Monday, February 28, 2011

surat chenta? buat gua berdebar-debar !




" Sha, ni hah. surat. baca2. "

Perghh. saat ni lu orang bole teka berapa laju denyutan nadi gua? 10 kali per saat!


Gua punya feeling dah macam nak jatuh pengsan. Bukan hari-hari dapat surat cinta. Jarang-jarang. Last time dapat kiriman surat cinta ni, tak silap gua masa gua masih di tingkatan empat. Masa tu kegiatan balas2 surat kira paling aktif, al maklumlah facebook belum wujud lagi dekat muka bumi ni.



" Surat apa pulak? "


Sekali imbas ada jadual-jadual bagai! Gua syak ni mesti kerja mat romeo versi skema. Jenis tulis surat pakai jadual2.



"



"



#$%^&*()



"

Surat cinta...



Unit Kokurikulum

IPG KAMPUS PULAU PINANG

TEL : 04-6603187 / 013-3935886

MEMO DALAMAN

KEPADA

:

NUR SYAHIRA ZULKARNAIN KUMP : 1 KS

DARIPADA

:

PEN KOKURIKULUM SUKAN IPG MALAYSIA KAMPUS P.PINANG

PERKARA

:

TIDAK HADIR LATIHAN RUMAH SUKAN

TARIKH

:

11 FEBRUARI 2011



1 MALAYSIA :RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DI UTAMAKAN



SILA JUMPA SAYA DENGAN SEGERA




NORDIN BIN SADALI

PENSYARAH KOKURIKULUM





"





Perghhh perghh perghh !!


Gua syak ni semua taktik nak ajak gua dating. Tapi schedule gua serius full.



Kalau macam ni punya tindakan institut kepada kaki-kaki ponteng latihan rumah sukan, nampak gaya memang kena ponteng lagi lah. belum cukup extreme! Kalau gantung kuliah, denda 5-6 ratus atau buang rumah sukan, baru cukup extreme. Ye tak?


kehkehkeh!!




cuba lu orang suggest satu date. bila agak-agak gua boleh pergi mengadap ke bawah duli pensyarah koko ni? fulamak berdebar!




Sunday, February 27, 2011

Jumpa Fauzi!



Fulamak. entry ada nama hero. Mai sini gua cerita. BFF gua dah cukup kenal sapa hero kacukan Melayu-India ni. Gua syak hero ni anak mami. Muka handsome. Belum cerita pasal senyuman lagi. Gua sendiri cair. Perghhh. kahkah.

Lokasi jumpa hero ni dekat booth jual handphone. Dalam scene ni boleh kata Shangari ( member gua ) jadi orang tengah. Pergh. macam agen cari jodoh. Takde apa pun. Gua cuma minat usha muka hero ni saja. Shangari dan ifah, jangan tipu korang tak minat jugak! Haha.

Eh kejap. Gua lupa cerita gua shooping dekat Perangin Mall tadi. Alang-alang kat sana, gua and the geng singgah 1Avenue. Best3. Barang jangan cerita lah harganya. Murah gila babengg. Lepas ni sapa-sapa nak shopping dengan RM50 dalam purse, gua suggest tempat ni. Tak banyak duit habis kat sini. Sebab murah! Taw Kompleks Bukit Jambul kan? Adik beradik lah, lebih kurang standart dia.


Hang out dengan Shang rambut rebonding dan Cik Ifah chantex memang happening !


Kami macam orang gila yang pusing satu mall, dan tiap-tiap kali akan termasuk kedai baju yang sama !

Memang jemmm.

Gua sempat pose 2 3 picx . Usha-usha!




3 kawan melepak dekat Old Town







dah macam aishwarya rai member gua ni.






ifah, gua dan shang - 3 sahabat






kami gila shawl !






mengantok weh kat Old Town. gua asa nak tidorrr zzZZz..







muka complicated kat kiri tu kena tanya tuan punya badan sendiri.







Jenis angkat peace. bak kata foo.




gua penat dah! gua nak tidooo.



