Friday, January 7, 2011

wanita pun ada geng

Entry gua dikhaskan kepada kaum2 yang solat jumaat terutamanya.andai kata kaum pengguna Sunsilk ingin turut serta membaca,maka dengan segala hormatnya gua persilakan membaca.

Boys.apa yang lu orang tahu mengenai geng2 atau kumpulan2 wanita?
Kalau kelantanese,mereka lagi sinonim dengan gelaran geng assabiah.harap maaf,tapi inilah kenyataan.walaubagaimanapun,tidak kurang dengan wanita.

Gua ada kasi beberapa kategori geng wanita.


1.Geng rasa cun dan hot.
-geng2 macam ni lu orang boleh nampak dengan jelas dan ketara.sekiranya 4 atau 5 gadis lawa dan meletup berjalan sekali dimana sahaja,maka mereka ini tergolong dalam kategori pertama.


2.Geng tudung labuh
-mereka2 ini boleh juga dikatakan budak2 surau.gua punya respek tinggi sikit dekat geng ini.apa? lu orang nak contoh? haa lu boleh pergi usha2 student pengajian agama.insyaAllah jumpa.


3.Geng skema dan takut ponteng perhimpunan
-sudah jelas dan ternyata gua rasa gua bukan geng ini.geng ni berpegang pada prinsip akta 174.tak datang perhimpunan lu orang ada potensi kena gantung sampai mati.


4.Geng mulut bising dan tak tahu masa nak diam
-haaa yang ini lu orang boleh jumpa ramai kat blok rambai,terutamanya sekitar jam 1 pagi hingga 2 pagi setiap hari.kuang3.macam biasa,gua bukan member group ini.kahkah


5.Geng low profile dan rata2nya orang tak kenal
-gua lagi suka geng macam ni.senang hidup.kalau mereka2 ni lagi suka berdiam diri dan telan bulat2 semua arahan pensyarah,rakan mahupun pentadbiran.kes tak amik port.


6.Geng kaki komen lepas tu post dalam blog
-apa? apa? apa?



gua tak terasa langsung pun ok.kahkah.sapa rasa nak join group ni boleh pergi log in account blogger masing2.






yang nak komen boleh pilih lu orang geng mana.yang perempuan saja.yang laki kita cerita belakang hari.



9 wak lu komen2:

GigiWangi said...

jap jap. aku runsing. aku geng mana do?




kahkahkah.

foo said...

lu aku letak geng no 1.

faizul said...

jenis main geng2.
rasicm tau x?
rasicm!

panadol lagi said...

gigiwangi~ko geng kaki komen pastu post kat blog.HAHA

foo~perghh.lu memg adil dan saksama.

faizul~rasicm stu cara nak pemes.haha.

Izmir Fadzil said...

aku join geng kaki komen..
apa?..apa?..apa?..

panadol lagi said...

izmir~persoaln utama sekarang ni,kau kaum yang mana satu ni?
haha

wawa nasruddin said...

geng break the rules xde ke?
hahaha

panadol lagi said...

Wawa nasrudin~ geng break da rules kita2 je bwat snirik.hahaha

wawa nasruddin said...

i like!! hahaha
pngerusi : mist panadol