Thursday, May 19, 2011

Pendek

sapa cakap soalan exam edu 3101 tadi mudah gila,boleh pergi cium kentut kuda.



Hassan Langgulung tu sapa?

Monday, May 16, 2011

Namanya tah pape







Kejadahnya semua ni?


Sekarang bagi tahu aku. Macam mana nak menangani gejala tak sihat macam ni? Aku rasa mungkin aku kena mula belajar deactivate facebook durhaka.



=.="



Apa ni bro? pening aku fikir masalah sajak kau ni. =.="



Wednesday, May 11, 2011

Siri Gambar bercakap





yang ni kek




pagi punya hal





yang ni pulak lolipop




kalau ni aku suka




makanan dan makanan






jus? baik untuk kesihatan




tepi jalan boleh dapat




nampak macam set kfc




Semua atas-atas ni..semua berpunca dari bawah ni..






Apa dia kawan-kawan? Gula? Ya.Mestilah gula.




Ok sekarang sapa boleh beritahu motif entry aku ni? Gula la kan.



Ada nampak apa-apa isu politik tak dekat sini? Takde kan. takde kan?








hah hah. kalau yang ni?





Kesian Brader Foo kita. Sebut gula,tapi orang cakap politik. Hattuih.sempit punya otak.






sakit pelik-pelik brader kita tu lepas status fb di salah ertikan. bro,aku tumpang simpati.haha.gelak skit.



Ciss

Siapa kata sesama classmate tak boleh bercinta? Mama aku dulu pun bercinta dari darjah enam lagi. Dengan classmate dia jugak. ayah aku latu.




Ok.itu aku tipu.



Kalau dah hari-hari tatap muka kawan,hari-hari tengok perangai gila kawan,hari-hari jalan pergi Blok Muhibah sekali, macam mana tak berputik rasa sayang tu? Minat? Memang lagi tak mustahil.




HAHAHA.



Aku melawak saja. Gila kau nak bercinta dengan classmate.

Hati kapas

Aku baru tahu,rupa-rupanya bukan perempuan sahaja berhati kapas. Kalau perempuan memang muka sah2 lembut macam kapas,apalagi hati yang memang 2 kali lembut selembut kapas. Yang aku hairan, budak laki ni hah. Muka nampak legend,tapi hati alamakkk kiut. Hah hah? ada yang terasa? Kahkah.


Setakat member2 yang aku kenal banyak sangat ni yang hati kiut. Tacing mudah sangat. Baru usik sikit tacing. Baru sound sikit,tacing. Belum lagi kena buli mental,itupun tacing. Apa masa kecil korang makan cacing ek?


Hah ada yang terasa lagi? Encik S terasa tak? HAHAHA.

Ok sudah. asyik nak kenakan orang.




Kahkah sekali lagi.





Alahai aku memang tak boleh tengok orang muka legend tapi hati kiutt ni. Pehal korang kiut sangat? HAHA.









p/s : Woi2 aku rembat tagline JAMBU ML.


Tuesday, May 10, 2011

Kepercayaan

Dalam hidup ni,ada banyak hal yang terjadi kat kita samada kita boleh nak percaya atau tak.Tahap kepercayaan itu sebenarnya bergantung kat diri kita jugak. Pilihan di tangan kita. Tepuk dada,tanya selera,ye tak?


Beberapa perkara terlintas dalam otak aku hari ini.

Aku bagi satu situasi.

Anak Pak Ali suka makan jagung. Tiap kali pergi pasar malam mesti beli jagung. Bukan itu saja, pantang saja kalau dia nampak perkataan jagung sekalipun,keterujaan dia meningkat. Bila orang sekeliling tengok macam tu, mestilah orang buat kesimpulan Anak Pak Ali tadi memang suka makan jagung. Kira favourite fruit lah.

Tapi..

Pernahkan kita terfikir, setiap andaian kita tu tak semestinya betul dan menggambarkan perilaku dia?

Ya.mungkin dia suka beli jagung dan makan jagung. Kita pun percaya memang dia suka jagung.Tapi boleh jadi dia hanya suka makan sebab dia allergic dengan buah-buahan lain. atau mungkin sebab dia dari kecil terpaksa makan jagung saja. Lagi satu kemungkinan, anak Pak Ali tadi mungkin dibesarkan dalam keluarga yang memiliki ladang jagung. Haha.


Nampak? Setiap andaian kita,tak semestinya menggambarkan hal sebenar.
..



So.samalah macam kalau ada orang cakap suka kat kita,sayang kat kita,tapi kalau dekat facebook dia over mesra dengan semua perempuan dunia facebook,kita tak boleh nak percaya 100% yang dia memang suka kita. Lagi satu. jenis yang boleh suka perempuan dalam seminggu ni memang aku paling susah nak percaya. Paling susah nak faham bila diajak bercouple.

Kalau diri sendiri tak tunjuk perilaku yang boleh membuatkan kita percaya pada orang yang kononya suka kita,macam mana ko nak dapat kepercayaan dari pihak satu lagi?


