Thursday, January 20, 2011

3 bintang untuk khurafat



20 januari gua berkhurafat di QB

sedikit komen serta pemberian darjah bintang ..


lu orang dah melabur duit beli tiket wayang cerita Khurafat?
kalau belum apa kata lu orang try pergi tengok?
walaupun taste gua bukan filem Melayu sangat,tapi gua tertarik dengan cerita ini. Dibawah arahan Syamsul Yusof merangkap hero dalam filem ni,gua rasa filem ni layak diberi 3 bintang.

3 bintang untuk kejayaan membuatkan gua tengok skrin di celah2 jari, kondisi badan,tangan,kaki serta muka yang sentiasa mobile dan watak hantu wanita keding yang berciri horror. Terbaik !

Syamsul Yusof,cayalah !




kalau gua ganti posisi kiri tu pun cantik jugak.

Tuesday, January 18, 2011

Darah untuk diderma

Kriteria untuk layak menjadi salah seorang penderma darah esok hari.


Berat badan
45kg ke atas. Lagi berat,lagi banyak darah,lagi bagus.

Tinggi
Kuota ketinggian tidak ditentukan bagi membuka peluang bagi mereka2 berketinggian pendek mahupun kurang tinggi.

Jenis darah
Semua digalakkan. Pemilik darah O+ amat dicari2 kerana kurangnya stok darah di peti simpanan bekalan darah di hospital2 kerajaan.

Warganegara Malaysia
Amaran keras bagi mereka2 yang bukan bertitle warganegara Malaysia. Diharap jangan menderma darah kerana kami hanya memerlukan darah 1 Malaysia. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.




Kebaikan sekiranya anda menderma darah esok hari :

1. Ganjaran pahala yang walaupun tidak bersifat konkrit, namun dicatat amalannya.
2. Pemberian sijil penghargaan atas kesudian menderma darah. Ada chop Kementerian Kesihatan bagai!
3. Peluang bertemu makwe2 serta pakwe2 bertugas di kaunter pendaftaran dan tukang sedut darah keluar,
4. Paling mantap, surat pengecualian kuliah khas untuk mereka yang menderma. Sapa2 menyampah dengan jadual Rabu,sila menderma darah esok.






gua darah O+. lu orang?





Esok lepas menderma darah,gua cadang nak balik bilik tidur sampai malam. Ada bantahan?




Cuba kira ada berapa perkataan klorin



Ke hadapan pakcik dan makcik,tuan punya kafetaria zon bawah.


Patu satu hari,scene malam,gua merajinkan diri gua turun untuk meninjau aktiviti mengisi perut di kafe i4p. Hendak dijadikan cerita, gua terpandang ke arah satu jug air milo yang benar-benar buat gua terliur. Tanpa sempat menoleh ke arah kiri mahupun kanan, gua order milo ais bungkus satu. Setelah bayar, gua hirup dengan pantas. Slurpp. Perghh. apa pasal air dia rasa klorin? Warna, tekstur dan image sudah seperti milo. Macam mana klorin boleh masuk dalam scene?

Pakcik dan makcik kafe, ada jawapan?

Pagi tadi insiden yang yang lebih kurang sama melanda lagi. Gua telah membeli keow teow goreng untuk sarapan pagi tadi. RM 0.80. Murah dah tu makcik. Tapi apa pasal rasa klorin? Klorin . Klorin. Gua rasa menu utama kafe baru buka ini adalah klorin. Mantappp !
Apa lagi? Serbu kafe mami jom.








Motif entry ini nak cerita makanan/minuman kafe bwah tu berklorin sahaja sebenarnya.










trouble bila kelas tamat awal

Hari paling syurga ialah hari ini. Kuliah gua berakhir tepat tak lebih tak kurang,jam 10.30 pagi tadi.Kuliah pagi tadi gua disajikan dengan ilmu perkembangan kanak-kanak. Baru hari ini gua tahu rupa-rupanya manusia pun ada tahap perkembangan yang khusus. Subjek ini gua kira sangat menarik memandangkan gua belum pernah didedahkan dengan subjek seumpama ini. Kebiasaannya, tak sejarah, geografi. Tak geografi pun,mesti sejarah. Damn. Walaubagaimanapun, gua cuba menahan anak mata gua dari tertutup rapat semasa kuliah tadi. Memang agak luar biasa kerana hari ini gua tidak ketiduran dalam kelas. Syabas. Gua kira azam tahun baru kali ini mula menampakkan potensi untuk gagal. Azam untuk meneruskan tradisi tidur dalam kelas ini patut gua teruskan,memandangkan tidur itu satu senaman mental yang sihat.


Kelas habis awal ini sebenarnya ada pihak yang suka,ada pihak yang tidak suka dan ada pihak yang memang suka habis. Gua tergolong dalam geng memang suka habis. Ketua kelas gua suspek kurang suka sebab pening kepala nak set date untuk kelas ganti bagai. Sudahlah kena ganti kelas,petang pulak tu. Gua memang histeria sikit kalau waktu tidur gua lu orang buat main-main. Tapi tak mengapa.


