Monday, January 10, 2011

kebahagiaan dalam perpisahan


jangan salah sangka. lagu ini masuk AJL 2011 semalam,tapi tak menang. sebagai tanda gua hargai shahir kena lempang deras2 dengan nasha aziz,gua letak la lirik lagu dia kat sini.amacam?


Shahir-kebahagiaan dalam perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti







menangis gua dengar lagu ini. ok tak baik menipu.

Saturday, January 8, 2011

+60148510442

pada pagi yang kurang celaka hari ini,gua dapat satu mesej.buat gua tertanya-tanya satu hal, kasi menyemak inbox phone gua satu hal.

ni mesej yang gua dapat.sender nya pakai number seperti yang tertera di entry gua.



RM 0.Promotion's .Tahniah sim kad anda telah meraih HADIAH Percuma "RM19,000,00"
SHELL V-POWER No Pin 552299. Sila Call di Talian 0128114136.



Gua ada beberapa persoalan mengenai mesej di atas


..1. kenapa mesti number sender ngan number kena call balik tuntut "hadiah" lain-lain?
lu orang ingat gua buta number ka?


..2. setakat 19 tahun 11 bulan gua hidup,belum pernah rasanya gua jejak kaki kat shell nak isi minyak sendiri2. menatang kejadah apa pulak V-Power tu? gua mana tahu sangat.


..3. ni trick lu orang hantar sementara nak tunggu elaun gua masuk ka?


..4. atau ni trick lu orang nak bagi lingkup kredit gua? jangan macam2 dengan gua.gua tengah sengkek ni.


..5. bila main pakai number2 pin ni,buat gua teringat masa zaman nak apply IPTA. apa cerita?


..6. lu orang kalau tambah angka kosong jadi 10 tempat kat 19,000,00 tu,baru gua tak teragak-agak nak dail number lu orang.







kalau ada sesapa tahu latar belakang sender mesej ni,sila roger gua.gua nak pergi tembak dia lepas tu rompak bank dia 19,000,00. memang macam sial.




4 rakan bersembang atas title single

pada hari yang sama, jam yang berbeza, insiden soal menyoal berlaku antara gua dan 3 rakan gua.

Rakan 1


lu pehal sedih2 macam orang mati anak? balak lu orang negeri sembilan apa cerita? - gua

"balak apa.bala adalah.. gua baru clash laaaa ! sedih weh! sedih ! " - rakan


Rakan 2

yang lu ni gua tak paham betul.kejap2 in relationship,kejap2 married,kejap2 single. -gua

"gua single but not available.tapi kan mamat semalam lu cerita tu,agak2 single lagi tak? -rakan


Rakan 3
lu memang bikin gua sentap.couple tak cerita kat gua langsung kan ! sentap ah ! - gua

"Beb,bila gua couple hah? -rakan







"






"





lu orang cari Rakan 4 ke?



"








3 rakan + 1 gua = 4 tak?



Friday, January 7, 2011

wanita pun ada geng

Entry gua dikhaskan kepada kaum2 yang solat jumaat terutamanya.andai kata kaum pengguna Sunsilk ingin turut serta membaca,maka dengan segala hormatnya gua persilakan membaca.

Boys.apa yang lu orang tahu mengenai geng2 atau kumpulan2 wanita?
Kalau kelantanese,mereka lagi sinonim dengan gelaran geng assabiah.harap maaf,tapi inilah kenyataan.walaubagaimanapun,tidak kurang dengan wanita.

Gua ada kasi beberapa kategori geng wanita.


1.Geng rasa cun dan hot.
-geng2 macam ni lu orang boleh nampak dengan jelas dan ketara.sekiranya 4 atau 5 gadis lawa dan meletup berjalan sekali dimana sahaja,maka mereka ini tergolong dalam kategori pertama.


2.Geng tudung labuh
-mereka2 ini boleh juga dikatakan budak2 surau.gua punya respek tinggi sikit dekat geng ini.apa? lu orang nak contoh? haa lu boleh pergi usha2 student pengajian agama.insyaAllah jumpa.


3.Geng skema dan takut ponteng perhimpunan
-sudah jelas dan ternyata gua rasa gua bukan geng ini.geng ni berpegang pada prinsip akta 174.tak datang perhimpunan lu orang ada potensi kena gantung sampai mati.


4.Geng mulut bising dan tak tahu masa nak diam
-haaa yang ini lu orang boleh jumpa ramai kat blok rambai,terutamanya sekitar jam 1 pagi hingga 2 pagi setiap hari.kuang3.macam biasa,gua bukan member group ini.kahkah


5.Geng low profile dan rata2nya orang tak kenal
-gua lagi suka geng macam ni.senang hidup.kalau mereka2 ni lagi suka berdiam diri dan telan bulat2 semua arahan pensyarah,rakan mahupun pentadbiran.kes tak amik port.


6.Geng kaki komen lepas tu post dalam blog
-apa? apa? apa?



gua tak terasa langsung pun ok.kahkah.sapa rasa nak join group ni boleh pergi log in account blogger masing2.






yang nak komen boleh pilih lu orang geng mana.yang perempuan saja.yang laki kita cerita belakang hari.



buat apa lu datang?

lu dah memburukkan mood gua.so gua nak blah dari maktab esok.

sekian.