Aku bercakap berdasarkan pengalaman. Banyak yang kencang mengayat kita perempuan, tapi tidakkah kita tahu yang sebenarnya di belakang kita,orang tersebut turut berbuat benda sama dengan perempuan lain?

Kalau seminggu lepas boleh beritahu kita dia sayang kita sangat-sangat. Tapi jangan terkejut kalau dalam masa seminggu juga dia boleh keluar pergi makan sekali dengan perempuan lain.

So kaum lelaki, kalau macam ni, cuba beritahu macam mana kepercayaan tu nak wujud dekat korang?




Sekarang dah nampak kenapa susah sangat nak pilih pasangan?

Sebab tak ada yang bawah ni.


''


Mulut orang. Yang ni lagi satu. Pedih telinga nak dengar macam-macam mulut orang yang main cakap belakang ni.



Ps : Aku kalau tak puas hati,aku memang direct. Memang kalau kau nak terasa ke apa ka,lantaklah. Janji aku rasa kau patut ubah sikap kau tu.

HAHA. entry sebelum buka buku EDU 3101.



Saturday, May 7, 2011

3 tabiat BF

Gua bukannya kedekut info,lagi-lagi kedekut maklumat.paling penting gua tak kedekut ink printer nak print assingment member dengan kadar percuma pulak tu.Peh,mana nak dapat member gila pemurah dan baik hati macam gua ni.


Maka,untuk memperkukuhkan lagi bukti kebaikan hati gua ni,gua nak share 10 tabiat bf yang kurang macho depan gf. Sapa-sapa ada bf,take note. gua sekadar baca masuk telinga kanan keluar telinga kiri sajalah.

1.Smoking depan awek
-tabiat merokok ni confirm lah bf lu orang buat sebelum jumpa lu orang lagi kan? so takde jalan penyelesain lain untuk halang tabiat tak berapa semulajadi mereka-mereka ni. tapi langkah paling bijak dan teror lu orang boleh buat ialah dengan memberi amaran awal pada mereka agar tidak menunjukkan batang rokok apatah lagi menghisapnya di hadapan lu orang. Ingat beb,tegas tu penting. Kalau bf lu orang still gak merokok depan lu orang,gua cadangkan lu orang fikir balik samada nak bf lu orang tu selamat ke tak untuk jaminan kesihatan lu orang? Haha.

2.Kaki mencarut
-Otai jugak dapat bf suka mencarut ni. Hoi2,bukan bagi gua ok. gua pantang sikit lelaki macam ni. Tapi kan, setakat cilaka,sial tu gua tak kategorikan carut. Ada contoh best-best tak? Gua tak biasa sangat bab-bab ni. Kihkih.Lu orang suka tak kalau bf korang buat status maki hamun lu orang dalam dialek mencarut? Ke korang lagi prefer status macam ni, " What a lovely day with my beautiful awek.tq cayangggggggg ". Cukup jambu kan? Hok aloh..kalau hop gini,meme bulih doh wak laki.


3.Sendawa kuat depan khalayak ramai
Pernah dengar tak kalau 2 orang yang saling menyayangi,mereka harus boleh terima buruk baik pasangannya? Sejauh mana lu orang setuju? Kalau tanya gua,memang gua setuju. Tapi fikir jugak, kalau sampai sendawa kuat bukan sekali,tapi bertubi-tubi,tebal manakah muka anda nanti? Gua ada kenal 2 3 pasangan ni. Awek syahdu,balak padu. Bf jenis sendawa macam badak kenyang. Bukan gua cakap,member gua cakap. Aiseh,cover.


sebenarnya gua belum habis baca majalah gua beli ni. ada lagi 5 tabiat bf belum gua hafal.nanti gua update ok. Kena pergi cuci muka dulu sebelum jerawat naik.

Blogging balik !

Phewww...gua rasa dah hampir berbulan-bulan gua tak update blog gua.ramai sangat dah bising ni.macam-macam gua kena maki,kena sembur.pemalas la,cakap tak serupa bikin la,dan paling sentap,ada ke patut lu orang cakap gua ketandusan idea? Lu orang tahu ke tak tahu betapa mencurah-curahnya idea penulisan gua dalam bidang blogging ni? Peh,nampak sangat nipunyer.


Ok2. Sempena comeback gua ni, gua nak dedikasikan sebuah lagu buat lu orang yang dah lama sangat menunggu gua. Maaf la. Gua busy kemainn lately. Gua bukan jenis ada idea terus sign in account blogger. Jenis kena larut idea dulu baru bisa diterjemahkan ke bentuk penulisan.

Sebelum gua teruskan,minta maaf pasal bab lagu tadi tu. Gua tak jumpa button add video dekat atas ni. Line internet gua tahap cilaka punya.lepas ni kena tukar pakai YES. YES. baru ada chance buang BB ni.

Lu orang nak tahu tak? gua sakit jari ni.jadi gua buat sinopsis jela ye.boleh tak?

Perkembangan diri setakat 7 Mei 2011.

1.ikan guppy belaan gua yang berjumlah 5 ekor kesemuanya sah menghembuskan nafas terakhir paling awal 2 jam selepas tarikh pembelian ikan-ikan tersebut.