Saturday, February 26, 2011

geng last geng terer

Bunyi 'hon' tanda peserta dilepaskan untuk ber-jogathon kedengaran. Semua peserta yang berdiri barisan paling depan mula pasang kuda2. Muka serius kemain. Gua syak orang camni jenis star atas padang untuk acara balapan. Jenis muka popular sebab banyak sangat medal bergantung-gantung dekat leher. Kalau 3 kilometer punya track, itu cuma jarak kecil bagi mereka.


Gua? Gua tak berapa nak ingat. Bila gua cuba flashback memori gua tadi, baru gua teringat yang gua sebenarnya tak sedar langsung 'hon' di bunyikan. Yelah, duduk berteduh bawah parking lot Blok Sains, kau tau betapa selesa tak selesa? Boleh tahan lah sebab provide gua dan geng2 untuk cerita pasal status facebook semalam. Lagi-lagi time macam ni, banyak betul benda nak dijadikan isu yang masuk dalam topik bualan kami. Bila tengok orang mula jalan, gua pun jalan.

Sampai gate Rescam gua dah start berpeluh. Perghh. Bukan main-main. Metabolisme tinggi, gua tak boleh buat apa. Peluh kira nak keluar ja. Sepanjang jalan usha mamat motor, komen macam2. Helmet tikus lah, motor senget lah, paling sempat usha makcik polis trafik. Dedicated kemain jaga trafik. Terima kasih. Sekurang-kurangnya tak ada kes langgar lari tadi. Kehkeh.

3 kilometer rupanya dekat saja. Gua terbayang-bayang jarak macam nak pergi QB. Rupanya tak pun. Usha belakang, group lelaki last. 10 minit kemudian, usha belakang lagi. Group lelaki tadi masih bertahan posisi last. Lega gua. Tapi rupanya dalam kategori perempuan, group gua group paling last. OK fine. Kau semua tinggal lah kami. Prinsip kami tetap maw steady.



Peluh bila cukup lap 1 paket tisu baru bukak, baru gua sampai gelanggara institut. Perghh. Ramai betul dah sampai rupanya. Gua sempat curi tengok ke arah kakak senior sorang ni. Fulamak,sampai dah habis 2 3 cawan air. Gua? Setitik air pun belum masuk2 mulut ni.

Nak kata penat tahap cipan, taklah sangat. tahap babuntanah ada la jugak.

so..

Gua rasa geng last ni geng teror. Teror apa?

Teror bersembang, teror bergelak ketawa, teror segala bapak teror. Teror la gua cakap lu!



gua detect sorang mamat ni yang fokus kemain jogging. Orang camni kita patot bentang red carpet depan finish line. kahkah



Thursday, February 24, 2011

entry usrah-usrah


عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ
مُعَاذاً إِلَى الْيَمَنِ وَقَال لَهُ : "اِتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُوْمِ ، فَإِنَّهَا لَيْسَ بَيْنَهَا
وَبَيْنَ اللهِ حِجَابٌ



Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya : "Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah". H.R. Bukhari dan Muslim





Gua syak ramai tunggu entry macam ni. lagi-lagi mereka yang berjiwa mentalingustik.


spelling betul tak? tajwid betul tak tu? gua copy saja.




"kawan"

Gua ada satu kisah menyayat hati. menyentuh jiwa. dan paling penting buat air mata mengalir.




Alkisah dalam sebuah institusi pengajian terdapat sebuah kelas yang memang terkenal. Tak kisah la dari aspek positif, mahupun negatif, kelas ini sering kali menjadi tumpuan serta buah mulut ahli masyarakat sekeliling. Lecturer mahupun student, rata-ratanya gemar bergosip mengenai kelas ini. Gila unik kau tau!

Walaubagaimanapun, bukan itu cerita utamanya. Begini. Dari awal pengajian lagi, sebuah ikatan yang wujud antara pelajar di dalam kelas tersebut memang sudah utuh, erat dan cukup padu. Mereka seringkali meluangkan masa bersama untuk keluar pada hujung minggu, menonton wayang, makan Pizza hut bersama, berkelah tepi pantai sekali, sama-sama bakar ayam panggang dan paling seronok sama-sama tempuhi liku-liku hidup selama beberapa semester.


