Monday, February 21, 2011

Happy Birthday, you're not getting older you're just a little closer to death.







































Norzulika Zulkarnain

dah tua dah lu ek. gua pun tak lama dah nak bergelar wanita 20-an. Pesan gua cuma satu. Live your life to the fullest. Pe kejadahnya ni. Betul tak betul quote gua tu?




HEPI BDAY kakak ! 22.2.1990

laporan berita terkini gua

Pheww. lama dah rasanya tak menjenguk ke dunia blogging ni. Gua baru-baru ini busy mengalahkan PM. Meeting sana sini. Belum campur kegiatan hujung minggu di atas padang institut. Sehingga rutin mingguan gua yakni pulang ke rumah tergendala dan terpaksa dipospone dari satu minggu ke satu minggu. Gua tak kisah tak balik rumah sangat pun. Masalah sekarang gua tak sampai hati hendak menolak ajakan bonda tercinta untuk pulang ke rumah. Gua syak rindu bonda pada gua makin menjadi2, itu pasal lah tiap2 hujung minggu gua akan terima panggilan suruh balik. Ketawa.


Sepanjang ketiadaan gua dalam arena blogging ni, lu orang macam mana? Still buat entry mengarut dan sengal macam gua tak? Kalau ya bagus lah. Mari kita perjuangkan industri blog mengarut bersama-sama.

OK...

Kali ni gua nak share update terbaru pasal diri gua. Gua sekarang tak pakai dah Sony Ericsson jalur hijau gua. Gua curang dengan menjalinkan hubungan cinta bersama Nokia X5 warna merah jambu. Awek sekarang semua nak pink. Baru feminin. Tidak ketinggalan gua juga sudah habis fikir untuk membela seekor berok. Berokbang atau nama skemanya broadband, telah gua langgan perkhidmatannya. Celcom. Melayang jugak lah RM100 gua untuk beli broadband ni. Tapi takpa. Study punya pasal, soal duit gua tolak tepi. Duit lu orang boleh cari bila-bila pun. Tapi nak dapat ilmu, bukan semua ada peluang.


Ironinya gua sangat ternanti-nanti tarikh keramat esok. Boleh sapa2 bagi tahu kenapa? Jeng3. Brader Foo mungkin ada jawapannya.







NOKIA X5-01 - gua punya!


banyak betul pemanggil misteri sejak gua tukar handphone baru ni. ada apa2 ka?

gua syak adik gua hatsumi ryoki( bukan nama sebenar) sangat menjelesi situasi gua sekarang.


Wednesday, February 9, 2011

Judge orang pada personaliti,bukan pada BLOG

Blog gua ganas. taip main pakai gua lu,gua lu. Sumpah seranah? Bersepah-sepah dalam entri. Biasa la. Gua pun tahu mengeja. tahu menulis. dan paling penting gua pun tahu blogging. So sekarang ada siapa-siapa kisah ke blog gua macam ini?



Satu saja nak pesan.

Nilai orang pada personaliti mereka, bukan pada blog mereka.




kahkahkahkah

Seganas-ganas blog gua, selembut-lembut lagi jiwa gua.

nak bukti ke? Gua kasi okeh.
Gua belai kucing macam belai baby.




Habis lembut dah tu !





gua gua gua gua. tulis gua takda masalah.

Sunday, February 6, 2011

malas kau tahu tak!

Saat ni gua masih di home sweet home. Alamak barang gua habuk apa pun belum packing. Gua punya feeling? Ada la macam beruang kutub tengah tunggu waktu hibernasi. Penat!



Kondisi gua yang kurang baik menyebabkan gua rasa malas yang teramat sangat nak balik i4p. Haish. Perlukah belajar? Perlukah? Biol kau tahu tak!


Demam belum kebah. maka gua akan pulang malam ini. Lambat la sikit brader. Bukannya gua tinggal di Johor pun. Lagipun pemantauan berkala harus dijalankan ke atas gua memandangkan gua disyaki dijangkiti virus "tikus" , hasil dari kegiatan balik kampung 2 hari lepas. Damn. Balik kampung dengan niat suci murni, sampai rumah sumpah seranah kau tahu!


Takpa. Rileks2. Gua kan mist panadol.






tak jauh mana pun

Sunday, January 30, 2011

petang bersama 4 kutu tak boleh lepas rokok

Satu petang pada hari kelahiran Gigiwangi, perbualan antara minah sederhana tinggi dengan 6 kutu tak boleh hidup tanpa rokok berlaku.