Gua buat sikit kenduri arwah dekat Pizza Hut Tesco hari itu.

2.masih sihat,solo-molo dan masih menggunakan Mist Panadol sebagai nama timang-timangan.
ada juga cadangan tukar nama Cikgu Syahira. Apa cita pakai nama skema ni der? Kasi la gua can 2 3 tahun sbelum bertukar skema. Kahkah


Ok.ok.Gua punya vid Maharaja Lawak dah tamat sesi loading.
Woi2 cik kak,cik abang. Pegi tengok JAMBU pi.best habaq hang!




Sunday, April 10, 2011

Talipon Karat

terlebih dahulu gua susun sembilan jari mohon maaf kerana gambar ni yang paling berkarat gua tengok.


Situasi A.

Si Capik : " aku pergi pasar malam tadi. Kau tahu aku beli apa? Menu wajib kau paham-paham jela,mestilah bakso. Makanan tambahan,aku beli lah bebola sotong celup kuah hitam tu,apa kejadah nama dia,blackpeper sauce? Haa.dalam 2 3 ringgit jugak la aku habis, tu baru singgah 3 4 gerai."

Halimah Jongang : " Oh yeke. Eh2 kuat makan jugak kau ni kan. Kalau aku,aku beli sejenis aje. Diet katakan. Minggu lepas baru boyfriend aku puji aku kurus. Haihh haruslah aku kena mantain,ye tak?

Si Capik yang merasakan Halimah Jongang seorang yang riak dan takbur itu mula berpesan,

" Kak mah,hang jangan pi canang dekat orang lain noh aku makan banyak." Malu habaq hang."

Selepas 5 minit, Halimah Jongang singgah ke bilik membernya. Dengar cerita ada stok gossip baru. Tatkala tangki air liurnya hampir mula kering, Halimah Jongang teringat akan cerita Si Capik kuat makan.

Halimah pun berkata,
"Huishh kuat makan Si Capik tu. Ada ka patut pergi pasar malam baru 3 4 gerai singgah dah beli macam-macam. SEgala bakso,bebola kuah hitam,semua dia baham. Dasyat tak dasyat.

Moral : Berita yang disampaikan Halimah benar,100% asli dan tiada tokok tambah. *harap-harap brader foo tak tersedak



Situasi B


Siti Bengong : "Aku rasa aku gemuk la. Aku rasa aku tak cantik. Aku hitam,lepas tu muka berjerawat pulak tu. Haih. Apala nasib aku kan? Kau rasa aku cantik tak? "

Nurul Biol : "Yeke? No komen la weh. sambil menujukkan ekspresi wajah =.="

Selepas itu, Nurul Biol berlari anak ke arah Nur Bangang. dengan nafas tercungap-cungap dia berkata,

"aku belum pernah lagi jumpa orang mengaku dia tak cantik. Selalu aku tengok orang mesti nak puji diri cantik. Aku rasa tadi Siti Bengong sengaja lah nak suruh aku puji-puji dia. Haih bengang aku. Sengaja lah tu. Trick. "

Moral : Berita yang diceritakan Nurul Biol 100% putar belit,dan pertukaran fakta dalam dialog bersama Siti Bengong jelas terjadi.


Situasi C

"Apa yang jadi ni? ". Boleh cerita tak tutt?

"Ala tett,aku malas nak ceita.Panjang.dari akar lagi kalau nak cerita. kau jangan ambil tahu lah.Tak penting pun. " Sambil buat muka :)

Tutt yang tak puas hati dengan jawapan singkat dan langsung tak mantap Tett itu terus menuju ke tott.

Tott,kau tahu,aku kena tengking dengan tutt tadi. Haih,makan dalam ni.


Moral : Tett seorang yang bangang. Sebab? Suka-suka hati dia buat konklusi sendiri yang tutt marah dia. Apa kau buta simbol :) tu?



Moral Entry ni : Satu cerita yang disampaikan kepada orang lain melalui mulut orang lain sememangnya boleh terbahagi kepada beberapa versi. Versi putar belit,versi salah tafsir dan versi asli.

tak kira apa-apa versi pun,kalau sampai melukakan hati orang lain, kau nak tanggung dosa? Pheww.Gua takut.Lu orang nak buat,buat la. kahkahkah.






Saturday, April 2, 2011

Tuhan itu tak pernah tidur

Dalam semua keadaan, dalam setiap ketidakadilan, dalam segenap penindasan dan penghinaan, dalam mana-mana pertempuran kebenaran, gua yakin serta percaya Tuhan itu tak pernah tidur. Tuhan itu Maha Melihat dan Mendengar. Gua nasihatkan diri sendiri dan sahabat jika kita yakin kita benar, maka kita harus bersabar. Kerana apa? Kerana Allah swt itu Maha Adil. Dia tak pernah leka memerhatikan setiap umatnya malahan Dia lebih tahu akan setiap yang berlaku.



Gua juga konfiden, Tuhan bayar cash bagi setiap kelakuan durjana manusia.