Thursday, January 6, 2011

sendiri lebih baik

buat masa sekarang gua punya otak sangat bercelaru.banyak sangat masalah yang hendak diselesaikan.member2 gua yang budak utara semua balik rumah.macam biasa gua akan bersendiri hujung minggu ini.nasib baik ada rumate tersayang.apa2 gua akan berkepit 24 jam dengannya.sebenarnya berat rasa hati untuk tidak pulang ke rumah hari ini.Memandangkan kemalasan gua mengatasi kerajinan gua,maka gua batalkan hasrat untuk pulang.Jimat la juga beras rumah gua dalam 2 3 kilogram.


hati gua 2 3 hari ini rasa kosong.jiwa gua rasa berlubang-lubang.gua rasa empty space yang amat sangat.entah mengapa,tetapi gua inginkan satu perubahan.gua mahukan kehidupan yang aman.tanpa sebarang komitmen.mungking kerana gua asyik sibuk sehingga gua lupa tanggungjawab gua pada pihak tertentu.itulah sebabnya mengapa gua sudah tawar hati untuk terus mempunyai sebarang komitmen.gua mahu tumpukan sepenuh perhatian gua pada kehidupan maktab gua.gua minta maaf pada mereka2 yang kecil hati dengan gua.gua rasa bersalah.tapi gua sendiri tak dapat gambarkan rasa hati gua.

kadang2 kita tak sedar perbuatan kita melukai hati orang lain.kalau kita sedar pun,belum tentu orang tu pun turut sedar dia telah melukai kita.walaubagaimanapun,sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan.tak semua manusia sempurna dan tidak dapat menjadi sempurna.
walaupun kata2 maaf seringkali kita ungkapkan,namun selama manakah kita akan terus berterusan minta maaf? bagaimana dengan janji dan usaha kita untuk tidak mengulangi perbuatan silap kita? benar kata orang tua.tak usah berjanji andai tidak untuk ditepati.


gua manusia biasa.gua juga wanita biasa.gua ada hati dan perasaan.gua sedar kadang2 gua keterlaluan.gua teremosional.gua terpukul,termaki,termarah,termerajuk,tersegala jenis ter sekalipun,gua sedar semua itu.gua rasa diri gua dah berubah.mulai sekarang gua hendak jadi seorang yang hardcore.maaf la semua.sila nantikan perubahan hardcore gua mulai sekarang.kerana gua sudah muak dengan erti beralah.


sekian taklimat sentap dari gua yang memang sentap serta berpegang teguh dengan prinsip sendiri lebih baik.

wassalam.




Yang pulun menaip,

Gua

Wednesday, January 5, 2011

Renovasi & Revolusi i4p siri 1

Hello semua,brader2 serta awek2 blogger sekalian.


Entri kali ini gua rasa khas untuk tatapan masa luang mereka2 yang semaktab gua.

Lu orang mesti sedar kan? sejak bermulanya semester begitu banyak perubahan yang membuka mata serta mencuri perhatian warga maktab kita, antaranya renovasi yang sedang giat dijalankan pada tempat2 awam dan banggunan2 bertaraf purba kala di sini.

Berikut gua senaraikan beberapa banggunan antik yang sedang dinaiktarafkan ke level lebih tinggi serta beberapa perubahan lain di sini.

1. Gelanggara dicat semula
Kebaikan : segala kurap kesan kelapuk dan lumut yang menebal di permukaan tiang hilang serta merta dan menampakkan wajah baru pada gelanggara.
Keburukan : lebih ramai kaki ponteng perhimpunan akan mula datang perhimpunan menyebabkan situasi sesak serta sukar mencari tempat duduk.


2.Blok Seni berbumbung baru
Kebaikan : Blok seni tidak lagi digelar blok buruk kerana bumbung baru tampak kelas dan modern.
Keburukan : Temperature bilik darjah pada waktu petang melonjak tinggi lebih awal dari biasa kerana bumbungnya yang bersifat zink dan good heat absorber.


3. Kafe bawah bertukar tender
Kebaikan : Mami's Cafe ada persaingan perniagaan dan harga nasi lauk ayam dengan sayur jadi RM3.50 kembali. *selalu dia bedal RM3.80
Keburukan : Tomyam masin,nasi mentah,servis lembap tahap bangang dan lebih ramai pasangan dating di tesco.


4. Pentadbiran tanpa pengarah
Kebaikan : Tiada lagi izazah dapat kedengaran
Keburukan : HEP mula tunjuk kuasa


5. Mobile Classes
Kebaikan : bilangan pelajar bertambah kurus akan meningkat terutama dalam kalangan pelatih perempuan
Keburukan : Nostalgia kehidupan stress dan pecah kepala seperti di matrikulasi terimbau kembali


6. Kelas tamat 1.30 petang
Kebaikan : pelajar PISMP Ambilan Jan 2011 akan ada lagi banyak masa untuk keluar awal ke Queensbay Mall pada hari bukan hujung minggu.
Keburukan : gejala berfacebook berleluasa di waktu petang




Setakat ini gua rasa itu saja perubahan yang gua boleh senaraikan dalam siri pertama ini. Mungkin akan ada beberapa perubahan lain yang bakal gua tuliskan dalam entri seterusnya,bergantung kepada keadaan.