Monday, March 21, 2011

PBS : hari pertama

Laporan tak berapa nak penuh Pengalaman Berasaskan Sekolah kali pertama gua :

Pagi
-jejak kaki dekat sekolah pukul 6.50
-makan dekat kafetaria bahagian guru(tu penting).
-lepak dengan cikgu dan makcik kantin sampai 7.30
-perhimpunan. tangkap gambar budak-budak buat choral speaking.
-tengok budak tahun 3 muntah masa guru bertugas berucap. majlis terganggu, gua gelak besar perhimpunan makin panjang.
-GB gua tadak. dengar cita ambil mc sebab semalam pergi Hatnyai. kahkah
-gua lapor diri dekat PK1.jenis yang suka bagi kelas ganti banyak. peh, 3 kelas gnti unutk pbs kali pertama,hari pertama,memang peh.

Tengahari
-masuk kelas tahun 2 subjek Pendidikan Kesihatan
-masuk kelas tahun 2 subjek Bahasa Melayu
-masuk kelas tahun 4 subjek Matematik

yang 2 subjek paling atas, gua sumpah tak kisah nak masuk. Yang kelas matematik, lu orang ingat gua boleh ka nak goreng-goreng? pening gua pikir.


Petang
-makan
-makan
-sembang
-sembang
-tangkap gambar
-tangkap gambar








library masih dalam renovation


court ape tah tengah2 blok kelas


gua sempat ke prasekolah tadi


perhimpunan pagi

gua usha dari tepi








gambar ada lagi beribu-ribu dalam kamera. broadband tak bagi kerjasama dekat gua untuk upload smua. damn!


Sunday, March 20, 2011

Nervous kemainn

tak dapat tulis banyak. gua punya nervous bukan calang-calang punya nervous.





esok first School Based Experienced gua. nervous kemainn lu orang tahu !



Wednesday, March 16, 2011

macam mana macam mana

Macam mana kita nak tahu kalau orang tu sayang kita ke tak?


Macam mana kita nak tahu lelaki/perempuan tu ikhlas nak kawan dengan kita?

Macam mana kita nak percaya seseorang tu suka kita, tapi dalam masa yang sama dengan orang lain dia layan sama ja macam kita?

Macam mana kita nak handle dengan manusia yang jenis terlebih get along dengan semua orang tak kira jantina?


Macam mana nak buat kalau cinta lama berputik semula?


Macam mana nak jujur dengan seseorang yang kita hanya anggap kawan biasa?



Peh. soalan macam mana banyak sangta ni. Jangan jawab. Gua sendiri tak taw nak jawab.

Cikgu nak pesan

Murid-murid cikgu tersayang, cikgu tengah busy nak mati bergelumang dengan assignment. Apa lu orang ingat kerja cikgu goyang kaki dalam bilik guru ja ka? hal lepas balik sekolah, apa cita pulak?



So anak murid semua....JANGAN KACAU CIKGU ok...kalau ada masalah dalam pelajaran, boleh hubungi Cikgu Kassim(bukan nama sebenar).











GUA TENGAH SIBUK. TAKDA MASA BUKA HANDPHONE. GUA ULANG. TAKDA MASA BUKA HANDPHONE. jadi..kepada mereka-mereka yang sangat gemar call, gua nasihatkan hentikan perbuatan buang masa lu orang. Gua ada komitmen lain. SEKIAN.




entry kali ni garang gilessss. apa kau peduli? kahkahakah

Monday, March 7, 2011

wujud lagi kau eh!



Hidup ni bila kita da jumpa yang lebih baik dari apa yang kita ada, kita selalu ketepikan yang lama. Yang baru semua lagi best. Lagi happening. Lagi glamour. Yang lama? Tinggal berkulat, lapuk dan seterusnya menuju ke lokasi tong sampah atau dicampak keluar dari hidup. Ni semua norma masyarakat kita sekarang. Semua buat camni. Tipu lah kalau lu orang cakap tak. Kehkeh



Persoalan sekarang. Gua rasa gua dah campak buang akaun FRIENDSTER gua dulu.



Ce tengok ce tengok !











Nak explain macam mana ni? Inbox e-mail gua penuh dengan notification dari frienster yang dah lapuk ni. Haihh. Sapa owner frienster ni? Meh sini gua nak jumpa, kita settle isu inbox gua yang penuh ni!


Haiyooo. kuang kuang kuang




Gua syak myspace gua pun alami kondisi yang sama macam ni. Problem jugak bila akaun email banyak sangat ni.

Sunday, March 6, 2011

rayuan domba cik printer HP

HP Deskjet F2480 All-in-One Printer - Photo and Document All-in-One Printers

hai semua. nama saya printer hitam anak kepada printer kelabu asap. Saya dimiliki oleh seorang awek yang mengaku dia tauke panadol. Saya mula dibeli dari sebuah gedung membeli belah dengan harga promosi RM140 + . Saat tuan saya mendapatkan saya, dia sangat gembira kerana saya sangat berguna padanya. Hari pertama saya sah menjadi hamba abdi tuan saya, saya telah mula berbakti. Tuan saya dengan semangat wajanya telah meng-print beribu2 gambar yang diupload dari facebooknya untk dijadikan hiasan board dalam bilik tidurnya. Ok beribu itu tipu.

Selama hampir satu tahun saya berbakti pada tuan tercinta. Setiap masa saya digilap, disapu, digosok dan paling touching setiap malam tuan saya akan guna screen liquid untuk lap body saya. Situasi ini dijelesi oleh rakan se-eletronik saya iaitu adik lappy. Kami sama-sama bewarna hitam, maka kami sangatlah akrab dan kamching.

Walaubagaimanapun, semuanya kian pudar. Tuanku sudah mula menampakkan kecurangan terhadapku. Saya dilitupi dengan kain pakai buang yang dikutip tengah Blok Rambai. Saya tidak lagi digunakan. Tiap-tiap kali tuan saya ingin buat printing dan photostating, dia akan mendapatkan khidmat rakannya. Saya benci rakannya itu! Kerana rakannya menggunakan khidmat musuh saya, Canon. Dendam kesumat antara saya dan Canon masih belum reda. Masing-masing gila kuasa untuk tampak padu di medan perniagaan. Oh tuanku. mengapa? aku kian dilupakan. Betapa kuciwa serta bermandi duka aku kini.

Aku? hanya mampu ber- huhuhuhuhu sehingga kini. Apakan daya. Ini suratan takdir untuk printer sedaif aku.

P/S : saya printer jenama HP. Saya dan Canon langsung tak ngamm lu tahu !











'


"


'



Cilaka punya printer. Kau tunggu aku beli Canon. Kau tunggu!

Wednesday, March 2, 2011

saborr ajelah !

Bila dia buat kita macam kayu tunggul belakang rumah jiran kita, dia tak sedar pula. Saborr ajelahh. Bila dia tak ambil peduli langsung pasal kita bila dia senang, dia tahu pula nak cari kita bila dia susah. HAha. Saborr ajelahh. Lepas tu bila dia rasa dia tak bahagia, dia boleh pulak dahhh ucap selamat bahagia kat kita. Memang saborr ajelahh !!



Konklusinya saborrr ajelahh ! kahkahkah





eh kau kau nyahh dari mata aku. kahkah