Tak percaya?


try buat perkara mengundang dosa, gua yakin lu orang dapat balasan setimpal.




Rakan-rakan,Tuhan itu tak pernah tidur.



Tak pernah!


So chill. buat baik dibalas baik,buat setan dibalas setan. Senang bukan?

Wednesday, March 23, 2011

PBS : hari ketiga ragam 4 aman

hari ini gua kena masuk kelas 4 Aman. dengar cerita bebudak kelas ni top-top. kelas pertama antara 6 kelas lain. gua punya expectation, bab iklim dan cuaca hari ini semua cepat pick up. yang lambat sikit, gua kasi personal tutor. amacam? menipu kuat kan?

Ok2. gua tadi macam biasa masuk kelas ganti untuk subjek KT. Again. cuma kali ini kelas bebudak yang lagi matang. matang la sangat. gua baru lepas terlepas pandang sekejap,dah ada yang main menyorok2 bawah meja. tadi gua bawa bebudak ni keluar kelas. lokasi ke padang sekolah. konon nak tinjau cuaca dan iklim. peh, memang habis takda idea tadi. last2 gua suruh masing-masing posing dan bergambar. Bagus jugak. berguna untuk tebalkan laporan portfolio SBE gua. hihi


Dalam 10 minit sebelum loceng menjerit gua masuk dalam kelas balik. Buat sesi kenal-kenal. bukan semua nak mengenalkan diri, ada yang jenis pemalu tak bertempat. bukan gua suruh buat benda pelik-pelik, suruh cakap nama,tempat tinggal dan cita-cita saja. Bukan gua suruh cerita pasal status diri. yang tu memang isu sensitif, bagi gua sekalipun! kuang3



" cikgu2, nak tandatangan cikgu..nak..nak.. "

Dalam 15 orang budak perempuan berebut sambil tunjuk2 kertas kosong dekat gua. konon nak suruh tandatangan.

" Alamak..kamu ni. apa kata cikgu sain atas satu kertas, lepas ni kamu pergi kedai buku,fotostat je? ok? "


Pergh. cadangan paling bangang gua buat. Kehkehkehkeh


" Mana aci..kami nak jugakk..cikgu,letak sekali no. telepon. Boleh nak mesej."

Pergh. main mintak-mintak number yang gua fobio. bebudak laki ni perangai macam dah dewasa sangat. Gua bagi dekat budak perempuan saja,sekali gua usha budak perempuan dah berjaya pass2 ke pihak lelaki.

"Anak murid je pon, ye tak? "




Ok. Gua dengan ini dah rasa gua macam artis. belum pernah gua main sign2 untuk orang ni,apetah lagi budak-budak baru 10 tahun.




sesi foto bersama bebudak kelas 4 Aman - lokasi padang sekolah dan kelas yang tidak disapu dari semalam khabarnya.




peace. cikgu ajar.
budak ni cakap muka gua macam Arab. sial punya eyeliner. HAHA

budak paling nakal panjat pokok yang baju hijau-hijau

budak beruniform sekolah tak habis-habis menyakat gua.


cuba cari mana gua

cuba cari mana gua - bodoh terupload 2 kali. kahkah

baju ungu ni pengawas.macam gua dulu-dulu. perghh

peace punya style, tu gua yang suruh angkat

bersama daun masing-masing dalam topik kenali alam sekitar anda. peh!

muka macam anak jiran gua. gua syak ada bau-bau bacang jugak ni




Tuesday, March 22, 2011

PBS : hari 2 soalan dan jawapan bangang

Hari ini gua diberikan kelas ganti lagi. kelas berbeza dari semalam. gua dah buat silap besar sebab masuk-masuk dah tunjuk baik. gua yang sememangya kaya dan pemurah dengan senyuman hingga ke ladang gandum, telah membuatkan anak murid tahun 2 Makmur bermaharajalela di kelas. Ada yang ingin menunjukkan kehebatan shuffle di hadapan kelas. ada yang ambil kesempatan main tarik-tarik rambut perempuan sampai menangis budak tu. Ada pulak yang sepak terajang kawan sebelah meja. Gua? Gua pergi belakang gua capai rotan baik punya gua ketuk meja 2 kali. diam sekejap. ada lah diam dalam 2 saat. lepas tu bising balik. pening kepala gua. macam-macam ragam bebudak ni. lastly, gua buat keputusan paling bijak, maka marilah kita bergambar. Bagus! Bijak ! dengan itu, maka kelas menjadi 10kali ganda bertambah bising dari tadi. Yes.





yg murid chinese look tu tanya gua " cikgu knapa tahi lalat cikgu ada 2? gua jawab sebab dia xdak tiga. Ya,jawapan paling bangang gua bagi hari ini.







murid 2 Makmur ni memang "makmur"



yang ni feveret student gua. chomel
dan berbakat gituu. shuffle lagi esok ye?





boleh dapat tangkap dah muka mana gila kamera?




ketua kelas perempuan. kemainn lagi






nasib baik observe kelas KT,murid baik-baik. mana tak nye,cikgu asal ada depan,ye tak?



budak menangis ni gua memang tak tahu nak handle. gua memang agak fail bab pujuk memujuk. jadi, gua bawak mangsa tarik rambut tadi makan aiskrim dekat kantin. gua bagi layanan khas,hantar sampai gate sekolah lagi. peh, lu memang untung N.Wan Adliana. takpa, nangis lagi,cikgu belanja lunch pulak,ye tak? haha


main lu gua lu gua jugak dah jadi cikgu pelatih ni. tunggu gua dapat kata ganti nama baru dulu.

