Wednesday, January 5, 2011

Renovasi & Revolusi i4p siri 1

Hello semua,brader2 serta awek2 blogger sekalian.


Entri kali ini gua rasa khas untuk tatapan masa luang mereka2 yang semaktab gua.

Lu orang mesti sedar kan? sejak bermulanya semester begitu banyak perubahan yang membuka mata serta mencuri perhatian warga maktab kita, antaranya renovasi yang sedang giat dijalankan pada tempat2 awam dan banggunan2 bertaraf purba kala di sini.

Berikut gua senaraikan beberapa banggunan antik yang sedang dinaiktarafkan ke level lebih tinggi serta beberapa perubahan lain di sini.

1. Gelanggara dicat semula
Kebaikan : segala kurap kesan kelapuk dan lumut yang menebal di permukaan tiang hilang serta merta dan menampakkan wajah baru pada gelanggara.
Keburukan : lebih ramai kaki ponteng perhimpunan akan mula datang perhimpunan menyebabkan situasi sesak serta sukar mencari tempat duduk.


2.Blok Seni berbumbung baru
Kebaikan : Blok seni tidak lagi digelar blok buruk kerana bumbung baru tampak kelas dan modern.
Keburukan : Temperature bilik darjah pada waktu petang melonjak tinggi lebih awal dari biasa kerana bumbungnya yang bersifat zink dan good heat absorber.


3. Kafe bawah bertukar tender
Kebaikan : Mami's Cafe ada persaingan perniagaan dan harga nasi lauk ayam dengan sayur jadi RM3.50 kembali. *selalu dia bedal RM3.80
Keburukan : Tomyam masin,nasi mentah,servis lembap tahap bangang dan lebih ramai pasangan dating di tesco.


4. Pentadbiran tanpa pengarah
Kebaikan : Tiada lagi izazah dapat kedengaran
Keburukan : HEP mula tunjuk kuasa


5. Mobile Classes
Kebaikan : bilangan pelajar bertambah kurus akan meningkat terutama dalam kalangan pelatih perempuan
Keburukan : Nostalgia kehidupan stress dan pecah kepala seperti di matrikulasi terimbau kembali


6. Kelas tamat 1.30 petang
Kebaikan : pelajar PISMP Ambilan Jan 2011 akan ada lagi banyak masa untuk keluar awal ke Queensbay Mall pada hari bukan hujung minggu.
Keburukan : gejala berfacebook berleluasa di waktu petang




Setakat ini gua rasa itu saja perubahan yang gua boleh senaraikan dalam siri pertama ini. Mungkin akan ada beberapa perubahan lain yang bakal gua tuliskan dalam entri seterusnya,bergantung kepada keadaan.

5 wak lu komen2:

faizul said...

suke2 je komen psl ptdbiran.
spe bg lu elaun.

Izmir Fadzil said...

ada lagi satu ko lupe tulis..

"kegiatan blogger semakin sihat sekarang ni"

foo said...

taik-taik kucing banyak yang dah kena remove guna mesin rumput saja.

wawa nasruddin said...

tlis la pasal elaun! mktb ak xdak tklimat elaun pon..
hehehe

panadol lagi said...

faizul~dlm blog kita ada kbebasan hak bersuara..gua blaja sosiologi,gua taw lah.haha

izmir~semkin sihat dan menjadi2

foo~kalau dulu pakai tangan ja buang.skunk ksihatan diutamakan.

wawa~kesian lu.maw taw apa roger gua lah.ngee