Saturday, May 7, 2011

3 tabiat BF

Gua bukannya kedekut info,lagi-lagi kedekut maklumat.paling penting gua tak kedekut ink printer nak print assingment member dengan kadar percuma pulak tu.Peh,mana nak dapat member gila pemurah dan baik hati macam gua ni.


Maka,untuk memperkukuhkan lagi bukti kebaikan hati gua ni,gua nak share 10 tabiat bf yang kurang macho depan gf. Sapa-sapa ada bf,take note. gua sekadar baca masuk telinga kanan keluar telinga kiri sajalah.

1.Smoking depan awek
-tabiat merokok ni confirm lah bf lu orang buat sebelum jumpa lu orang lagi kan? so takde jalan penyelesain lain untuk halang tabiat tak berapa semulajadi mereka-mereka ni. tapi langkah paling bijak dan teror lu orang boleh buat ialah dengan memberi amaran awal pada mereka agar tidak menunjukkan batang rokok apatah lagi menghisapnya di hadapan lu orang. Ingat beb,tegas tu penting. Kalau bf lu orang still gak merokok depan lu orang,gua cadangkan lu orang fikir balik samada nak bf lu orang tu selamat ke tak untuk jaminan kesihatan lu orang? Haha.

2.Kaki mencarut
-Otai jugak dapat bf suka mencarut ni. Hoi2,bukan bagi gua ok. gua pantang sikit lelaki macam ni. Tapi kan, setakat cilaka,sial tu gua tak kategorikan carut. Ada contoh best-best tak? Gua tak biasa sangat bab-bab ni. Kihkih.Lu orang suka tak kalau bf korang buat status maki hamun lu orang dalam dialek mencarut? Ke korang lagi prefer status macam ni, " What a lovely day with my beautiful awek.tq cayangggggggg ". Cukup jambu kan? Hok aloh..kalau hop gini,meme bulih doh wak laki.


3.Sendawa kuat depan khalayak ramai
Pernah dengar tak kalau 2 orang yang saling menyayangi,mereka harus boleh terima buruk baik pasangannya? Sejauh mana lu orang setuju? Kalau tanya gua,memang gua setuju. Tapi fikir jugak, kalau sampai sendawa kuat bukan sekali,tapi bertubi-tubi,tebal manakah muka anda nanti? Gua ada kenal 2 3 pasangan ni. Awek syahdu,balak padu. Bf jenis sendawa macam badak kenyang. Bukan gua cakap,member gua cakap. Aiseh,cover.


sebenarnya gua belum habis baca majalah gua beli ni. ada lagi 5 tabiat bf belum gua hafal.nanti gua update ok. Kena pergi cuci muka dulu sebelum jerawat naik.

0 wak lu komen2: