Orang ketiga dalam kamus dunia percintaan merupakan insan tidak kira kaum berjanggut mahupun kaum berambut panjang yang hadir di antara satu hubungan serta mendatangkan pertelingkahan, kekusutan, kecurangan dalam institusi percintaan tersebut.
Dalam erti kata lain, boleh juga dikatakan perampas, penggoda, dan sebagainya.
Entry gua hari ini gua sengaja point dekat diri gua sendiri. Secara jujurnya memang gua pernah berada dalam situasi ini. Orang ketiga. Niat gua bukan lah hendak membuka pekung di dada sendiri. Tetapi sebagai iktibar dan pengajaran buat lu orang di luar sana agar tidak sesekali menceburi dunia ini. Sekali terjebak, lu orang merana.
Bahagia dalam status orang ketiga sebenarnya tidak lama. Kebahagiaan yang gua pernah rasakan semuanya sementara. Mula-mula lu orang akan berasa tidak kisah dengan posisi lu orang sebagai orang ketiga. Tetapi lama kelamaan lu orang akan sedar. betapa merana,tersiksa serta berdosa bergelar orang ketiga.
Lu orang bukan sahaja menjadi perampas, malahan sebenarnya lu orang telah melukai hati banyak insan,tanpa disedari hati lu orang turut berasa terluka dek kerana perbuatan sendiri.
Selama manakah kesanggupan lu orang untuk bergelar orang ketiga? Kalau gua,pada awalnya kelihatan sanggup. tidak kisah,janji gembira serta tidak kesunyian. Namun sebenarnya derita menanggung sesuatu yang bukan milik kita sangat ketara dirasai. Buat apa kita merelakan diri menjadi insan kedua bagi seorang lelaki? Ternyata lelaki tersebut yang akan berasa gembira. Kerana bisa mendampingi 2 wanita dalam 1 masa.
Susah. Pengalaman gua sendiri sebenarnya banyak mengajar gua. Gua kini sedar betapa bodoh dan bendulnya gua dahulu. Lu orang pernah rasa? Kalau ya,thumbs up. Tapi ! Hentikan ok.
Moral of the story : Sedangkan kita layak menjadi the one and only dalam satu perhubungan percintaan, untuk apa kita hendak bergelar orang ketiga? Fikirkan.
8 wak lu komen2:
lu bikin gua tacng r
gua ingat entry usrah2.
lu tinggi. tak jadi masalah.
izmir : tacing ke..kah3
faizul : HAHA.tu perancangan awal.kah3
foo : apa kaitan tggi ni bro.bikin gua sentap lah.
sekian...usrah mlm jumaat...hahaha
shawn~hahahah hgpa bajet usrah ek...haha nti la entry usrah ak bwat.
haha.klw secara x sengaje cemane?LOL
Aina : boleh pulak xsengaja.haha.
Post a Comment