Masa perjalanan pulang ke blok kediaman,gua dan 2 rakan gua segak berbaju kebaya mengeluh dalam ketawa.

" Awal2 semester lagi dah banyak takde kelas. Haihh. "

"Bersyukur beb". Gua jawab simple.

" Penat weh. Klau hari2 macam ni, memang satu pembaziran. " -rakan 2

"Apa yang membazirnya? Gua steady mendengar.

" Yelah.kelas 2 jam,balik. Penat sapu mekap. Letak bedak,mekap bagai ! kelas sekejap2 pulak. Penat nak melaram! " - rakan 2

Gua sekadar senyum.




kalau ada 10 member gua semua macam ni,gua tak perlu kawan lain. 10 10 melingkup. Ketawa.


Friday, January 14, 2011

stalker itu shit !

Ada beberapa benda gua tak faham dalam hidup ni.



1. Perlukah ambil tahu hal peribadi gua?
2. Perlukah selidik pasal kegiatan harian gua?
3. Perlukah selalu stalker gua?
4. Perlukah sampai buat gua shitting kat lu?
5. Perlukah tanya itu, tanya ini, tanya bla bla bla kat gua?
6. Perlukah bertindak macam pegawai Crime Scene Investigation?
7. Perlukah sibuk hal rumahtangga gua?
8. Perlukah buat gua rasa sengal tulang dan komplikasi jiwa?
9. Perlukah?
10. Perlukah brader?






Gua rasa gua kena mula belajar remove this post dekat facebook. ataupun kita remove sahaja anasir2 durjana di sana. Gampang bukan?

Woi2..
gampang=mudah okeh?

Entry Atas Permintaan


Ciri-ciri calon suami gua cari. Gua tak letak banyak. Sepuluh sahaja.




1. mampu bimbing gua ke jalan yang lurus.bukan seperti jalan bengkang-bengkok ini !

Gua letak kriteria ni first.
Sebab?

Kalau suami tak betul, gua separuh betul,
tak ke huru-hara?




2. Qualification "bapa dan suami yang penyayang" terpampang di wajah.

Biar muka nampak ganas.
Tapi dalam hati mesti mau ada taman !







3. Smart, kemas, stylo dan sejuk mata memandang. auww

Gua tidak mendambakan suami hot stuft.

Peratusan bini kena tinggal atas faktor suami terlebih hensem sangat TINGGI !
Bukan gua kata.
Utusan Malaysia ada jawapannya.



mamat korea : Yonghwa- CN Blue



4. mampu bagi gua kesenangan hidup.bukan mata duitan,tapi money is everything nowdays

Nak beli kereta!
Nak beli rumah!
Nak beli pakaian nak melaram!
Nak beli kasut!
Nak beli lipstik,eyeliner bagai !

Tak ada duit,kau ingat boleh pakai daun kering nak bayar?

Haha.






.

5. nak jadi husband gua kena wangi ! baru ada feel. i feel good.yeah !

Bau sebenarnya melambangkan tahap kebersihan seseorang. PENTING.

Haaa ambik kau. besar tak besar penting gua tu.







6. tinggi macam KLCC ! Ketawa. Melampau!

Gua 162cm dan bakal 163 ke atas.

Kata telan calcium !
Haihh.







7. anda seorang Raja Lawak ! bisa buat gua ketawa dalam toilet, dalam dapur, dalam kereta dan termasuklah dalam bilik! Gila.

Lu Funny ! Funny! Funny!

Nak sembang dengan suami takkan macam sembang dalam panggung?
Main bisik2 bagai!
Sekali sekala mahu juga ketawa macam nak pecah panggung.









8. pengguna CELCOM tegar ! 8pax gua simpan satu tempat kosong.

Gua kelebek list 8pax gua tadi. Selamat ! ada lagi 1 tempat kosong. Suka3.
Selepas ini sebarang permintaan untuk dimasukkan ke dalam senarai 8pax, tidak akan gua layan.

Bukan jual mahal la bodoh!
Perasan pun bukan!
Tapi precaution. Ketawa.







9. ada future ! ada masa depan ! dan perancang future yang meyakinkan.

Bila cakap pasal masa depan,semestinya semua inginkan yang terbaik. Kalau perempuan, si suami haruslah ada kerjaya yang lebih tinggi atau sama level dengan mereka. Kalau lelaki, lebih elok jika si isteri lebih rendah dari si lelaki atau sama sahaja.

Islam pun kata mesti sekufu'.
Gila kau nak tolak syarak.



kita hanya mampu merancng,namun Allah SWT penentu segalanya.





10. Muka ada iras-iras gua ! Haha.


kalau boleh buat pose cmni,gua up point.






Gua terpaksa buat post ni. gua terpaksa !
Sekadar menjawab pertanyaan manusia ingin tahu.

P/s : Boleh tak tanya soalan lain?
2 hari gua pikir nak jawab!
2 hari!

Wednesday, January 12, 2011

kenapa cikgu perempuan selalu laku cepat?