Masuk sahaja semester baru, semuanya berubah. Sang teruna sudah pandai bermulut manis sesama perempuan kelas lain. Maka dicarinya wanita untuk dijadikan kekasih. Warga kelas semua menyokong sambil mendoakan kebahagiaan masing-masing dengan pasangan masing2.


Namun itu bukan persoalan sebenar. Apabila berlaku pertelingkahan dalam kelas tersebut, mengapa seolah-olah itu punca perpecahan mereka? Kerana kelancangan mulut beberapa "kawan"sahaja, situasi bertukar porak-peranda.

Ada seorang perempuan yang tidak tahu menahu mengenai situasi awal ini. Maka dijadikan cerita dia menjadi mangsa tohmahan, fitnahan, muka wanted, dan acapkali diperli-perli oleh "kawan" sekelas sendiri. Dia yang sememangnya bersalah kerana tidak patut bertindak melulu akur dengan kesalahannya. Namun mengapa mesti situasi dipanjang-panjangkan lagi?


"Kawan" yang ada dalam kelas itu bertukar 100% musuh kepada "kawan" lain. Maki hamun. Soal mati dibangkitkan. Niat sebenar disalah ertikan. Erti persahabatan sebenar dipijak-pijak!


Amarah. Sifat syaitan durjana. Mengapa perlu ikut sifat syaitan?

Memaafkan. Bukankah itu sifat Nabi? Mengapa canang diri umat Nabi, tetapi diri tak nak contohi baginda?




Gadis tadi bersyukur. kerana "kawan"nya berdiri teguh disisinya. Bersuara untuk kebenaran. Apabila kebenaran sudah terpampang di mata, mengapa masih egois?



Sehingga kini..kelas tersebut sudah bercerai-berai. Masing-masing pertahankan ego masing-masing. Yang menjadi mangsa keadaan hanya mampu menangis di bawah selimut, yang penyebab segala punca masih aktif bergelak tawa. Saat ini,hanya Tuhan yang mampu membantu kelas ini.


Ya tuhanku, berikanlah kekuatan kepada "kawan" 2 ini, kerana mereka masih "kawan". Tolong wujudkan semula nilai "kawan" dalam hati mereka.







Gua rembat kisah ni dari sudut jiwa siapa entah. Try google tengok.

sekitar 23 februari 2011

Tarikh keramat dalam hidup gua. Pertama kerana buat pertama kalinya gua hantar mesej gua kira paling sentap dan touching kepada bonda tercinta. Gua tak sangka gua mampu hantar kata-kata indah yang gua yakin mampu membuatkan air mata seorang ibu mengalir dek kerana terharu. Sebagai cover line, gua syak bonda sengaja reply mesej gua, berbunyi " jangan jadi jebon" . HAha. Baru gua tahu dari mana gua mewarisi sifat humour. Genetik rupanya.

Kedua gua rasa agak terkejut kerana tak sangka umur gua sudah mencecah angka puluhan. Selepas ini, gua tidak boleh lagi dengan riak dan takburnya menggelar diri gua geng "malar hijau" berbanding geng "veteran" dalam komuniti kelas T1PS. Saat umur dah jejak 20-an, semuanya terasa berdebar2. Member gua cakap gua dah boleh kahwin masuk umur 20 tahun ni. Risau juga gua. Mana tahu ada rombongan meminang sampai Taman Macang Manis nanti. Risau2.

Ketiga, gua happy sangat sebab member2 gua celebrate birthday gua. Gua malas cerita banyak. Jum usha-usha gambar !





makan ayam sedap hingga menjilat jari kaki



my BBF sangat chomel kan?




gua birthday girl yang tua




tua-tua pun masih dapat hadiah. X patut2


pocketfull dah strike back weh !



sapa-sapa tak kenal rumate gua, boleh pergi gantung diri


kek 3 beradik





cheesecake dari awek Izmir Fadzil, sahabat gua. tengkyu kechikk !












sapa-sapa belum bagi hadiah dekat gua, boleh post saja ke alamat 18 jalan macang taman macang manis. gua seriuss ! tak main-main.




BRADER FOO tak tuntut hadiah. jadi gua dah sedekah hadiah dekat member gua yg hari jadinya bulan januari tahun 2012 depan.