Monday, March 21, 2011

PBS : hari pertama

Laporan tak berapa nak penuh Pengalaman Berasaskan Sekolah kali pertama gua :

Pagi
-jejak kaki dekat sekolah pukul 6.50
-makan dekat kafetaria bahagian guru(tu penting).
-lepak dengan cikgu dan makcik kantin sampai 7.30
-perhimpunan. tangkap gambar budak-budak buat choral speaking.
-tengok budak tahun 3 muntah masa guru bertugas berucap. majlis terganggu, gua gelak besar perhimpunan makin panjang.
-GB gua tadak. dengar cita ambil mc sebab semalam pergi Hatnyai. kahkah
-gua lapor diri dekat PK1.jenis yang suka bagi kelas ganti banyak. peh, 3 kelas gnti unutk pbs kali pertama,hari pertama,memang peh.

Tengahari
-masuk kelas tahun 2 subjek Pendidikan Kesihatan
-masuk kelas tahun 2 subjek Bahasa Melayu
-masuk kelas tahun 4 subjek Matematik

yang 2 subjek paling atas, gua sumpah tak kisah nak masuk. Yang kelas matematik, lu orang ingat gua boleh ka nak goreng-goreng? pening gua pikir.


Petang
-makan
-makan
-sembang
-sembang
-tangkap gambar
-tangkap gambar








library masih dalam renovation


court ape tah tengah2 blok kelas


gua sempat ke prasekolah tadi


perhimpunan pagi

gua usha dari tepi








gambar ada lagi beribu-ribu dalam kamera. broadband tak bagi kerjasama dekat gua untuk upload smua. damn!


Sunday, March 20, 2011

Nervous kemainn

tak dapat tulis banyak. gua punya nervous bukan calang-calang punya nervous.





esok first School Based Experienced gua. nervous kemainn lu orang tahu !



Wednesday, March 16, 2011

macam mana macam mana

Macam mana kita nak tahu kalau orang tu sayang kita ke tak?


Macam mana kita nak tahu lelaki/perempuan tu ikhlas nak kawan dengan kita?

Macam mana kita nak percaya seseorang tu suka kita, tapi dalam masa yang sama dengan orang lain dia layan sama ja macam kita?

Macam mana kita nak handle dengan manusia yang jenis terlebih get along dengan semua orang tak kira jantina?


Macam mana nak buat kalau cinta lama berputik semula?


Macam mana nak jujur dengan seseorang yang kita hanya anggap kawan biasa?



Peh. soalan macam mana banyak sangta ni. Jangan jawab. Gua sendiri tak taw nak jawab.

Cikgu nak pesan

Murid-murid cikgu tersayang, cikgu tengah busy nak mati bergelumang dengan assignment. Apa lu orang ingat kerja cikgu goyang kaki dalam bilik guru ja ka? hal lepas balik sekolah, apa cita pulak?



So anak murid semua....JANGAN KACAU CIKGU ok...kalau ada masalah dalam pelajaran, boleh hubungi Cikgu Kassim(bukan nama sebenar).











GUA TENGAH SIBUK. TAKDA MASA BUKA HANDPHONE. GUA ULANG. TAKDA MASA BUKA HANDPHONE. jadi..kepada mereka-mereka yang sangat gemar call, gua nasihatkan hentikan perbuatan buang masa lu orang. Gua ada komitmen lain. SEKIAN.




entry kali ni garang gilessss. apa kau peduli? kahkahakah

Monday, March 7, 2011

wujud lagi kau eh!



Hidup ni bila kita da jumpa yang lebih baik dari apa yang kita ada, kita selalu ketepikan yang lama. Yang baru semua lagi best. Lagi happening. Lagi glamour. Yang lama? Tinggal berkulat, lapuk dan seterusnya menuju ke lokasi tong sampah atau dicampak keluar dari hidup. Ni semua norma masyarakat kita sekarang. Semua buat camni. Tipu lah kalau lu orang cakap tak. Kehkeh



Persoalan sekarang. Gua rasa gua dah campak buang akaun FRIENDSTER gua dulu.



Ce tengok ce tengok !











Nak explain macam mana ni? Inbox e-mail gua penuh dengan notification dari frienster yang dah lapuk ni. Haihh. Sapa owner frienster ni? Meh sini gua nak jumpa, kita settle isu inbox gua yang penuh ni!


Haiyooo. kuang kuang kuang




Gua syak myspace gua pun alami kondisi yang sama macam ni. Problem jugak bila akaun email banyak sangat ni.

