Sunday, November 7, 2010

Isnin bagi gua

OHooooo......

hello rakyat dunia blogger sekalian.firstly, selamat hari isnin. omputeh cakap happy monday.


hari ini setelah gua kekenyangan baham sepinggan nasi berlauk sambal sotong dan sayur,gua terlintas nak post satu benda kat blog gua. pasal hari isnin. sebenarnya,tadi gua kelebek2 google,nak cari pasal kelebihan hari isnin.ada la gua jumpak 2 3 fakta dalam laman sesawang tu.
tapi sebelum itu, gua nak share la sikit maksud isnin bagi gua.


bagi gua,isnin permulaan hari yang memenatkan..al-maklumlah,sabtu dan ahad kan weekend.bila tiba isnin,hari kuliah.oh damn.memang gua tak suka pergi kuliah.bagi gua,perlukah kuliah? kalau baca,study,pulun,buat cekang,menelaah kat bilik pun da boleh consider kuliah.cuma persoalannya,adakah waktu study tu melebihi kadar hibernasi di bilik? gua sendiri tertanya2. ??


lebih kurang muka gua bila isnin kena pergi kuliah. =.=" OH isnin..hari jualah gua akan terpaksa dipisahkan dengan keluarga gua.gua akan dihantar pulang ke maktab,mahu tidak mahu.hati gua rasa berat nak meninggalkan rumah gua ni.terasa seperti heaven tatkala berada di rumah.yalah, serba serbi di rumah adalah free. gua memang pantang barang2 free ni.habit katakan.


HAA.sebelum gua terlupa.ni pe yang gua sempat copy tadi.menurut Islam, terdapat beberapa peristiwa yang dikatakan terjadi pada hari2 tertentu ni.
check it out !



Hari Isnin

1. naiknya nabi Idris ke langit..
2. nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan..
4. malaikat Jibril turun kepada rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia...nabi Muhamad s.a.w
7. Bukti keesaan Alah diturunkan..."Qul huwallahu ahad"

Hari Selasa

1. wafatnya jurjis
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
3. Nabi zakaria wafat pada hari ini juga..
4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa...
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
6. habil terbunuh hari selasa..

Hari Rabu

1. Allah meneggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi.
2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya (kat laut tuh)..
3. Allah menghancurkan raja Namruz bin Kan'an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
4. Allah menghancurkan kaum nabi Saleh a.s
5. Allah menghancurkan kaum nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat..

Hari Khamis

1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.. (masa nih, Yusof jadi raja mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan nabi yusof..
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga...untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah.
6. Rasululllah s.a.w memasuki kota mekah selepas perjanjian hudaibiyah...

Hari Jumaat

1. Pernikahan antara Adam dan hawa
2. Pernikahan antara yusof dan zulaikha
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi syuaib a.s
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan khadijah khuwailid.
5. Pernikahan antara nabi sulaiman a.s dengan Ratu balqis dari negeri Saba'
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan fatimah az- zahra


Hari Sabtu

Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya...sebab..

1. Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
2. Kaum Nabi Saleh mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
3. saudara-saudara Nabi yusof mengkhianati nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa
5. Orang2 yahudi mengkhianati dan menejar nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
6. Orang2 Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad di Darun Nadwah.
7. kaum yahudi melanggar perintah Allah dengan menagkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian.

Hari Ahad

1. Allah menjadikan neraka.
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis
4. Allah menjadikan 7 anggota adam.
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6. Allah menjadikan bintang2 yang beredar..
7. Allah menjadikan laiutan yang tujuh...



nota kaki : lepas solat,gua nak tidur.nokhtah.

2 wak lu komen2:

foo said...

nanti gua share info pasal tido plak.

panadol lagi said...

tido pun menarik gak. >.<