Tuesday, May 10, 2011

Kepercayaan

Dalam hidup ni,ada banyak hal yang terjadi kat kita samada kita boleh nak percaya atau tak.Tahap kepercayaan itu sebenarnya bergantung kat diri kita jugak. Pilihan di tangan kita. Tepuk dada,tanya selera,ye tak?


Beberapa perkara terlintas dalam otak aku hari ini.

Aku bagi satu situasi.

Anak Pak Ali suka makan jagung. Tiap kali pergi pasar malam mesti beli jagung. Bukan itu saja, pantang saja kalau dia nampak perkataan jagung sekalipun,keterujaan dia meningkat. Bila orang sekeliling tengok macam tu, mestilah orang buat kesimpulan Anak Pak Ali tadi memang suka makan jagung. Kira favourite fruit lah.

Tapi..

Pernahkan kita terfikir, setiap andaian kita tu tak semestinya betul dan menggambarkan perilaku dia?

Ya.mungkin dia suka beli jagung dan makan jagung. Kita pun percaya memang dia suka jagung.Tapi boleh jadi dia hanya suka makan sebab dia allergic dengan buah-buahan lain. atau mungkin sebab dia dari kecil terpaksa makan jagung saja. Lagi satu kemungkinan, anak Pak Ali tadi mungkin dibesarkan dalam keluarga yang memiliki ladang jagung. Haha.


Nampak? Setiap andaian kita,tak semestinya menggambarkan hal sebenar.
..



So.samalah macam kalau ada orang cakap suka kat kita,sayang kat kita,tapi kalau dekat facebook dia over mesra dengan semua perempuan dunia facebook,kita tak boleh nak percaya 100% yang dia memang suka kita. Lagi satu. jenis yang boleh suka perempuan dalam seminggu ni memang aku paling susah nak percaya. Paling susah nak faham bila diajak bercouple.

Kalau diri sendiri tak tunjuk perilaku yang boleh membuatkan kita percaya pada orang yang kononya suka kita,macam mana ko nak dapat kepercayaan dari pihak satu lagi?


Aku bercakap berdasarkan pengalaman. Banyak yang kencang mengayat kita perempuan, tapi tidakkah kita tahu yang sebenarnya di belakang kita,orang tersebut turut berbuat benda sama dengan perempuan lain?

Kalau seminggu lepas boleh beritahu kita dia sayang kita sangat-sangat. Tapi jangan terkejut kalau dalam masa seminggu juga dia boleh keluar pergi makan sekali dengan perempuan lain.

So kaum lelaki, kalau macam ni, cuba beritahu macam mana kepercayaan tu nak wujud dekat korang?




Sekarang dah nampak kenapa susah sangat nak pilih pasangan?

Sebab tak ada yang bawah ni.


''


Mulut orang. Yang ni lagi satu. Pedih telinga nak dengar macam-macam mulut orang yang main cakap belakang ni.



Ps : Aku kalau tak puas hati,aku memang direct. Memang kalau kau nak terasa ke apa ka,lantaklah. Janji aku rasa kau patut ubah sikap kau tu.

HAHA. entry sebelum buka buku EDU 3101.



2 wak lu komen2:

Izmir Fadzil said...

yang ngayat ko tu lakijenis cemane?..meh aku sedas rusuk die.haram tak macho lgsg..

panadol lagi said...

izmir~ jenis yang semua dia nak try.semua dia nak.nasib baik aku tak bodoh termakan ayat2 manis dia. HAHA.