Thursday, January 27, 2011

kaum lelaki tolong jawab !

Sesi kuliah subjek sosiologi tengahari tadi memang panas. selalu tak berapa panas. bukan sebab cuaca dan iklim, tapi kerana topik perbincangan hari ini memang buat mental terbuka.

kaum lelaki macam-macam kena tanya.kena point. kaum perempuan pula tunduk kepala,takut kena bagi pendapat. kalau time2 macam ni,gua lagi prefer buat2 tak dengar dan pandang bawah lantai.




Kenapa lelaki tak boleh terima kalau wanita lebih tinggi kedudukannya? Adakah memang kerana lelaki memang dilahirkan terus rasa dia lagi tinggi dari wanita?

Ok. sekarang kau tengok. dekat universiti, kaum mana lagi banyak masuk U? Perempuan kan. Ni benda betul. Bukan nak kata lelaki banyak tanam anggur dekat rumah. Tapi dunia pendidikan sekarang memang jelas dimonopoli oleh perempuan. mungkin kaum lelaki lagi gemar main monopoli dekat rumah.


Sekarang kau beri tahu. kenapa semua kerja rumah, sapu sampah, mop lantai, basuh angkat jemur baju semua perempuan kena buat? Isteri kalau penat2 kerja balik rumah terus kena handle rumahtangga. Memang ada undang-undang ka cakap semua ni tugas perempuan? Dalam Perlembagaan 1957, ada catat tak pasal ni? Di mana tanggungjawab suami sebenarnya? Sekadar memberi nafkah zahir mahupun batin, itu belum mencukupi. Sedangkan Nabi sendiri selalu menolong isteri dengan tugas2 rumahtangga, mengapa tidak kaum lelaki abad kini?


Lepas makan,pinggan tak basuh sendiri. Masa kecil2 dulu boleh pulak kau angkat letak pinggan atas singki sendiri. Pandai pulak kau nak capai sabun lepas tu cuci pinggan tu? Kenapa bukan selepas kahwin?

"Abang nak keluar tengok bola dekat mamak jap ye sayang".

"Malam ni Chelsea lawan MU. kena tengok ni ! "

time bola camni, pandai pulak kau nak bersayang-sayang kan?



....

Budak-budak lelaki tadi semua diam. Masa ni mereka harus bagi satu jawapan yang cukup padu. Lecturer memang tibai habis-habisan kali ini.


"Kerana ego" . Jawapan laju terpacul keluar dari mulut seorang lelaki, classmate gua sendiri.

Ego. Lelaki kalau tak boleh tukar lampin anak, sebab ego. Lelaki kalau liat masuk dapur, sebab ego. Dan sebab ego juga lah bila isteri balik kerja lewat, rumah tak terurus, lelaki marah2 lalu keluar rumah dan cari pengganti. Nak cari pengganti yang kononya boleh senyum dekat kau. Yang kononya boleh buat semua kerja dekat kau.

Ya.memang tugas wanita buat kerja2 rumah ni. Itu menurut norma-norma masyarakat. Kenapa tak boleh lelaki membantu wanita dalam tugasan sebegini? Mengapa kaum lelaki selalu rasa mereka lagi layak goyang kaki depan televisyen? Dahaga order " kopi satu sayang ". Wah wah wah memang banyak cantik.

Ketawa.

Jawapan kerana ego tadi memang lecturer gua balas balik. Mantap. Nampak macam lelaki ni sangat egois. Tapi bagi gua, 2 2 sama. lelaki mahupun perempuan, 2 2 ada ego. kalau kau takde ego, kau manusia ka?




Sekarang gua nak tanya. ada yang tak puas hati? HAHA




entry kali ni memang nak bedal kaum lelaki. amacam? bedal lah gua balik.





6 wak lu komen2:

Meor said...

x sume laki mcm tu kut.. mybe ade gak suami yg penyayang.. pape pn sbgai suami isteri kne lar bekerjasama dan saling brtolak ansur antara satu sama lain utk mngekal hubngan perkahwinan mereka hingga ke akhir hayat :)

foo said...

gua tak nak follow blog lu dah. butthurt.

Cikgu Izmir said...

lumrah,
bukan tak terima pandangan kau..tapi isteri mmg tanggungjawab nya kearah dapur dan pengurusan rumah.

kau belum tengok gaya aku masak ikan 3 rasa lagi beb!

faizul said...
This comment has been removed by the author.
faizul said...

gua da mintak pihak tmnet agar block lu punye blog pada waktu pejabat.
mudah-mudahan

panadol lagi said...

meor ~ memang tak semua.tapi betul kan realiti tu? haha

foo ~ kecik punya hal lah brader.haha.hurt3.

izmir~ memang tu lah jawapn semua.lumrah.norma msyarakat.tapi cuba fikir balik,nape tak boleh laki cuba letak diri korang dlam dri prempuan? haha.

faizul~ kes busuk hati serta hasad dengki amtlah tidak sihat ya. HAHA.