Sunday, April 10, 2011

Talipon Karat

terlebih dahulu gua susun sembilan jari mohon maaf kerana gambar ni yang paling berkarat gua tengok.


Situasi A.

Si Capik : " aku pergi pasar malam tadi. Kau tahu aku beli apa? Menu wajib kau paham-paham jela,mestilah bakso. Makanan tambahan,aku beli lah bebola sotong celup kuah hitam tu,apa kejadah nama dia,blackpeper sauce? Haa.dalam 2 3 ringgit jugak la aku habis, tu baru singgah 3 4 gerai."

Halimah Jongang : " Oh yeke. Eh2 kuat makan jugak kau ni kan. Kalau aku,aku beli sejenis aje. Diet katakan. Minggu lepas baru boyfriend aku puji aku kurus. Haihh haruslah aku kena mantain,ye tak?

Si Capik yang merasakan Halimah Jongang seorang yang riak dan takbur itu mula berpesan,

" Kak mah,hang jangan pi canang dekat orang lain noh aku makan banyak." Malu habaq hang."

Selepas 5 minit, Halimah Jongang singgah ke bilik membernya. Dengar cerita ada stok gossip baru. Tatkala tangki air liurnya hampir mula kering, Halimah Jongang teringat akan cerita Si Capik kuat makan.

Halimah pun berkata,
"Huishh kuat makan Si Capik tu. Ada ka patut pergi pasar malam baru 3 4 gerai singgah dah beli macam-macam. SEgala bakso,bebola kuah hitam,semua dia baham. Dasyat tak dasyat.

Moral : Berita yang disampaikan Halimah benar,100% asli dan tiada tokok tambah. *harap-harap brader foo tak tersedak



Situasi B


Siti Bengong : "Aku rasa aku gemuk la. Aku rasa aku tak cantik. Aku hitam,lepas tu muka berjerawat pulak tu. Haih. Apala nasib aku kan? Kau rasa aku cantik tak? "

Nurul Biol : "Yeke? No komen la weh. sambil menujukkan ekspresi wajah =.="

Selepas itu, Nurul Biol berlari anak ke arah Nur Bangang. dengan nafas tercungap-cungap dia berkata,

"aku belum pernah lagi jumpa orang mengaku dia tak cantik. Selalu aku tengok orang mesti nak puji diri cantik. Aku rasa tadi Siti Bengong sengaja lah nak suruh aku puji-puji dia. Haih bengang aku. Sengaja lah tu. Trick. "

Moral : Berita yang diceritakan Nurul Biol 100% putar belit,dan pertukaran fakta dalam dialog bersama Siti Bengong jelas terjadi.


Situasi C

"Apa yang jadi ni? ". Boleh cerita tak tutt?

"Ala tett,aku malas nak ceita.Panjang.dari akar lagi kalau nak cerita. kau jangan ambil tahu lah.Tak penting pun. " Sambil buat muka :)

Tutt yang tak puas hati dengan jawapan singkat dan langsung tak mantap Tett itu terus menuju ke tott.

Tott,kau tahu,aku kena tengking dengan tutt tadi. Haih,makan dalam ni.


Moral : Tett seorang yang bangang. Sebab? Suka-suka hati dia buat konklusi sendiri yang tutt marah dia. Apa kau buta simbol :) tu?



Moral Entry ni : Satu cerita yang disampaikan kepada orang lain melalui mulut orang lain sememangnya boleh terbahagi kepada beberapa versi. Versi putar belit,versi salah tafsir dan versi asli.

tak kira apa-apa versi pun,kalau sampai melukakan hati orang lain, kau nak tanggung dosa? Pheww.Gua takut.Lu orang nak buat,buat la. kahkahkah.






Saturday, April 2, 2011

Tuhan itu tak pernah tidur

Dalam semua keadaan, dalam setiap ketidakadilan, dalam segenap penindasan dan penghinaan, dalam mana-mana pertempuran kebenaran, gua yakin serta percaya Tuhan itu tak pernah tidur. Tuhan itu Maha Melihat dan Mendengar. Gua nasihatkan diri sendiri dan sahabat jika kita yakin kita benar, maka kita harus bersabar. Kerana apa? Kerana Allah swt itu Maha Adil. Dia tak pernah leka memerhatikan setiap umatnya malahan Dia lebih tahu akan setiap yang berlaku.