Sunday, March 6, 2011

rayuan domba cik printer HP

HP Deskjet F2480 All-in-One Printer - Photo and Document All-in-One Printers

hai semua. nama saya printer hitam anak kepada printer kelabu asap. Saya dimiliki oleh seorang awek yang mengaku dia tauke panadol. Saya mula dibeli dari sebuah gedung membeli belah dengan harga promosi RM140 + . Saat tuan saya mendapatkan saya, dia sangat gembira kerana saya sangat berguna padanya. Hari pertama saya sah menjadi hamba abdi tuan saya, saya telah mula berbakti. Tuan saya dengan semangat wajanya telah meng-print beribu2 gambar yang diupload dari facebooknya untk dijadikan hiasan board dalam bilik tidurnya. Ok beribu itu tipu.

Selama hampir satu tahun saya berbakti pada tuan tercinta. Setiap masa saya digilap, disapu, digosok dan paling touching setiap malam tuan saya akan guna screen liquid untuk lap body saya. Situasi ini dijelesi oleh rakan se-eletronik saya iaitu adik lappy. Kami sama-sama bewarna hitam, maka kami sangatlah akrab dan kamching.

Walaubagaimanapun, semuanya kian pudar. Tuanku sudah mula menampakkan kecurangan terhadapku. Saya dilitupi dengan kain pakai buang yang dikutip tengah Blok Rambai. Saya tidak lagi digunakan. Tiap-tiap kali tuan saya ingin buat printing dan photostating, dia akan mendapatkan khidmat rakannya. Saya benci rakannya itu! Kerana rakannya menggunakan khidmat musuh saya, Canon. Dendam kesumat antara saya dan Canon masih belum reda. Masing-masing gila kuasa untuk tampak padu di medan perniagaan. Oh tuanku. mengapa? aku kian dilupakan. Betapa kuciwa serta bermandi duka aku kini.

Aku? hanya mampu ber- huhuhuhuhu sehingga kini. Apakan daya. Ini suratan takdir untuk printer sedaif aku.

P/S : saya printer jenama HP. Saya dan Canon langsung tak ngamm lu tahu !











'


"


'



Cilaka punya printer. Kau tunggu aku beli Canon. Kau tunggu!

Wednesday, March 2, 2011

saborr ajelah !

Bila dia buat kita macam kayu tunggul belakang rumah jiran kita, dia tak sedar pula. Saborr ajelahh. Bila dia tak ambil peduli langsung pasal kita bila dia senang, dia tahu pula nak cari kita bila dia susah. HAha. Saborr ajelahh. Lepas tu bila dia rasa dia tak bahagia, dia boleh pulak dahhh ucap selamat bahagia kat kita. Memang saborr ajelahh !!



Konklusinya saborrr ajelahh ! kahkahkah





eh kau kau nyahh dari mata aku. kahkah

Monday, February 28, 2011

surat chenta? buat gua berdebar-debar !




" Sha, ni hah. surat. baca2. "

Perghh. saat ni lu orang bole teka berapa laju denyutan nadi gua? 10 kali per saat!


Gua punya feeling dah macam nak jatuh pengsan. Bukan hari-hari dapat surat cinta. Jarang-jarang. Last time dapat kiriman surat cinta ni, tak silap gua masa gua masih di tingkatan empat. Masa tu kegiatan balas2 surat kira paling aktif, al maklumlah facebook belum wujud lagi dekat muka bumi ni.



" Surat apa pulak? "


Sekali imbas ada jadual-jadual bagai! Gua syak ni mesti kerja mat romeo versi skema. Jenis tulis surat pakai jadual2.



"



"



#$%^&*()



"

Surat cinta...



Unit Kokurikulum

IPG KAMPUS PULAU PINANG

TEL : 04-6603187 / 013-3935886

MEMO DALAMAN

KEPADA

:

NUR SYAHIRA ZULKARNAIN KUMP : 1 KS

DARIPADA

:

PEN KOKURIKULUM SUKAN IPG MALAYSIA KAMPUS P.PINANG

PERKARA

:

TIDAK HADIR LATIHAN RUMAH SUKAN

TARIKH

:

11 FEBRUARI 2011



1 MALAYSIA :RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DI UTAMAKAN



SILA JUMPA SAYA DENGAN SEGERA




NORDIN BIN SADALI

PENSYARAH KOKURIKULUM





"





Perghhh perghh perghh !!


Gua syak ni semua taktik nak ajak gua dating. Tapi schedule gua serius full.



Kalau macam ni punya tindakan institut kepada kaki-kaki ponteng latihan rumah sukan, nampak gaya memang kena ponteng lagi lah. belum cukup extreme! Kalau gantung kuliah, denda 5-6 ratus atau buang rumah sukan, baru cukup extreme. Ye tak?


kehkehkeh!!




cuba lu orang suggest satu date. bila agak-agak gua boleh pergi mengadap ke bawah duli pensyarah koko ni? fulamak berdebar!




Sunday, February 27, 2011

Jumpa Fauzi!



