lu dah memburukkan mood gua.so gua nak blah dari maktab esok.
Friday, January 7, 2011
Thursday, January 6, 2011
sendiri lebih baik
buat masa sekarang gua punya otak sangat bercelaru.banyak sangat masalah yang hendak diselesaikan.member2 gua yang budak utara semua balik rumah.macam biasa gua akan bersendiri hujung minggu ini.nasib baik ada rumate tersayang.apa2 gua akan berkepit 24 jam dengannya.sebenarnya berat rasa hati untuk tidak pulang ke rumah hari ini.Memandangkan kemalasan gua mengatasi kerajinan gua,maka gua batalkan hasrat untuk pulang.Jimat la juga beras rumah gua dalam 2 3 kilogram.
Wednesday, January 5, 2011
Renovasi & Revolusi i4p siri 1
Hello semua,brader2 serta awek2 blogger sekalian.
Tuesday, January 4, 2011
penggunaan kalkulator selepas 2 tahun
hari ini boleh kira hari bersejarah bagi gua.bukan senang nak tengok gua guna kalkulator untuk tujuan pengiraan.al-maklumlah kajian berkaitan manusia dan sosiologi rata-ratanya tidak memerlukan sebarang kemahiran mengira untuk lulus dengan pointer cemerlang.lain pula kisahnya bagi mereka yang berada di aliran matematik.kalkulator ibarat isi dengan kuku dengan mereka,laksana aur dengan tebing.atau bahasa mudah, dimana ada budak matematik,di situ ada kalkulator.
taklimat mengenai elaun selesai.gua memang gelak guling-guling tanda kesukaan melihat kadar elaun buta baru yang bakal gua terima untuk program ijazah perguruan semester ini.amountnya yang hampir mencecah ringgit malaysia 4600,hampir-hampir membuatkan gua gelap mata,hati dan fikiran.kerana saat inilah segala macam benda terbayang-bayang di otak gua.maksud gua,barang nak shopping.HAHA.
lu orang yang nak dapat elaun buta ni,dah kira budjet belom? kalau tarak kalkulator,boleh hello2 gua mintak pinjam.jangan segan silu.bab-bab macam ni memang gua tolerate.yang gua tak boleh tolerate,apa pasal taklimat kewangan kali ni semua student datang 20 minit awal? gua geleng kepala bila dapat tahu jawapan member gua.
"hai kata taklimat elaun.laju la woi."
kalau habit rare macam ni diteruskan sepanjang semester,gua berani kerat jari tidak akan wujud lagi masalah takdak peruntukan nak beli kertas untuk print surat amaran bagi kaki-kaki lambat datang kuliah.gud gud gud.
bhahaha.
Monday, January 3, 2011
pantai batu feringhi di kediaman rambai
AMARAN KERAS kepada mereka yang sengaja atau tidak sengaja,wajib atau sunat untuk menggunakan laluan depan kediaman rambai agar tidak memalingkan mata 180 darjah ke arah blok tersebut. sekiranya anda melanggar arahan ini,maka secara automatik bahu kiri anda akan menjadi lebih berat samada secara berniat atau tidak berniat.
kepada mereka yang berstatus TERlihat,maka adalah disarankan anda segera melaksanakan solat sunat taubat sejurus selepas tiba ke kamar anda.gua cakap jelas-jelas,lu orang jangan buat2 lupa solat sunat taubat ada berapa rakaat.
"lepas ni pintu blok rambai akan dibina satu tembok besar betul-betul pada posisi depan pagar agar segala bentuk tayangan percuma atau free show akan dapat terpelihara hak ciptaannya.gua minta warden rambai ambil serius perkara ini.sekian.
matahari cukup panas untuk minah-minah canada paras bawah rambai untuk berjemur.berjemur bawah rambai kira superb la kan? gua belum cukup daya ketahanan nak join.
bahana ke tesco
gua jalan2 pusing2 tesco malam tadi.gua lalu baris barang eletrik.gua terpandang satu benda baik punya.tak kira apa dah,gua angkat dan bayar.
cuba teka?
hint : warna pink.berwayar kelabu.boleh keluarkan haba dan angin panas.kecil2 dan mudah dipegang.diguna untuk tujuan pengeringan sesuatu yang basah.wanita perlukannya.
dapat?
tak dapat?
hair dryer la weh.
kahkahkahkah.adik gua kalau baca blog gua,gua warning siap2.lu jangan gatal mulut nak pergi report kat ayah.gua bedal dengan batang mop kang.
gua nak upload gambar dia.tapi internet macam sial.so cancel.
Saturday, January 1, 2011
masa mengorek,memunggah dan mencari yang terselit
rakan-rakan seangkatan gua majoritinya sampai pagi tadi di i4p.ada yang tiket bas malam ini,maka tibanya esok pagi.lu orang nak berjalan kaki ka,naik bas loncat aircond semulajadi ka,ambil airbus ka,mahupun kayuh basikal sekalipun,gua doakan keselamatan lu orang di jalanan.pesan gua cuma satu.biar lambat,asal selamat.


