Wednesday, November 3, 2010

aku memang gedik.baru taw ke??

gatai2 upload picta kami.gua syahira,dia asyraf.gua panadol,dia pen.




suke 1
time ni si pen sebok nak candid ( betoi ka eja ) picta gua..


ASYRAF RAHIM.
if and only u cud be at my side for 24 hours..hurmm...realy2 mishyu my dear...

suke 2
PEN mai penang-nak selesaikan konflik rumah tangga kami.hehe




suke 3
penat ouh jejalan pusing QB...



suke 4
pakwe gua chumel ta? hikhik




suke 5
ada yang cakap..muka kami serupa tapi xsama..ade jodoh kot.







*korunk perasan ta...aku suke pink kan? sebab ade orang tu cakap,awak chumel lah pkai pink.soo...hehe




sayangku,bila kita nak wat cmni. HAHA.



Current mood: blank
Category: Romance and Relationships

Ketika bercinta bulan dan bintang sanggup dipetik tetapi kenapa secara tiba- tiba hubungan menjadi dingin? Setiap soalan diakhiri dengan pertelingkahan..tidak tahu punca dan buntu kenapa tidak seakrab dulu?? Ini petikan dari majalah "10 tanda- tanda awal kekasih anda curang terhadap anda!".......

1)Layanan dingin- enggan atau lambat membalas SMS dan panggilan anda atas alasan 'sibuk'.


gua buat gak kdg2,tapi xcurang.

2)Pemarah/ Mencari Salah- kesalahan kecil diperbesar-besarkan sehingga berlaku konflik dan kemudian menggelak perbualan terus meninggalkan anda keseorangan tertanya- tanya1?


tak patut2..hihi

3)Alasan tak logik- enggan luangkan masa dengan anda sanggup keluar bersendirian atau bersama teman2 nya ke tempat lain tanpa anda.

gua xmau isu pembaziran je


4)Berahsia- Tidak seperti dulu, gemar berbuat sibuk, diamkan diri, termenung dan tidak suka anda melihat mobile bag atau barangan peribadi yang lain.


bagi gua,hp tu hak peribadi=privasi. PEN slalu check,gua ok ja.

5)Panggilan misteri- Kerap dengan urusan kerja- overtime, outstation, gym, kecemasan dan menemani boss katanya. Perbualan telepon dengan si pemanggil dibuat tidak ketika anda disisi, berbisik dan singkat jawapanya!

6)Penampilan berubah- Lain tingkah-lakunya, semakin bergaya, wangi, rapi, sering keluar malam dan rambut/kumis kemas dijaga selalu.

7)Masaalah duit- Tidak mempunyai budget yang cukup untuk anda berdua atau keluarga (bagi yang berkahwin), minyak kereta sering habis dipakai, pelbagai alamat email, sering memadam caller ID, hutang kredit kad diluar pengetahuan anda dan bil/receipt misteri restauran atau barangan 'ajaib' anda terjumpa!

8)Kemesraan hilang- Dia tidak lagi berminat untuk duduk bercerita/mendengar isu remeh, tiada kata- kata manis, gurauan dan tidak bermanja seperti dulu. Tiada buah tangan sebagai tanda ingatan!


so far....nope !

9)Teman2 lari- Kawan baiknya menghindari anda seperti lari dari disoal siasat dan rasa bersalah terhadap anda bila bertembung.

10)Naluri- tiba- tiba mengesyaki sesuatu yang tidak kena tapi tiada bukti atau petanda sahih! Perhubungan semakin lama semakin rengang jadinya.


make sure siasat dlu.pastu serang.




pesanan lagi : kalau dah tercurang,xsengaja curang,nmpak mcm curang,baik korang mntak maaf cepat2 kat pkwe korunk. dan, tinggalkan papa yang x patut tu.






Gua menulis lagi

KAWAN2....ingatlah..



JANGAN SESEKALI MENCURANGI KEKASIH ANDA.



ps : jika dah terbuat,hampir2 terbuat, maka bertaubatlah.