Gua juga konfiden, Tuhan bayar cash bagi setiap kelakuan durjana manusia.




Tak percaya?


try buat perkara mengundang dosa, gua yakin lu orang dapat balasan setimpal.




Rakan-rakan,Tuhan itu tak pernah tidur.



Tak pernah!


So chill. buat baik dibalas baik,buat setan dibalas setan. Senang bukan?

Wednesday, March 23, 2011

PBS : hari ketiga ragam 4 aman

hari ini gua kena masuk kelas 4 Aman. dengar cerita bebudak kelas ni top-top. kelas pertama antara 6 kelas lain. gua punya expectation, bab iklim dan cuaca hari ini semua cepat pick up. yang lambat sikit, gua kasi personal tutor. amacam? menipu kuat kan?

Ok2. gua tadi macam biasa masuk kelas ganti untuk subjek KT. Again. cuma kali ini kelas bebudak yang lagi matang. matang la sangat. gua baru lepas terlepas pandang sekejap,dah ada yang main menyorok2 bawah meja. tadi gua bawa bebudak ni keluar kelas. lokasi ke padang sekolah. konon nak tinjau cuaca dan iklim. peh, memang habis takda idea tadi. last2 gua suruh masing-masing posing dan bergambar. Bagus jugak. berguna untuk tebalkan laporan portfolio SBE gua. hihi


Dalam 10 minit sebelum loceng menjerit gua masuk dalam kelas balik. Buat sesi kenal-kenal. bukan semua nak mengenalkan diri, ada yang jenis pemalu tak bertempat. bukan gua suruh buat benda pelik-pelik, suruh cakap nama,tempat tinggal dan cita-cita saja. Bukan gua suruh cerita pasal status diri. yang tu memang isu sensitif, bagi gua sekalipun! kuang3



" cikgu2, nak tandatangan cikgu..nak..nak.. "

Dalam 15 orang budak perempuan berebut sambil tunjuk2 kertas kosong dekat gua. konon nak suruh tandatangan.

" Alamak..kamu ni. apa kata cikgu sain atas satu kertas, lepas ni kamu pergi kedai buku,fotostat je? ok? "


Pergh. cadangan paling bangang gua buat. Kehkehkehkeh


" Mana aci..kami nak jugakk..cikgu,letak sekali no. telepon. Boleh nak mesej."

Pergh. main mintak-mintak number yang gua fobio. bebudak laki ni perangai macam dah dewasa sangat. Gua bagi dekat budak perempuan saja,sekali gua usha budak perempuan dah berjaya pass2 ke pihak lelaki.

"Anak murid je pon, ye tak? "




Ok. Gua dengan ini dah rasa gua macam artis. belum pernah gua main sign2 untuk orang ni,apetah lagi budak-budak baru 10 tahun.




sesi foto bersama bebudak kelas 4 Aman - lokasi padang sekolah dan kelas yang tidak disapu dari semalam khabarnya.




peace. cikgu ajar.
budak ni cakap muka gua macam Arab. sial punya eyeliner. HAHA

budak paling nakal panjat pokok yang baju hijau-hijau

budak beruniform sekolah tak habis-habis menyakat gua.


cuba cari mana gua

cuba cari mana gua - bodoh terupload 2 kali. kahkah

baju ungu ni pengawas.macam gua dulu-dulu. perghh

peace punya style, tu gua yang suruh angkat

bersama daun masing-masing dalam topik kenali alam sekitar anda. peh!

muka macam anak jiran gua. gua syak ada bau-bau bacang jugak ni




Tuesday, March 22, 2011

PBS : hari 2 soalan dan jawapan bangang

Hari ini gua diberikan kelas ganti lagi. kelas berbeza dari semalam. gua dah buat silap besar sebab masuk-masuk dah tunjuk baik. gua yang sememangya kaya dan pemurah dengan senyuman hingga ke ladang gandum, telah membuatkan anak murid tahun 2 Makmur bermaharajalela di kelas. Ada yang ingin menunjukkan kehebatan shuffle di hadapan kelas. ada yang ambil kesempatan main tarik-tarik rambut perempuan sampai menangis budak tu. Ada pulak yang sepak terajang kawan sebelah meja. Gua? Gua pergi belakang gua capai rotan baik punya gua ketuk meja 2 kali. diam sekejap. ada lah diam dalam 2 saat. lepas tu bising balik. pening kepala gua. macam-macam ragam bebudak ni. lastly, gua buat keputusan paling bijak, maka marilah kita bergambar. Bagus! Bijak ! dengan itu, maka kelas menjadi 10kali ganda bertambah bising dari tadi. Yes.





