Tuesday, January 18, 2011

trouble bila kelas tamat awal

Hari paling syurga ialah hari ini. Kuliah gua berakhir tepat tak lebih tak kurang,jam 10.30 pagi tadi.Kuliah pagi tadi gua disajikan dengan ilmu perkembangan kanak-kanak. Baru hari ini gua tahu rupa-rupanya manusia pun ada tahap perkembangan yang khusus. Subjek ini gua kira sangat menarik memandangkan gua belum pernah didedahkan dengan subjek seumpama ini. Kebiasaannya, tak sejarah, geografi. Tak geografi pun,mesti sejarah. Damn. Walaubagaimanapun, gua cuba menahan anak mata gua dari tertutup rapat semasa kuliah tadi. Memang agak luar biasa kerana hari ini gua tidak ketiduran dalam kelas. Syabas. Gua kira azam tahun baru kali ini mula menampakkan potensi untuk gagal. Azam untuk meneruskan tradisi tidur dalam kelas ini patut gua teruskan,memandangkan tidur itu satu senaman mental yang sihat.


Kelas habis awal ini sebenarnya ada pihak yang suka,ada pihak yang tidak suka dan ada pihak yang memang suka habis. Gua tergolong dalam geng memang suka habis. Ketua kelas gua suspek kurang suka sebab pening kepala nak set date untuk kelas ganti bagai. Sudahlah kena ganti kelas,petang pulak tu. Gua memang histeria sikit kalau waktu tidur gua lu orang buat main-main. Tapi tak mengapa.


Masa perjalanan pulang ke blok kediaman,gua dan 2 rakan gua segak berbaju kebaya mengeluh dalam ketawa.

" Awal2 semester lagi dah banyak takde kelas. Haihh. "

"Bersyukur beb". Gua jawab simple.

" Penat weh. Klau hari2 macam ni, memang satu pembaziran. " -rakan 2

"Apa yang membazirnya? Gua steady mendengar.

" Yelah.kelas 2 jam,balik. Penat sapu mekap. Letak bedak,mekap bagai ! kelas sekejap2 pulak. Penat nak melaram! " - rakan 2

Gua sekadar senyum.




kalau ada 10 member gua semua macam ni,gua tak perlu kawan lain. 10 10 melingkup. Ketawa.


2 wak lu komen2:

ShAwN said...

kahkahkah...sengal..make up di pikirkan...hahaha

panadol lagi said...

shawn~make up tu perkara mustahak weh ! jeng3