Fulamak. entry ada nama hero. Mai sini gua cerita. BFF gua dah cukup kenal sapa hero kacukan Melayu-India ni. Gua syak hero ni anak mami. Muka handsome. Belum cerita pasal senyuman lagi. Gua sendiri cair. Perghhh. kahkah.

Lokasi jumpa hero ni dekat booth jual handphone. Dalam scene ni boleh kata Shangari ( member gua ) jadi orang tengah. Pergh. macam agen cari jodoh. Takde apa pun. Gua cuma minat usha muka hero ni saja. Shangari dan ifah, jangan tipu korang tak minat jugak! Haha.

Eh kejap. Gua lupa cerita gua shooping dekat Perangin Mall tadi. Alang-alang kat sana, gua and the geng singgah 1Avenue. Best3. Barang jangan cerita lah harganya. Murah gila babengg. Lepas ni sapa-sapa nak shopping dengan RM50 dalam purse, gua suggest tempat ni. Tak banyak duit habis kat sini. Sebab murah! Taw Kompleks Bukit Jambul kan? Adik beradik lah, lebih kurang standart dia.


Hang out dengan Shang rambut rebonding dan Cik Ifah chantex memang happening !


Kami macam orang gila yang pusing satu mall, dan tiap-tiap kali akan termasuk kedai baju yang sama !

Memang jemmm.

Gua sempat pose 2 3 picx . Usha-usha!




3 kawan melepak dekat Old Town







dah macam aishwarya rai member gua ni.






ifah, gua dan shang - 3 sahabat






kami gila shawl !






mengantok weh kat Old Town. gua asa nak tidorrr zzZZz..







muka complicated kat kiri tu kena tanya tuan punya badan sendiri.







Jenis angkat peace. bak kata foo.




gua penat dah! gua nak tidooo.



Saturday, February 26, 2011

geng last geng terer

Bunyi 'hon' tanda peserta dilepaskan untuk ber-jogathon kedengaran. Semua peserta yang berdiri barisan paling depan mula pasang kuda2. Muka serius kemain. Gua syak orang camni jenis star atas padang untuk acara balapan. Jenis muka popular sebab banyak sangat medal bergantung-gantung dekat leher. Kalau 3 kilometer punya track, itu cuma jarak kecil bagi mereka.


Gua? Gua tak berapa nak ingat. Bila gua cuba flashback memori gua tadi, baru gua teringat yang gua sebenarnya tak sedar langsung 'hon' di bunyikan. Yelah, duduk berteduh bawah parking lot Blok Sains, kau tau betapa selesa tak selesa? Boleh tahan lah sebab provide gua dan geng2 untuk cerita pasal status facebook semalam. Lagi-lagi time macam ni, banyak betul benda nak dijadikan isu yang masuk dalam topik bualan kami. Bila tengok orang mula jalan, gua pun jalan.

Sampai gate Rescam gua dah start berpeluh. Perghh. Bukan main-main. Metabolisme tinggi, gua tak boleh buat apa. Peluh kira nak keluar ja. Sepanjang jalan usha mamat motor, komen macam2. Helmet tikus lah, motor senget lah, paling sempat usha makcik polis trafik. Dedicated kemain jaga trafik. Terima kasih. Sekurang-kurangnya tak ada kes langgar lari tadi. Kehkeh.

3 kilometer rupanya dekat saja. Gua terbayang-bayang jarak macam nak pergi QB. Rupanya tak pun. Usha belakang, group lelaki last. 10 minit kemudian, usha belakang lagi. Group lelaki tadi masih bertahan posisi last. Lega gua. Tapi rupanya dalam kategori perempuan, group gua group paling last. OK fine. Kau semua tinggal lah kami. Prinsip kami tetap maw steady.



Peluh bila cukup lap 1 paket tisu baru bukak, baru gua sampai gelanggara institut. Perghh. Ramai betul dah sampai rupanya. Gua sempat curi tengok ke arah kakak senior sorang ni. Fulamak,sampai dah habis 2 3 cawan air. Gua? Setitik air pun belum masuk2 mulut ni.

Nak kata penat tahap cipan, taklah sangat. tahap babuntanah ada la jugak.

so..

Gua rasa geng last ni geng teror. Teror apa?

Teror bersembang, teror bergelak ketawa, teror segala bapak teror. Teror la gua cakap lu!



gua detect sorang mamat ni yang fokus kemain jogging. Orang camni kita patot bentang red carpet depan finish line. kahkah



Thursday, February 24, 2011

entry usrah-usrah


عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ
مُعَاذاً إِلَى الْيَمَنِ وَقَال لَهُ : "اِتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُوْمِ ، فَإِنَّهَا لَيْسَ بَيْنَهَا
وَبَيْنَ اللهِ حِجَابٌ



Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya : "Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah". H.R. Bukhari dan Muslim





Gua syak ramai tunggu entry macam ni. lagi-lagi mereka yang berjiwa mentalingustik.


spelling betul tak? tajwid betul tak tu? gua copy saja.




"kawan"

Gua ada satu kisah menyayat hati. menyentuh jiwa. dan paling penting buat air mata mengalir.