yg murid chinese look tu tanya gua " cikgu knapa tahi lalat cikgu ada 2? gua jawab sebab dia xdak tiga. Ya,jawapan paling bangang gua bagi hari ini.







murid 2 Makmur ni memang "makmur"



yang ni feveret student gua. chomel
dan berbakat gituu. shuffle lagi esok ye?





boleh dapat tangkap dah muka mana gila kamera?




ketua kelas perempuan. kemainn lagi






nasib baik observe kelas KT,murid baik-baik. mana tak nye,cikgu asal ada depan,ye tak?



budak menangis ni gua memang tak tahu nak handle. gua memang agak fail bab pujuk memujuk. jadi, gua bawak mangsa tarik rambut tadi makan aiskrim dekat kantin. gua bagi layanan khas,hantar sampai gate sekolah lagi. peh, lu memang untung N.Wan Adliana. takpa, nangis lagi,cikgu belanja lunch pulak,ye tak? haha


main lu gua lu gua jugak dah jadi cikgu pelatih ni. tunggu gua dapat kata ganti nama baru dulu.

Monday, March 21, 2011

PBS : hari pertama

Laporan tak berapa nak penuh Pengalaman Berasaskan Sekolah kali pertama gua :

Pagi
-jejak kaki dekat sekolah pukul 6.50
-makan dekat kafetaria bahagian guru(tu penting).
-lepak dengan cikgu dan makcik kantin sampai 7.30
-perhimpunan. tangkap gambar budak-budak buat choral speaking.
-tengok budak tahun 3 muntah masa guru bertugas berucap. majlis terganggu, gua gelak besar perhimpunan makin panjang.
-GB gua tadak. dengar cita ambil mc sebab semalam pergi Hatnyai. kahkah
-gua lapor diri dekat PK1.jenis yang suka bagi kelas ganti banyak. peh, 3 kelas gnti unutk pbs kali pertama,hari pertama,memang peh.

Tengahari
-masuk kelas tahun 2 subjek Pendidikan Kesihatan
-masuk kelas tahun 2 subjek Bahasa Melayu
-masuk kelas tahun 4 subjek Matematik

yang 2 subjek paling atas, gua sumpah tak kisah nak masuk. Yang kelas matematik, lu orang ingat gua boleh ka nak goreng-goreng? pening gua pikir.


Petang
-makan
-makan
-sembang
-sembang
-tangkap gambar
-tangkap gambar








library masih dalam renovation


court ape tah tengah2 blok kelas


gua sempat ke prasekolah tadi


perhimpunan pagi

gua usha dari tepi








gambar ada lagi beribu-ribu dalam kamera. broadband tak bagi kerjasama dekat gua untuk upload smua. damn!


Sunday, March 20, 2011

Nervous kemainn

tak dapat tulis banyak. gua punya nervous bukan calang-calang punya nervous.





esok first School Based Experienced gua. nervous kemainn lu orang tahu !



Wednesday, March 16, 2011

macam mana macam mana

Macam mana kita nak tahu kalau orang tu sayang kita ke tak?


Macam mana kita nak tahu lelaki/perempuan tu ikhlas nak kawan dengan kita?

Macam mana kita nak percaya seseorang tu suka kita, tapi dalam masa yang sama dengan orang lain dia layan sama ja macam kita?

Macam mana kita nak handle dengan manusia yang jenis terlebih get along dengan semua orang tak kira jantina?


Macam mana nak buat kalau cinta lama berputik semula?


Macam mana nak jujur dengan seseorang yang kita hanya anggap kawan biasa?



Peh. soalan macam mana banyak sangta ni. Jangan jawab. Gua sendiri tak taw nak jawab.