Monday, February 21, 2011

Happy Birthday, you're not getting older you're just a little closer to death.







































Norzulika Zulkarnain

dah tua dah lu ek. gua pun tak lama dah nak bergelar wanita 20-an. Pesan gua cuma satu. Live your life to the fullest. Pe kejadahnya ni. Betul tak betul quote gua tu?




HEPI BDAY kakak ! 22.2.1990

laporan berita terkini gua

Pheww. lama dah rasanya tak menjenguk ke dunia blogging ni. Gua baru-baru ini busy mengalahkan PM. Meeting sana sini. Belum campur kegiatan hujung minggu di atas padang institut. Sehingga rutin mingguan gua yakni pulang ke rumah tergendala dan terpaksa dipospone dari satu minggu ke satu minggu. Gua tak kisah tak balik rumah sangat pun. Masalah sekarang gua tak sampai hati hendak menolak ajakan bonda tercinta untuk pulang ke rumah. Gua syak rindu bonda pada gua makin menjadi2, itu pasal lah tiap2 hujung minggu gua akan terima panggilan suruh balik. Ketawa.


Sepanjang ketiadaan gua dalam arena blogging ni, lu orang macam mana? Still buat entry mengarut dan sengal macam gua tak? Kalau ya bagus lah. Mari kita perjuangkan industri blog mengarut bersama-sama.

OK...

Kali ni gua nak share update terbaru pasal diri gua. Gua sekarang tak pakai dah Sony Ericsson jalur hijau gua. Gua curang dengan menjalinkan hubungan cinta bersama Nokia X5 warna merah jambu. Awek sekarang semua nak pink. Baru feminin. Tidak ketinggalan gua juga sudah habis fikir untuk membela seekor berok. Berokbang atau nama skemanya broadband, telah gua langgan perkhidmatannya. Celcom. Melayang jugak lah RM100 gua untuk beli broadband ni. Tapi takpa. Study punya pasal, soal duit gua tolak tepi. Duit lu orang boleh cari bila-bila pun. Tapi nak dapat ilmu, bukan semua ada peluang.


Ironinya gua sangat ternanti-nanti tarikh keramat esok. Boleh sapa2 bagi tahu kenapa? Jeng3. Brader Foo mungkin ada jawapannya.







NOKIA X5-01 - gua punya!


banyak betul pemanggil misteri sejak gua tukar handphone baru ni. ada apa2 ka?

gua syak adik gua hatsumi ryoki( bukan nama sebenar) sangat menjelesi situasi gua sekarang.


Wednesday, February 9, 2011

Judge orang pada personaliti,bukan pada BLOG

Blog gua ganas. taip main pakai gua lu,gua lu. Sumpah seranah? Bersepah-sepah dalam entri. Biasa la. Gua pun tahu mengeja. tahu menulis. dan paling penting gua pun tahu blogging. So sekarang ada siapa-siapa kisah ke blog gua macam ini?



Satu saja nak pesan.

Nilai orang pada personaliti mereka, bukan pada blog mereka.




kahkahkahkah

Seganas-ganas blog gua, selembut-lembut lagi jiwa gua.

nak bukti ke? Gua kasi okeh.
Gua belai kucing macam belai baby.




Habis lembut dah tu !





gua gua gua gua. tulis gua takda masalah.

Sunday, February 6, 2011

malas kau tahu tak!

Saat ni gua masih di home sweet home. Alamak barang gua habuk apa pun belum packing. Gua punya feeling? Ada la macam beruang kutub tengah tunggu waktu hibernasi. Penat!



Kondisi gua yang kurang baik menyebabkan gua rasa malas yang teramat sangat nak balik i4p. Haish. Perlukah belajar? Perlukah? Biol kau tahu tak!


Demam belum kebah. maka gua akan pulang malam ini. Lambat la sikit brader. Bukannya gua tinggal di Johor pun. Lagipun pemantauan berkala harus dijalankan ke atas gua memandangkan gua disyaki dijangkiti virus "tikus" , hasil dari kegiatan balik kampung 2 hari lepas. Damn. Balik kampung dengan niat suci murni, sampai rumah sumpah seranah kau tahu!


Takpa. Rileks2. Gua kan mist panadol.






tak jauh mana pun