Alkisah dalam sebuah institusi pengajian terdapat sebuah kelas yang memang terkenal. Tak kisah la dari aspek positif, mahupun negatif, kelas ini sering kali menjadi tumpuan serta buah mulut ahli masyarakat sekeliling. Lecturer mahupun student, rata-ratanya gemar bergosip mengenai kelas ini. Gila unik kau tau!

Walaubagaimanapun, bukan itu cerita utamanya. Begini. Dari awal pengajian lagi, sebuah ikatan yang wujud antara pelajar di dalam kelas tersebut memang sudah utuh, erat dan cukup padu. Mereka seringkali meluangkan masa bersama untuk keluar pada hujung minggu, menonton wayang, makan Pizza hut bersama, berkelah tepi pantai sekali, sama-sama bakar ayam panggang dan paling seronok sama-sama tempuhi liku-liku hidup selama beberapa semester.


Masuk sahaja semester baru, semuanya berubah. Sang teruna sudah pandai bermulut manis sesama perempuan kelas lain. Maka dicarinya wanita untuk dijadikan kekasih. Warga kelas semua menyokong sambil mendoakan kebahagiaan masing-masing dengan pasangan masing2.


Namun itu bukan persoalan sebenar. Apabila berlaku pertelingkahan dalam kelas tersebut, mengapa seolah-olah itu punca perpecahan mereka? Kerana kelancangan mulut beberapa "kawan"sahaja, situasi bertukar porak-peranda.

Ada seorang perempuan yang tidak tahu menahu mengenai situasi awal ini. Maka dijadikan cerita dia menjadi mangsa tohmahan, fitnahan, muka wanted, dan acapkali diperli-perli oleh "kawan" sekelas sendiri. Dia yang sememangnya bersalah kerana tidak patut bertindak melulu akur dengan kesalahannya. Namun mengapa mesti situasi dipanjang-panjangkan lagi?


"Kawan" yang ada dalam kelas itu bertukar 100% musuh kepada "kawan" lain. Maki hamun. Soal mati dibangkitkan. Niat sebenar disalah ertikan. Erti persahabatan sebenar dipijak-pijak!


Amarah. Sifat syaitan durjana. Mengapa perlu ikut sifat syaitan?

Memaafkan. Bukankah itu sifat Nabi? Mengapa canang diri umat Nabi, tetapi diri tak nak contohi baginda?




Gadis tadi bersyukur. kerana "kawan"nya berdiri teguh disisinya. Bersuara untuk kebenaran. Apabila kebenaran sudah terpampang di mata, mengapa masih egois?



Sehingga kini..kelas tersebut sudah bercerai-berai. Masing-masing pertahankan ego masing-masing. Yang menjadi mangsa keadaan hanya mampu menangis di bawah selimut, yang penyebab segala punca masih aktif bergelak tawa. Saat ini,hanya Tuhan yang mampu membantu kelas ini.


Ya tuhanku, berikanlah kekuatan kepada "kawan" 2 ini, kerana mereka masih "kawan". Tolong wujudkan semula nilai "kawan" dalam hati mereka.







Gua rembat kisah ni dari sudut jiwa siapa entah. Try google tengok.

sekitar 23 februari 2011

Tarikh keramat dalam hidup gua. Pertama kerana buat pertama kalinya gua hantar mesej gua kira paling sentap dan touching kepada bonda tercinta. Gua tak sangka gua mampu hantar kata-kata indah yang gua yakin mampu membuatkan air mata seorang ibu mengalir dek kerana terharu. Sebagai cover line, gua syak bonda sengaja reply mesej gua, berbunyi " jangan jadi jebon" . HAha. Baru gua tahu dari mana gua mewarisi sifat humour. Genetik rupanya.

Kedua gua rasa agak terkejut kerana tak sangka umur gua sudah mencecah angka puluhan. Selepas ini, gua tidak boleh lagi dengan riak dan takburnya menggelar diri gua geng "malar hijau" berbanding geng "veteran" dalam komuniti kelas T1PS. Saat umur dah jejak 20-an, semuanya terasa berdebar2. Member gua cakap gua dah boleh kahwin masuk umur 20 tahun ni. Risau juga gua. Mana tahu ada rombongan meminang sampai Taman Macang Manis nanti. Risau2.

Ketiga, gua happy sangat sebab member2 gua celebrate birthday gua. Gua malas cerita banyak. Jum usha-usha gambar !





makan ayam sedap hingga menjilat jari kaki



my BBF sangat chomel kan?




gua birthday girl yang tua




tua-tua pun masih dapat hadiah. X patut2


pocketfull dah strike back weh !



sapa-sapa tak kenal rumate gua, boleh pergi gantung diri


kek 3 beradik





cheesecake dari awek Izmir Fadzil, sahabat gua. tengkyu kechikk !












sapa-sapa belum bagi hadiah dekat gua, boleh post saja ke alamat 18 jalan macang taman macang manis. gua seriuss ! tak main-main.




BRADER FOO tak tuntut hadiah. jadi gua dah sedekah hadiah dekat member gua yg hari jadinya bulan januari tahun 2012 depan.