PEN,GUA SAYANG LU.

Wednesday, September 8, 2010

sebelum apa2, selamat berpuasa buat hari terakhir dalam tahun 2010.dan salam aidilfitri maaf zahir sahaja.( batin tak berkenaan) .

::demam dan demam::

untuk post kali ni aku terdorong nak share sikit pasal agenda puasa last days ni.3 hari sebelum syawal menjelma,aku dijangkiti penyakit demam yang aku kira berjangkit tak lain tak bukan dari adek ku sendiri.memang pembawa virus budak tu.tapi aku terima,sebab aku yakin ada hikmah disebalik musibah yang Tuhan kasi kat aku.

*penghapusan dosa2 kecil kata abangku.betol la kot.

ekoran adik aku yang kami panggil baby demam first,diikuti ngan aku,selepas tu adek aku yang nombo 4 pulak.kesian.tu dia jangkit kat aku la.sebeb kami sebilik.sekatil.tapi tak sebantal okeh.nah,habis semua demam.nasib baik ubat poliklinik adnan tu power.doktor dia da berusia.frust aku.aku baru bajet ada doktor hensem2,hot2.tapi cuci mata jela.dalam hati ada asyraf sorang ja.hehe


::persiapan balik kampung::

ni part bes.sebab aku boleh dikatakan rela dan tidak ja.tahun ni raya first kat kampung batu gajah,perak.kampung belah ayah aku.mak aku lak pure penang.sebenarnya aku tak suka sangat nak balik raya sana.sebab bosan.ade ke raya tengok tv ja? mak aku lak jenis malas nak keluar beraya.so kami nganga jela kat kampung tu.pape pun,suasana kampung sana bes.malam sejuk.xdak pencemaran.sunyi.dan rumah pun rumah kayu.tu yang bes.lama tak tengok opah.nenek perak aku.rasa tak sabar pun ada.yalah,feeling raya katakan.


::baju raya oh baju raya::

tahun ni aku beli 4 pasang baju raya.3 baju kurung moden,1 blouse.memang style blouse aku tu.aku suka sangat.berbaloi lah dengan harganya.raya kalau tak beli ksut baru tak lengkap.tahun ni aku beli wedges.tinggi tapak dia.aku dah la memang dilahirkan tinggi,maka bertambah2 tinggi la nanti.takpa,cantik punya pasal,aku angkut.
lepas tu handbag.haha.kali ni aku beli wrna putih.sebab match dengan semua baju.tahun lepas pink tak silap.so girly.rumate aku cukup pantang ngan warna pink.terlapmpau feminin katanya.aku senyum jela.sebab aku memang feminin.haha.

so esok pagi,insyallah keluarga kau akan memulakan perjalanan balik kampung.makan masa 4 jam juga.memang lenguh kaki,badan dan sebagainya.tapi kerja aku membuta ja.sedar2 dah sampai.haha.



dikesemptan ini,aku nak wish selamat hari raya kat semua umat Islam tak kiralah di Malaysia,Singapura,Arab or mana2 lah.especially kawan2 aku,emma,murni,mijah,cua,k.ngah,sarah,keliwon,ifah dan semua budak lelaki terkecuali abang thanesh dan shangari.korang deepavali okeh.haha.

dan salam lebaran buat semua bloggers sekalian.

udah2 la ngarut tu..salam semua.

Thursday, September 2, 2010

:bukan sebarangan 31 0gos:

pertamanya, selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-53 pada semua rakyat Malaysia.aku tahu aku terlambat ucap ni,tapi at least aku ucap gak.haha.so kali ni aku bukan nak berceloteh pasal hari kemerdekaan.tapi aku nak kongsi sikit apa yang aku alami pada tarikh keramat ni.


