Wednesday, January 12, 2011

kenapa cikgu perempuan selalu laku cepat?

Ok.Mula-mula nak remind gua tulis ini bukan berdasarkan pengalaman sendiri.gua masih setahun jagung dalam dunia pendidikan ni.nak bergelar pendidik secara bertauliah pun masih ada 4 tahun lagi.jadi penulisan entry gua kali ini lebih kepada sembang kosong diselitkan dengan unsur santai untuk bacaan lu orang.




Gambar : kenapa lelaki kalau nak kahwin saja,nak cari cikgu?
tak semua macam ni.tapi gua maksudkan secara MAJORITI.



1. Life tersusun dengan schedule yang ringan

Gua bukan nak cakap pekerjaan lain life mereka tunggang langgang atau serabut,tetapi jika hendak dibandingkan dengan guru sudah jelas dan nyata profesion guru jauh lebih gampang.Dari guru paling banyak goyang kaki dalam bilik guru hinggalah ke guru hari2 muka balik paling lambat,masing2 ada jadual persekolahan yang gua kira tidak terlalu membebankan.
Kalau pagi,start enjin kereta terus sampai sekolah.Lepas tu mengajar lah sampai loceng akhir berdering,then lu orang guru2 boleh buat2 lupa ada meeting kokurikulum and cepat2 punch card dan blah.



mesin ni lu orang jangan main2.lambat punch seminit lu orang ada potensi turun gaji.


2. terapi perasaan dan emosional

semua orang tahu stress.semua orang tahu tension. penjaga tol Plus tahu stress.pencuci tandas awam R&R tahu stress.apatah lagi Perdana Menteri,beribu2 kali stress. begitu juga kerjaya sebagai guru.stress adalah normal kerana lu orang semua sedia maklum kerjaya ini mengkehendaki guru berinteraksi dengan manusia atau murid2. bila kita dealing dengan human ni,memang macam2 karenah.macam2 ragam murid kita terpaksa hadapi. lambat masuk kelas dah mula baling2 kerusi,bertumbuk sana sini,merayau kelas lain mengorat makwe lawa, ulang alik depan bilik guru besar sambil angkat jari tengah dan macam2 lagi.


Tapi !
ada tapi ok.time mengajarlah masa nak release tension juga sebenarnya.masa cuti boleh pergi kursus percuma dekat Pulau Langkawi.masa tu lu orang nak angkut anak,laki,bini atau suku sakat sekalipun,lantak korang lah.janji time kursus lu hadir dan tunjuk muka. Ketawa.
Pergi la lawatan kalau dah namanya guru.Panjat Gunung Kinabalu ka, picnic dekat Teluk Batik ka, atau lu orang nak melawat muzium negara sekalipun jadilah.janji lu orang enjoy sambil sebar ilmu.amacam?







Gambar dirembat dari sini. agak2 bila gua boleh buat peace kat puncak tu?



3. Gaji mantap dan boleh bantu ekonomi keluarga

Gua tak boleh nak ulas banyak point ni. sebab setakat ni gua cuma dapat elaun buta yang dibayar setiap semester. gua belum ada pengalaman pegang duit gaji sendiri.macam mana pun,gua yakin kalau guru masih boleh bantu ekonomi keluarga.yang mana laki doktor,bini cikgu kira mantap la.lu orang ada kenal mana2 bakal doktor tak? boleh pass kat gua. Senyum lebar.



4.tak ada chance nak bohong/kes curang tak ada

Nak semak exam bagi markah,ada skema jawapan.
Pakaian ke tempat kerja, ada kod dan etika.
Nak tanda kertas, ada garis panduan.
Sampai sekolah, punch card dan isi waktu kedatangan.
Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.
kad jogathon hilang pun kena ada police report bagai !
Bila boleh nak menipunya?

Nak berpacaran?
Mimpi lah.
Kena tangkap boleh tamat karier tahu?
Lepas tu masuk surat khabar dan segala media.
Headline kosmo muka depan :

"GURU ......" bla bla bla bla

Gila kau.
Camtu nak boleh lupa suami?
Hidup akan dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.





semasa sekolah : mengajar,mendidik,mengasuh,memberi ilmu.gua punya kerja kot!





balik sekolah :duduk rumah makan popcorn dengan laki
bakal rumah gua. ada bantahan?




dengan suami : hah lu orang buat la apa lu orang nak


5.Penampilan
Dah nama pun guru.penampilan mesti jaga.baju kurung kalau ada garis2 tu kira cikai lah.baju kemeja kalau berkedut2 macam kaca retak seribu kira tak smart lah.guru brader! guru ! lu orang bukan kerja mat despatch pun.
Masuk saja kelas mata2 anak murid akan pandang muka guru dulu. ini benda betul !

Hari ini cikgu baju baru.
Hari ini cikgu pakai biru lah !
Puiyooo hari ini cikgu lawa gila.
Sudahlah lawa.ada pulak gila.
Haihh.





kalau macam ni punya melaram, murid,sekolah,guru besar malahan staf sokongan buat mogok!








Notakaki : gua tulis ikut sedap mulut gua sahaja.jangan gunakan sebagai panduan mencari jodoh.kalau rasa berguna,cedok la sebanyak mungkin. Ketawa.

Persoalan : guru lelaki macam mana pula? try buat entry tengok.











6 wak lu komen2:

Cikgu Izmir said...

oho,nak entry cikgu lelaki yer.beta mampu buat cuma tak mampu terbitkan

kahkahkah.
piknik teluk batik terbaik!

ShAwN said...

aku pon tak mampu nak terbitkan...kahkahkah

cik jue said...

best woo....terbaik!
kalu gini aku nk tggu abg bionik masuk meminang je la...hehe

panadol lagi said...

izmir~honeymoon lu memg la lu ingt..hahaha

shawn~Try tgok wt version laki..haha.

cik jue~abg bionik kata 4 tahun lagi..haha

ifa said...

saya seorang cikgu :)

panadol lagi said...

ifa~ haha anda cikgu yang chantexx ^^