Ok.Mula-mula nak remind gua tulis ini bukan berdasarkan pengalaman sendiri.gua masih setahun jagung dalam dunia pendidikan ni.nak bergelar pendidik secara bertauliah pun masih ada 4 tahun lagi.jadi penulisan entry gua kali ini lebih kepada sembang kosong diselitkan dengan unsur santai untuk bacaan lu orang.




Gambar : kenapa lelaki kalau nak kahwin saja,nak cari cikgu?
tak semua macam ni.tapi gua maksudkan secara MAJORITI.



1. Life tersusun dengan schedule yang ringan

Gua bukan nak cakap pekerjaan lain life mereka tunggang langgang atau serabut,tetapi jika hendak dibandingkan dengan guru sudah jelas dan nyata profesion guru jauh lebih gampang.Dari guru paling banyak goyang kaki dalam bilik guru hinggalah ke guru hari2 muka balik paling lambat,masing2 ada jadual persekolahan yang gua kira tidak terlalu membebankan.
Kalau pagi,start enjin kereta terus sampai sekolah.Lepas tu mengajar lah sampai loceng akhir berdering,then lu orang guru2 boleh buat2 lupa ada meeting kokurikulum and cepat2 punch card dan blah.



mesin ni lu orang jangan main2.lambat punch seminit lu orang ada potensi turun gaji.


2. terapi perasaan dan emosional

semua orang tahu stress.semua orang tahu tension. penjaga tol Plus tahu stress.pencuci tandas awam R&R tahu stress.apatah lagi Perdana Menteri,beribu2 kali stress. begitu juga kerjaya sebagai guru.stress adalah normal kerana lu orang semua sedia maklum kerjaya ini mengkehendaki guru berinteraksi dengan manusia atau murid2. bila kita dealing dengan human ni,memang macam2 karenah.macam2 ragam murid kita terpaksa hadapi. lambat masuk kelas dah mula baling2 kerusi,bertumbuk sana sini,merayau kelas lain mengorat makwe lawa, ulang alik depan bilik guru besar sambil angkat jari tengah dan macam2 lagi.


Tapi !
ada tapi ok.time mengajarlah masa nak release tension juga sebenarnya.masa cuti boleh pergi kursus percuma dekat Pulau Langkawi.masa tu lu orang nak angkut anak,laki,bini atau suku sakat sekalipun,lantak korang lah.janji time kursus lu hadir dan tunjuk muka. Ketawa.
Pergi la lawatan kalau dah namanya guru.Panjat Gunung Kinabalu ka, picnic dekat Teluk Batik ka, atau lu orang nak melawat muzium negara sekalipun jadilah.janji lu orang enjoy sambil sebar ilmu.amacam?







Gambar dirembat dari sini. agak2 bila gua boleh buat peace kat puncak tu?



3. Gaji mantap dan boleh bantu ekonomi keluarga

Gua tak boleh nak ulas banyak point ni. sebab setakat ni gua cuma dapat elaun buta yang dibayar setiap semester. gua belum ada pengalaman pegang duit gaji sendiri.macam mana pun,gua yakin kalau guru masih boleh bantu ekonomi keluarga.yang mana laki doktor,bini cikgu kira mantap la.lu orang ada kenal mana2 bakal doktor tak? boleh pass kat gua. Senyum lebar.



4.tak ada chance nak bohong/kes curang tak ada

Nak semak exam bagi markah,ada skema jawapan.
Pakaian ke tempat kerja, ada kod dan etika.
Nak tanda kertas, ada garis panduan.
Sampai sekolah, punch card dan isi waktu kedatangan.
Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.
kad jogathon hilang pun kena ada police report bagai !
Bila boleh nak menipunya?

Nak berpacaran?
Mimpi lah.
Kena tangkap boleh tamat karier tahu?
Lepas tu masuk surat khabar dan segala media.
Headline kosmo muka depan :

"GURU ......" bla bla bla bla

Gila kau.
Camtu nak boleh lupa suami?
Hidup akan dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.





semasa sekolah : mengajar,mendidik,mengasuh,memberi ilmu.gua punya kerja kot!





balik sekolah :duduk rumah makan popcorn dengan laki
bakal rumah gua. ada bantahan?




dengan suami : hah lu orang buat la apa lu orang nak


5.Penampilan
Dah nama pun guru.penampilan mesti jaga.baju kurung kalau ada garis2 tu kira cikai lah.baju kemeja kalau berkedut2 macam kaca retak seribu kira tak smart lah.guru brader! guru ! lu orang bukan kerja mat despatch pun.
Masuk saja kelas mata2 anak murid akan pandang muka guru dulu. ini benda betul !

Hari ini cikgu baju baru.
Hari ini cikgu pakai biru lah !
Puiyooo hari ini cikgu lawa gila.
Sudahlah lawa.ada pulak gila.
Haihh.





kalau macam ni punya melaram, murid,sekolah,guru besar malahan staf sokongan buat mogok!








Notakaki : gua tulis ikut sedap mulut gua sahaja.jangan gunakan sebagai panduan mencari jodoh.kalau rasa berguna,cedok la sebanyak mungkin. Ketawa.

Persoalan : guru lelaki macam mana pula? try buat entry tengok.