Hurm,satu.sedih dan sedih.
disaat semua insan sedang berdebar menantikan kehadiran bulan syawal atau aidilfitri yang akan tiba lebih kurang seminggu lagi dari sekarang,sahabatku caah bukan nama sebenar telah kehilangan emaknya. punca,batuk berdarah.berita kematian maknya kami tahu sebelun subuh.pagi tu memang kami sekelas tak tido.tak boleh tido.sedih.blur.aku sendiri tak tahu nak nasihat apa.nak ucap takziah pun aku tak berani.sebab kondisi kawan aku amatlah mengayat hati.aku hanya mampu berdiam.kelu.

esok pagi tu,dalam pukul 8.30 pagi,kami sekelas pergi menziarahi arwah.naik kereta sewa.memang perbelanjaan ke sana tinggi,tambahan pula elaun belom masuk,masing2 sedang mengalami kegawatan kewangan. tapi kami masih mahu ke sna.sebab? kawan kami perlukan kami. kami kesana kerana nak dia tahu,betapa dia tak keseorangan walaupun dia kini sudah bergelar anak yatim piatu.sebak dadaku saat sahabatku memeluk erat aku sambil menitiskan air mata.automatik mataku bergenang cecair putih itu juga.sedih.aku sedih.aku tak dapat bayangkan keadaan aku dalam situasi dia masa tu.
tapi sebagai umat Islam, kita kena redha dengan ketentuan-Nya.setiap yang hidup,pasti akan mati jua.bukan? caah,kuat ok.aku akan selalu ada bila2 saja untuk caah.


dua.makan2 membuncitkan perut di balik pulau
balik saja dari pendang,kedah ( rumah sahabat tadi ), kami terus ke balik pulau.singgah kejap di maktab,urus diri,solat.pukul 4 dah bertolak.penat.pening.loya.jalan balik pulau memang tak berubah2.bengkang-bengkok.
aiman selaku driver tahap pro kami pecut selaju-lajunya.kalu ada gear 6,mesti dia bawak.setibanya di rumah encik roslan tutor kami,kami dapat bau macam2 bau.sedap.haish.lapar terus menerkam jiwa.sabar aja lah.haha.

lepas tu makan sepuas2nya.main dengan anak kucing parsi.ada mawi,bulat,mone,dan macam2 nama.gemok2 semua.comel.aku sempat curi2 picit kucing2 tu tadi.geram.aku nak bela sekor nanti.pas kahwin.haha.


Notakaki : aku belom pernah rasa penat sepenat hari tu.sangat penat, dan penat.tapi hepi yang aku rasai,memamg mantapp !

Sunday, August 29, 2010

saya serabut (~.') !!

hari ni aku nak guna kata ganti diri "gua".bersesuaian dengan mood gua yang siti nur bengong binti biol.

hari ni boleh dikatakan hari kurang bernasib baik sedunia dalam hidup gua.macam2 tak kena.apa gua buat semua salah.semua tak betol.semua slack.semua kena pangkah.adoyai.bulan2 puasa ni makin banyak dugaan.cabaran.nak diduga dengan kelaparan satu hal,ni yang bukan melibatkan hal2 perut pun nak menimpa aku.sabar.ya,gua sabar.

kena tegur dengan mak.
tadi tiba2 mak gua tegur cara gua dressing.gua paham kenapa dia tegur.tapi gua dah besar.gua ada pemikiran gua sendiri.tak bermaksud gua tolak tepi terus nasihat mak gua.gua terima,gua dengar.tapi gua pelik.baru sekarang mak nak tegur.dulu pun gua macam ni.diam ja.mungkin sebab baru hari ni kot mak gua nak teringat nak tegur.tak apelah.nasihat yang baik gua ambil,gua praktikkan.terima kasih mak.sayang mak.

