Thursday, February 24, 2011

"kawan"

Gua ada satu kisah menyayat hati. menyentuh jiwa. dan paling penting buat air mata mengalir.




Alkisah dalam sebuah institusi pengajian terdapat sebuah kelas yang memang terkenal. Tak kisah la dari aspek positif, mahupun negatif, kelas ini sering kali menjadi tumpuan serta buah mulut ahli masyarakat sekeliling. Lecturer mahupun student, rata-ratanya gemar bergosip mengenai kelas ini. Gila unik kau tau!

Walaubagaimanapun, bukan itu cerita utamanya. Begini. Dari awal pengajian lagi, sebuah ikatan yang wujud antara pelajar di dalam kelas tersebut memang sudah utuh, erat dan cukup padu. Mereka seringkali meluangkan masa bersama untuk keluar pada hujung minggu, menonton wayang, makan Pizza hut bersama, berkelah tepi pantai sekali, sama-sama bakar ayam panggang dan paling seronok sama-sama tempuhi liku-liku hidup selama beberapa semester.


Masuk sahaja semester baru, semuanya berubah. Sang teruna sudah pandai bermulut manis sesama perempuan kelas lain. Maka dicarinya wanita untuk dijadikan kekasih. Warga kelas semua menyokong sambil mendoakan kebahagiaan masing-masing dengan pasangan masing2.


Namun itu bukan persoalan sebenar. Apabila berlaku pertelingkahan dalam kelas tersebut, mengapa seolah-olah itu punca perpecahan mereka? Kerana kelancangan mulut beberapa "kawan"sahaja, situasi bertukar porak-peranda.

Ada seorang perempuan yang tidak tahu menahu mengenai situasi awal ini. Maka dijadikan cerita dia menjadi mangsa tohmahan, fitnahan, muka wanted, dan acapkali diperli-perli oleh "kawan" sekelas sendiri. Dia yang sememangnya bersalah kerana tidak patut bertindak melulu akur dengan kesalahannya. Namun mengapa mesti situasi dipanjang-panjangkan lagi?


"Kawan" yang ada dalam kelas itu bertukar 100% musuh kepada "kawan" lain. Maki hamun. Soal mati dibangkitkan. Niat sebenar disalah ertikan. Erti persahabatan sebenar dipijak-pijak!


Amarah. Sifat syaitan durjana. Mengapa perlu ikut sifat syaitan?

Memaafkan. Bukankah itu sifat Nabi? Mengapa canang diri umat Nabi, tetapi diri tak nak contohi baginda?




Gadis tadi bersyukur. kerana "kawan"nya berdiri teguh disisinya. Bersuara untuk kebenaran. Apabila kebenaran sudah terpampang di mata, mengapa masih egois?



Sehingga kini..kelas tersebut sudah bercerai-berai. Masing-masing pertahankan ego masing-masing. Yang menjadi mangsa keadaan hanya mampu menangis di bawah selimut, yang penyebab segala punca masih aktif bergelak tawa. Saat ini,hanya Tuhan yang mampu membantu kelas ini.


Ya tuhanku, berikanlah kekuatan kepada "kawan" 2 ini, kerana mereka masih "kawan". Tolong wujudkan semula nilai "kawan" dalam hati mereka.







Gua rembat kisah ni dari sudut jiwa siapa entah. Try google tengok.

4 wak lu komen2:

Cikgu Izmir said...

haram,menyayat hati weh

panadol lagi said...

menangis saja yg aku mampu

lesungpipitsebelah said...

masihkah berkawan??
(-___-)

panadol lagi said...

lesungpipit : yang pasti saya kawan kamu, kamu kawan saya. saya tak perlu "kawan" lain itu.