Perbualan mereka dirakam rapi lalu gua jadikan topik entri kali ini.

PETUNJUK : yang font kecil semua carutan diserikan dengan sumpah seranah gua kepada kutu2 tersebut. itu semua hidden scene.


"


"Eh you all, apa yang terbaekk sangat merokok ni? "
Ce crite ce crite.

kutu 1 :
" Gua tak hisap banyak. sekadar cuba2 tiru kemachoan member. terbaekk lah jadi macho. "


saat ni gua nak kasi lu taw . lu tampak seribu kali lebih macho kalau tak merokok. huduh kau tau gigi berlobang2 !


Kau pulak.apa kau tak nampak ka berapa banyak iklan rokok membahayakan kesihatan? apa kau tak takut mati sebab merokok?

kutu 2 :
"Sekarang ni...sapa punya kesihatan? sapa yang akan mati kalau betul? gua atau lu?

soal hidup mati lu mulai sekarang bukan urusan gua. cilaka punya orang. urusan mati boleh bawak main2 ! haih.


Brader.sudah2 lah. gua tengok dari tadi asap berkepul2 dekat lu. Busuk lu taw tak!

kutu 3 :
"Jangan main2 kakcik. rokok import mana ada busuk2. Mahal ! "
lu hisap lu mana taw busuk tak busuk. lu tekup mulut lu sekarang! apa hasilnya? siput babi pun pengsan bau !



Fulamakkk. lu memang power lah. seminggu berapa parents lu kasi khas untuk beli rokok? Lu anak bisnessman takpe lah.

kutu 4 :
"Lu salah orang ni. parents gua kerja biasa2 saja. gua main sugar mummy nak dapat stok rokok."


dah pandai main jual diri. gua ingat perempuan saja pandai.






MOTIF ENTRI kali ni sebenarnya nak ucap HAPPY BIRTHDAY dekat saudari Gigiwangi sahaja. yang atas2 tu semua selingan.




Ucapan khas pada cik gigiwangi ~ Gua sayang lu. lu sahabat gua dunia akhirat. sarangae . auwwww





Saturday, January 29, 2011

bercuti di rumah sendiri






post kali ni gedik2 nak letak gambar rumah gua.

address hanya akan diberi kepada mereka yang berminat unuk kirim kad raya kat gua sahaja.



pokok buluh cina jadi entrance rumah

gua yang tanam pokok tu !




gua tengok hagemaru dekat sini

salahkan astro! channel bosan,gua beli vcd.

pokok keladi kesayangan mama. sapa2 tak berani sentuh.

benda perosak mata!

laluan bilik hantu.bilik gua.

ke kiri dapur, ke kanan bilik

park the car pelissss

tingkap sebok nak ada pokok jugak!

apa pasal blur? demm

tempat mandi hujan adik beradik gua.termasuk gua!

ruang tamu !

merah.merah.merah. warna feveret mama!

meja semak. ayah punya kerja!






kak teh, adik baby dan kak ! amacam? puas hati?





Friday, January 28, 2011

5 perkara musnah bila mata rabun

Gua sekarang dah bergelar manusia rabun. Gua tak salahkan siapa2 dalam hal ini. Gua sedar ni semua gara-gara terlalu lama menghadap skrin laptop.


Setakat ini apa yang tertera di skrin LCD masa lecturer bagi kuliah, memang gua tak dapat baca dengan jelas. Tulisan tampak kabur, kembang dan samar-samar. Maka, cuti kali ni gua akan pastikan gua jalankan pemeriksaan mata. Mama gua bagi lampu hijau.

Mata itu aset utama bagi gua.

Kalau rabun?

Harapan nak baca komen yang naik dekat facebook dengan mata kasar.....MUSNAH
Bentuk muka gua .....MUSNAH
Rekod tergolong dalam kumpulan aweks tanpa cermin mata....MUSNAH
Keghairahan elaun nak masuk rm4600....MUSNAH
Image gua yg slumber dan otai.....MUSNAH

Sekarang ni semua musnah.

Musnah.





Lu orang bagitahu gua tengok.

Apa nak buat sekarang?


Gua rasa lagi afdal kalau segala laptop, tv, serta semua media berskrin, gua campak ke luar.


Gua sayang mata gua.






weh mata ! tolong jangan rabun. gua rayu ni.




mood : buat kerja membabi buta







kelebihan tak nampak di skrin ialah gua semakin aktif tidur dalam kelas gara2 tak dapat salin nota.sekian.