kena tegur dengan si dia.
gua sedih.sebab kadang2 gua rasa makin lama makin jauh dengan pen.mungkin sebab jarak kami yang jauh kot.penang ke ipoh dengar macam dekat,tapi jauh kot.hari ni gua dah keluarkan satu ayat yang buat dia sedih.gua buat macam nak akhiri hubungan kami.no dear,i am still damn loves you. gua baru perasan.baru2 ni gua asyik cakap menda bukan2.merepek.dan menyakitkan mungkin. minta maaf kamu. tapi sedar atau tidak,kita makin suka bergaduh.kan.tapi tu tak mengubah papa.tak mengubah sayang gua terhadap kamu.dan gua tahu itu tak mengubah sayang kamu pada gua juga.kamu mungkin bukan yang pertama,tapi gua boleh cuba jadikan kamu yang terakhir dalam hidop gua.kamu nangis,gua nangis.baru banjir penang.haha.

kena bebel dengan mamat facebook.
gua panas sikit nak stori pasal bab ni.baru ja tadi ada sorang mamat ni dok kutuk2 gua.kata gua gadis zaman kini yang dah tak pandang dapur.alamak brader,lu tak kenal gua pun.tapi lu sesuka hati cakap gua camtu.kenapa? potong2 sayur,basuh udang,siang ikan semua tu bukan memasak jugak ka? sama la.gua mengaku gua bukan teror sangat masak.gua tak lah chef bertaraf antarabangsa.gua tak layak pun dapat title gadis pndai masak ni.tapi gua boleh belajar.semua yang kita tak reti kita belajar.sama la macam lu belajar ABC dulu.mula2 lu bodoh,bila dah belajar pandai la.sama la macam gua.nak belaja masak makan masa.tapi gua memang nak belaja.tapi bukn sebab lu cakap,tapi sebb gua nak tambat hati suami gua nanti.hehe.



sebenarnya gua banyak benda nak post.tapi gua mengntok.assignment gua tinggi melangit.ah,peduli ape.tido tetap tido.



khas buat muhamad asyraf,

Sum 41 - Best Of me


It’s so hard to say that I’m sorry I’ll make everything alright
all these things that I’ve done now what have I become and where’d I go wrong
I dont mean to hurt just to put you first I wont tell you lies (I’m sorry)
I will stand accused with my hand on my heart, I’m just trying to say;


I’m sorry, it’s all that I can say
you mean so much and I’d fix all that I’ve done, if I could start again
I’d throw it all away, to the shadows of regrets and you would have the Best of Me


I know that I can’t take back all of the mistakes but I will try
although it’s not easy I know you believe me cause I would not lie


don’t believe their lies, told from jealous eyes they don’t understand (I’m sorry)
[ Best of Me lyrics from
I won’t break your heart, I won’t bring you down, but I will have to say;


I’m sorry, it’s all that I can say
you mean so much and I’d fix all that I’ve done, if I could start again
I’d throw it all away, to the shadows of regrets and you would have the best of me


I’m sorry, it’s all that I can say
you mean so much and I’d fix all that I’ve done, if I could start again
I’d throw it all away, to the shadows of regrets and you would have the best of me



lirik ni sesuai kat gua.gua mintak maaf kat pen.syang pen.


Sunday, August 22, 2010

Ogos ada banyak musim !!

Assalamualaikum awek2 cun dan jejaka2 panas di luar sana. ( sila jawab salam bagi yang berkaitan SAJA)

selaku penulis berkelas amatur di sini,hari ini aku nak share dengan hangpa semua pasal musim2 yang aku rasa memang dok makin menjadi2 dalam bulan Ogos ni.dengar saja tajuk,mesti hangpa ingat aku nak berceloteh pasal geogarafi kan? salah.aku tak ada masa la nak berstori pasal menda2 ilmiah ni.haha.bukan apa,aku cepat mengantok bila sebut pasal geografi ni. *aku bakal cikgu geo kot ! *
ok lah.ini antara musim2 yang aku dapat listkan sepanjang bulan Ogos.

1) MUSIM NYAMUK
aku tak tahu la..agak2 kenapa bilik aku yang ber-address 20* blok rambai ni, makin lama makin bertambah bilangan ekor nyamuk.makhluk kecik halus ni,nampak macam baik.bila ia menggigit anda,maka pelbagai sumpah seranah akan keluar dari mulut anda.kalau aku sendiri,aku lebih prefer nak maki serangga bersayap ni dengan ayat yang agak sopan.sebagai contoh,ish ! nyamuk ni,tak pi sekolah betol.tu paling sopan.yang tak sopan biarlah aku rahsiakan.aset diri harus dipelihara demi memelihara bursa saham diri sendiri.

2) MUSIM 'PENYAKIT' ASSIGNMENT !!
one-word : benci.
aku tak suka,tak gemar,tak sayang,boikot, seluruh keturunan assignment.kalau boleh,aku nak cari siapakah gerangan insan bijaksana yang menjumpai perkataan assignment ni,lantas dijadikan satu bahan seksaan bagi insan2 malang seperti aku dan mereka2 yang berstatus student. fuh.sengal.
pada musim ni juga lah aku dapat lihat dan nilai sifat sebenar rakan2 aku tak kira lah yang sekelas mahupun sebilik.nasib baik rumate aku ok.yang aku terkilan sangat ni,kenapa mesti kita nak jadi kedekut ilmu? kalau dalam dunia assignment, istilah kedekut bahan ni dah biasa aku dengar dan jumpa orang yang mengamalkan perbuatan tak sihat ni.ada diantara rakan2 aku yang aku tak sangka akan sangat berkira dengan aku.ada yang sembunyi2 buat assignment sorang2.ada yang ada bahan,sorokkan dari kawan2.ape semua tu? wah.nasib baik aku tak seburuk tu. kepada pengamal2 tegar aktiviti tersebut,taubatlah.kalau markah ko lagi tinggi pun,bukan kau dapat PHD pun.ijazah jugak kita.renung,dan fkirkan.

3) MUSIM hot bercinta. auww~
biasa lah.kalau before this aku da pun sebut2 nama PEN ni kan.bagi yang belum mengetahui nama penuh "beliau", namanya Muhamad Asyraf Bin Rahim. " yunk,betol ke nama u eja camtuh? ". haha.apa2 pun,aku rasa dah uncountable kami asyik berentam.merajuk.dan ada sekali tu,aku pernah menangis.tapi biasa la.salah faham.itulah yang dikatakan asam garam kehidupan berpasangan.kadang2 sebab hal kecil2 kami tacing.tak hantar mesej,or tertido.remeh bukan? kalau bagi aku, tak hantar mesej tu sebab aku agak busy lately.bukan tanda aku tak ingat balak,tapi sebab aku ada komitmen lain.aku harap PEN faham.tadi pun PEN dah tegur aku.dengan nada serius,PEN nak aku berubah jadi wanita serius.aku terkedu.sebab tu bukan aku.diri aku,seorang yang tak pernah amik serius.selalu nak gelak.ketawa.tapi,demi PEN,aku akan cuba ubah.sebab aku rasa PEN betol.aku melampau.benda patut serius,aku main2.haish.nasib baik aku tak dapt pelempang sejibik.hihi. pape, i lefyu lah PEN.

4) MUSIM lagu RaYa ??!!
yang ni memang tak boleh blah.tiap2 pagi hujung minggu kat blok rambai ,mesti berkumandang lah lagu2 raya. siti la, sudirman la, norhaliza idris lah, m.daud kilau lah, semua artis ada. kalau buka slow2 tak pelah gak.ni pasang speaker,kasi gegar telinga semua orang. sampai cair kot tahi telinga aku.huh.setahu aku la,puasa baru hari ke 13,belum sampai separuh bulan lagi pun. dah mainkan lagu raya.kelakar tu memang la.haha.pape pun,baju raya aku dah setel.dah siap jahit.tu paling penting.melaram harus menjadi prioriti aku.


setakat tu jela kot musim2 yang aku dapat detect.sekian,salam musim2 Ogos.

P/S : kondisi aku sekarang : mata kuyu gara2 mengantok. sekian,tq.