis.tapi biasa la.salah faham.itulah yang dikatakan asam garam kehidupan berpasangan.kadang2 sebab hal kecil2 kami tacing.tak hantar mesej,or tertido.remeh bukan? kalau bagi aku, tak hantar mesej tu sebab aku agak busy lately.bukan tanda aku tak ingat balak,tapi sebab aku ada komitmen lain.aku harap PEN faham.tadi pun PEN dah tegur aku.dengan nada serius,PEN nak aku berubah jadi wanita serius.aku terkedu.sebab tu bukan aku.diri aku,seorang yang tak pernah amik serius.selalu nak gelak.ketawa.tapi,demi PEN,aku akan cuba ubah.sebab aku rasa PEN betol.aku melampau.benda patut serius,aku main2.haish.nasib baik aku tak dapt pelempang sejibik.hihi. pape, i lefyu lah PEN.

4) MUSIM lagu RaYa ??!!
yang ni memang tak boleh blah.tiap2 pagi hujung minggu kat blok rambai ,mesti berkumandang lah lagu2 raya. siti la, sudirman la, norhaliza idris lah, m.daud kilau lah, semua artis ada. kalau buka slow2 tak pelah gak.ni pasang speaker,kasi gegar telinga semua orang. sampai cair kot tahi telinga aku.huh.setahu aku la,puasa baru hari ke 13,belum sampai separuh bulan lagi pun. dah mainkan lagu raya.kelakar tu memang la.haha.pape pun,baju raya aku dah setel.dah siap jahit.tu paling penting.melaram harus menjadi prioriti aku.


setakat tu jela kot musim2 yang aku dapat detect.sekian,salam musim2 Ogos.

P/S : kondisi aku sekarang : mata kuyu gara2 mengantok. sekian,tq.








0 wak lu komen2: